Bab 26

4K 56 1
                                    

Hai semua...minggu lepas penat betul dan mencabar  sebab buat editing novel ni sebab ada editor yang booking nak buat penilaian. Seperti yang dijanjikan 1 minggu 1 bab. have fun, vote, and leave your comment.

thanks all.

************************************************************************

Dua insan yang dilamun cinta berjalan beriringan di jalan batu bata yang hitam pekat. Jalan baru yang sudah beberapa hari diturap sungguh sempurna luarannya. Cuaca yang mendung tidak sesekali menghalang pasangan suami isteri untuk meluangkan masa bersama. Cuti semester yang berjalan tidak dibiarkan berlalu tanpa aktiviti yang dapat merapatkan hubungan antara Nura Afyna dan Ahmad Ilman. Sesekali mereka saling berpandangan meluahkan rasa rindu di hati. Makin erat Ahmad Ilman menggengam tangan isterinya, makin dalam juga rasa cintanya pada isterinya. Nura Afyna tersenyum melihat suaminya seperti takut melepaskan dirinya.

"Abang, kuat sangat abang genggam tu" katanya sambil mengusap-usap lengan suaminya.

"Ye ke" Ahmad Ilman membuat muka tidak bersalah.

"Betul" lagi kuat Nura Afyna genggam tangan suaminya sambil mengukir senyuman sehingga nampak gigi arnabnya.

"Aduh..sakit, sakit... abang main-main je, janganlah marah" kata Ahmad Ilman sambil mengibas-ngibas tangannya yang sakit.

"Ingat tangan sayang ni macam roti ke, lembut..gebu..dan mudah penyek"

"Alamak, angin makin kuat, macam nak hujanlah sayang, jom kita balik ke dalam kereta" Ahmad Ilman menarik lengan isterinya supaya berlari menuju ke kereta. Pandai lari topik ye abang ni, bisik hatinya. Belum sempat mereka masuk ke dalam kereta, hujan lebat turun membasahi bumi. Mereka berteduh sebentar di bawah pondok kecil yang ada. Baju Nura Afyna kebasahan sehingga menampakkan tubuhnya. Hal itumembuat Ahmad Ilman menelan air liur. Nasib baik Fyna dan aku je yang ada dekat sini, desis hatinya. Dia membuka baju T lengan pendek yang dipakainya. Nura Afyna terkejut dengan tindakan suaminya. Gila apa suami aku ni?, gumam hatinya. Dia buat tidak tahu dan hanya menjeling suaminya yang berada di sisinya.

"Sayang, pakai baju ni"

"Kenapa pula, nampak badan ke?"

"Pakai ajelah, nanti orang nampak"

"Bukan jarang pun baju ni, tak naklah baju abang besarlah"

"Banyak cakap pula sayang ni, dah..dah angkat tangan" Nura Afyna menurut kata suaminya dengan mengangkat tangan. Suaminya menyarungkan bajunya ke badan isterinya.

"Abang macam mana, tak sejuk?"

"Tak pe, abang okay, abang rela sejuk daripada orang nampak tubuh isteri abang" Isterinya terus memeluk suaminya dari sisi.

"Terima kasih abang"

Hujan yang lebat pada awalnya kembali reda. Mereka meninggalkan pondok dan menuju ke kereta. Ahmad Ilman mengambil baju tambahan yang ada di dalam kereta. Huh, nasib baik aku bawa baju spear, kalau tak... sejuklah aku dekat dalam kereta ni, bisik hatinya. Walaupun Nura Afyna memakai baju dua lapis, bajunya tetap lembap sehingga tidak selesa dipakainya..

"Abang, balik cepat, sayang sejuklah"

"Nak baliklah ni, kalau tak tahan, tukar baju tu dengan baju abang satu lagi dekat belakang tu"

"Tukar dekat sini?"

"Yalah." Nura Afyna tergumam. Takkan dekat dalam kereta pula, malulah kalau ada orang nampak.

Sungguh, Tulus MenyayangimuWhere stories live. Discover now