Bab 8

5K 105 1
                                    

Gambar

- Nura Afyna -

Syamira sudah sembuh dari kemalangan. Dia sudah boleh berjalan, berjoging malah berlari. Hati Nura Afyna begitu gembira melihat perkembangan adiknya apabila dia menjenguk adiknya di rumah ayah dan maknya. Itulah rutin hariannya apabila suaminya berada di pejabat untuk mencari nafkah. Esok merupakan hari keramat bagi semua insan yang kini telah berumur 18 tahun. Semua gerun menantikan keputusan yang bakal diterima. Nura Afyna tidak terkecuali turut berasa demikian. Hatinya tidak putus-putus berselawat kepada junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. Dia berada di bilik sambil merenung jauh di jendela. Bagaimana agaknya keputusan SPM aku ye, dapat ke 10 A+?, bisik hatinya.

Tiba-tiba dia berasa cuak dan apa yang diingininya hanyalah untuk bersama mak dan ayahnya. Walaupun suaminya mengambil berat soalnya namun pengetahuan suaminya terhadapnya hanyalah satu daripada sepuluh perkara. Mak dan ayahnya lebih mengenali dirinya. Pada malam itu, Nura Afyna ingin tidur di rumah mak dan ayahnya. Dia minta kebenaran daripada suaminya. Ahmad Ilman mengizinkannya dan apabila ingin menemaninya tidur di rumah mak dan ayah mentuanya, Nura Afyna menolaknya dengan cara baik.

"Abang Man, Fyna nak bersendirian waktu ni, tolong fahami Fyna ye Abang Man" katanya kepada suaminya.

"Kalau dah macam tu, tak apalah Fyna, abang faham" suaminya menjawab dengan hati terbuka.

Encik Fadhli mengambilnya di rumah. Selepas bersalaman dengan suaminya, dia menaiki kereta ayahnya. Malam yang gelap diterangi kelip-kelip. Kedua-dua insan yang masih dalam fasa mengenali hati pasangan tidak dapat melelapkan mata. Jam sudah dua pagi, namun Ahmad Ilman masih terjaga. Dia lantas mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isterinya.

Assalamualaikum Fyna, jangan terlalu takut dengan apa yang akan keluar. Abang tahu Fyna dah buat yang terbaik dan apa yang abang nak, Fyna banyak bertawakal kepada Allah. Abangdoakan Fyna dapat straight A's. Good luck sayang..

Nura Afyna yang masih tak dapat memejamkan mata mendapat sms daripada buah hatinya. Dia terharu membaca teks yang dikirimkan oleh suaminya. Dia membalas sms itu.

In shaa Allah, abangthanks.

Awal-awal pagi, Nura Afyna bangun untuk menunaikan solat hajat dan solat subuh. Setelah itu, dia membaca al-Quran agar mendapat ketenangan hati.

"Betul juga kata Abang Man, aku dah buat yang terbaik dan apa yang dapat aku lakukan hanyalah bertawakal. Segalanya telah dicetak di kertas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Tunggu masa nak hantar ke sekolah dan serahkan kepada pemilik mutlak sijil tu je" katanya di depan cermin sambil memakai tudung.

Dia dan mak ayahnya bertolak awal ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (SBPI Gopeng). Mereka bertolak pada jam sembilan pagi setelah bersarapan. Dalam perjalanan ke sana, dia asyik teringat kata kawan-kawannya yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara.

"Fyna, nanti kalau dah habis SPM, kau nak buat apa?" kata Sofia.

"Aku nak kahwin" dia menjawab pertanyaan Sofia dengan tersengih-sengih.

"Eei, gatal ye kau, nanti jadi betul-betul baru tahu. Aku nak pergi sambung belajar di luar negara sambil menikmati salji yang sejuk dan memukau, lepas tu barulah kahwin dengan orang yang belajar kat sana, barulah syok Fyna"

"Aku main-main je Sofia, calon suami pun tak ada lagi, ada hati nak kahwin haha" Nura Afyna menutup bicara.

Tanpa disedari, mereka telah sampai di SBPI Gopeng. Dia yang gementar pergi ke dewan besar seorang diri sementara mak ayahnya berada dalam kereta. Ramai kawan-kawannya yang telah datang. Ada yang menangis kegembiraan dan ada pula sebaliknya. Kini, dia melangkahkan kaki dengan berhati-hati takut pengsan di tengah-tengah jalan. Walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu, dia tetap tersenyum supaya dia redha dengan apa yang akan diterimanya.

Sungguh, Tulus MenyayangimuWhere stories live. Discover now