Bab 4

7.2K 140 1
                                    

Gambar

- Nura Afyna -


Persiapan perkahwinan semakin siap. Hatinya begitu gelisah. Lagi sebulan dia akan bergelar isteri kepada Ahmad Ilman bin Hafizuddin. Lagi sebulan juga, dia tidur di kamar biliknya yang sudah hampir enam tahun berkongsi duka dan gembira bersamanya. Syamira tidak habis-habis mengenakan dia. Setiap kerja rumah yang emaknya suruh buat, pasti ada suara yang menyampuk.

"Wah, isteri mithali buat kerjalah"

"Mira, boleh diam tak, I'm still single" marah Nura Afyna pada adiknya.

"Memanglah kakak single tapi sebulan lepas tu" tercetus ketawa Syamira.

"Yelah..yelah.. you win, fine" Nura Afyna buat muka tidak puas hati di hadapan adiknya. Adiknya selamba berjalan di hadapannya. Hatinya sebenarnya takut, takut terima gelaran 'puan'. Macam tua sangat pula aku ni, getus hatinya.

Ahmad Ilman juga merasakan hal yang sama dan masih memikirkan peristiwa yang bakal terjadi pada hari pernikahannya. Dia berharap hari bersejarah buat dirinya dan bakal isterinya akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Setelah melakukan solat istikharah, dia menadah tangan dan berdoa kepada Illahi agar pilihannya adalah yang terbaik dan mendapat rahmat Allah. Selain itu, isteri yang dapat meningkatkan keimanannya kepada Allah SWT apabila berkahwin kelak.

Kad jemputan diberikan kepada kawan-kawan dan ahli keluarga belah Ahmad Ilman dan Nura Afyna. Ada yang diberi secara kiriman surat dan ada juga yang diberi terus melalui serahan tangan. Baju juga sudah siap. Boleh dikatakan semua persiapan sudah siap sembilan puluh peratus. Hanya sedikit sahaja belum selesai. Mencari kumpulan kompang!. Pada awalnya, Nura Afyna tidak setuju dengan cadangan emaknya. Namun, mengikut adat keluarga Nura Afyna, pukulan kompang perlu ada semasa perarakan pengantin baru ke jinjang pelamin. Paling tak tahan, kumpulan kompang itu terdiri daripada kawan sekolah lamanya. Betapa malunya dia jika kawannya mengetahui perkara sebenar yang dia yang menjadi pengantin. Tapi buat apa malu, aku bukannya buat jahat, aku jadi isteri orang bukan sebab kena tangkap khalwat ke,kena tangkap oleh jabatan pencegahan maksiat ke, fikirnya di dalam hati.

"Barang hantaran mana ya?" Nura Afyna tercari-cari di bilik emaknya.

"Emak, barang hantaran dah beli ke?" tanya Nura Afyna ketika emaknya sibuk di dapur.

"Mana mak tahu, kamu tak beli lagi ke?" muka Puan Mahirah terarah ke wajah anaknya.

"Aduh, belum lagilah mak" kata Nura Afyna sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Kamu pergilah beli dengan Ilman" cadang emaknya.

Nura Afyna memberitahu Ahmad Ilman tentang hal itu lantas ke AEON Stesen 18 pada waktu petang selepas waktu kerja. Nura Afyna mencari barangan wanita manakala Ahmad Ilman mencari barangan lelaki. Merekapergiberasingan. Apabila semuanya sudah selesai, mereka berkumpul kembali di pintu utama pasar raya. Mereka mencari bekas-bekas hantaran yang cantik di kedai barangan pengantin bersama-sama. Warnanya mengikut tema majlis perkahwinan.

"Hai Fyna" tegur Hazmi apabila terjumpa kawan lamanya dari luar kedai.

"Hazmi?" Nura Afyna meninggalkan tunangnya dan bertemu dengan Hazmi.

"Buat apa dekat kedai ni, takkan Fyna yang kahwin?" gurau Hazmi apabila kawan lamanya sudah berada di hadapannya.

"Emm... yang sebenarnya..memang aku yang kahwin" jawab Nura Afyna tergagap-gagap.

Sungguh, Tulus MenyayangimuWhere stories live. Discover now