Bab 11

4.6K 96 1
                                    

Gambar

- Nura Afyna yang kegembiraan -


Pagi yang mendung seakan-akan akan hujan tidak lama lagi. Hati Nura Afyna berdebar-debar menanti keputusan kemasukan ke universiti pada waktu tengah hari nanti. Pagi ini dia pergi ke rumah makciknya yang berada di kampung untuk majlis tahlil sempena menyambut bulan Syaaban. Dia dan Fatihah memandu kereta ke kampung bagi mewakili keluarga mereka yang tidak dapat hadir. Masa majlis tahlil berlangsung, tangan Nura Afyna sentiasa memegang telefon bimbitnya. Dia menunggu sehinggalah matahari sudah berada tegak di atas kepala. Dia menghantar pesanan ringkas mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak UPU untuk mengetahui keputusannya melalui pesanan ringkas namun dia tidak dapat maklumat seperti yang dijanjikan. Mungkin berjuta orang hantar sms dalam masa yang sama sampai jam sistem ni, katanya di dalam hati. Orang yang berada di hadapannya asyik memerhatikan tingkah lakunya yang sambil lewa semasa makan hidangan yang disediakan. Matanya asyik memandang telefon sambil tangannya menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Sampai sahaja di rumah, dia membuka laman web UPU dengan penuh cermat untuk mengetahui keputusan kemasukan ke universiti. Dia mendapat tawaran belajar ke IPTA di Universiti Putra Malaysia dalam aliran yang paling diminatinya. Dia menjerit keriangan saat membaca makluman yang terpampang di skin komputer. Dia seterusnya menelefon mak dan ayahnya. Emak dan ayahnya pun turut gembira. Suaminya yang berada di pejabat sedang bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang perlu disiapkan. Macam mana dengan Fyna ye, rindulah dekat dia, kata hati Ahmad Ilman. Semenjak peristiwa dia memarahi isterinya, kasihnya terhadap isterinya makin bertambah. Untuk meluahkan rasa rindunya, dia memberi sms kepada isterinya.

Assalamualaikum kasihku, sayang macam mana sekarang? Abang rindu kat sayanglah.. I love you

Nura Afyna yang mendapat sms daripada suaminya tersenyum-senyum sendirian. Betul kata orang, bercinta lepas kahwin itu lagi best. Kasih Nura Afyna kepada suaminya juga begitu. Dia lebih sedar yang seorang suami perlu dihormati.

Wa alaikumussalam Abang Man, Fyna sihat. Luv u too..abang

Ahmad Ilman yang mendapat maklum balas daripada isterinya terlompat-lompat kegembiraan ketika membaca ayat 'luv u too..abang'. Apa tidaknya, isterinya sering mamanggilnya sebagai Abang Man, tak seronok rasanya, panggilan abang itu lagi nikmat untuk didengari. Dia tidak sabar pulang ke rumah untuk bertemu dengan buah hatinya. Jarum pendek jam telah menunjukkan tepat jam lima petang. Cepat-cepat dia thumb print, dan memasuki kereta Perodua Viva berwarna hijau muda miliknya. Kuncinya dimasukkan ke dalam ignition switch untuk menghidupkan enjin. Dia memandu kereta dengan berhemah menuju ke rumahnya. Sampai sahaja di rumah, dia menelefon isterinya.

"Assalamualaikum sayang, abang dah sampai ni, dah ada di depan rumah, buka pintu sayang."

"Waalaikumsalam abang, ya Fyna datang pergi buka pintu, tunggu ya abang"

Isterinya membuka pintu dengan melemparkan senyuman yang manis kepada sang suami dan menyalaminya. Dia berasa tenang dan segala masalahnya di pejabat bagaikan hilang seketika berawang-awangan di udara memberikan ruang untuknya berehat bersama isteri tersayang. Nura Afyna sudah menyediakan makanan untuk suaminya. Pada hari ini dia berasa sungguh gembira sehingga rajin membuka laman sesawang yang berkaitan masakan untuk memasak makanan yang enak supaya dapat dimakan bersama. Walaupun tak mahir memasak makanan-makanan yang berat seperti gulai, sup dan rendang, dia cuba memasak juga untuk memikat hati suaminya. Dia tahu suaminya pasti ingin merasai air tangannya. Memandangkan telur masak merah ialah makanan kegemarannya dan mungkin makanan kegemaran suaminya, dia mencari resipi dan memasak masakan tersebut. Sebagai pelengkap makan malam, dia memotong buah betik kepada beberapa potongan dan memasak lauk sayur.

Sungguh, Tulus MenyayangimuWhere stories live. Discover now