Bab 17

3.5K 62 1
                                    

Gambar

- Tasik yang ada di UPM -


 " Before abang balik, abang nak pesan dekat sayang"

"Apa dia abang"

"Sebagai isteri, sayang wajib jaga maruah diri dan keluarga dan bila nak ke mana-mana luar dari universiti ni, sayang mesti minta izin daripada abang dulu, sayang belajarlah dengan bersungguh-sungguh, Abang akan selalu doakan sayang"

"Ya abang, in shaa Allah, sayang akan jaga status sayang sebagai isteri abang, tapi abang jangan pula cari orang lain selain sayang kalau abang ada masalah"

"Takkanlah abang nak cari orang lain, isteri abang lagi cantik, lagi baik, lagi cerdik"

"Dah..dah.. malulah kalau ada orang lain dengar"

"Kenapa nak malu, Fyna kan isteri abang" mereka berdua tersenyum.

Sudah selamat Nura Afyna berada di Universiti Putra Malaysia. Dia mengemas barang-barang yang dibawanya di dalam almari. Tiba-tiba dia teringat akan hadiah pemberian suaminya. Dengan teliti, dia membuka balutan hadiah daripada terkoyak. Perlahan-lahan dia membuka hadiah setelah melihat tiada sesiapa berada di sekelilingnya.

"Wah, cantiknya!" Nura Afyna tersenyum melihat jam tangan Q&Q yang berwarna keemasan di dalam kotak.

Dia menelefon suaminya mengucapkan kata penghargaan. Ahmad Ilman menyuruhnya memakai jam tangan dan cincin perkahwinan sepanjang masa. Nura Afyna agak keberatan untuk memakai cincin perkahwinannya namun dipujuk banyak kali oleh Ahmad Ilman. Dia tidak mahu sesiapa mengetahui statusnya sebagai isteri orang. Namun, dia berkata kepada suaminya yang dia akan memakainya.

Kalau jam tangan bolehlah cover sikit, ni cincin memang sah-sah ada apa-apa yang tak kena, yalah lebih-lebih cincin berlian, manalah aku ada duit nak beli dalam usia semuda ini, getus hatinya.

Nura Afyna bangun di awal pagi. Setelah solat subuh, dia mentatarias dirinya. Baju kurung yang pernah dia pakai masa pertemuan pertamanya dengan suaminya dipakainya untuk kali ini. Teringat kembali kenangan itu. Betapa kekoknya dia waktu itu. Rasa dirinya begitu muda untuk berkahwin. Tapi itulah yang menjadi kenangan terindah. Dia kemudiannya sambung bersiap. Memakai bedak asas di muka, mengenakan sedikit pelembab bibir dan sedikit eye liner. Jam pemberian Ahmad Ilman dipakainya di pergelangan tangan kiri dan cincin perkahwinan, semestinya di jari manis tangan kanannya.

"Wahai cincin, janganlah ada sesiapa tanya pasal kau, aku bukannya apa cincin, kau memang cantik, tapi aku malulah kalau ada orang tahu aku dah kahwin dalam usia ini" katanya sendiri di hadapan cermin.

"Eh Fyna, lamanya bersiap, cepatlah keluar, kita pergi sama-sama" kata Athirah sebelum keluar dari bilik.

"Ok.. tunggu jap, lagi sikit" jawab Nura Afyna.

Kelas pertama yang Nura Afyna hadiri setelah seminggu berorientasi sekitar UPM ialah Sains Pertanian. Perasaan ingin tahu semakin memuncak-muncak. Pelajaran itu tidak pernah dia pelajari ketika berada di sekolah menengah. Fikirannya begitu bersemangat. Sekarang dia tidak perlu fikirkan lelaki. Lebih-lebih lagi untuk jatuh cinta. Dia sudah ada peneman yang sempurna di hatinya. Setelah habis kelas. dia terus pulang ke biliknya untuk menunaikan solat asar. Dia mengubati rindunya dalam hati dengan mendoakan kesejahteraan suaminya dan keluarganya. Dia ingin buktikan kepada Ahmad Ilman yang dia amat menghargai pengorbanan suaminya membiayai perbelanjaannya untuk belajar di universiti.

Sungguh, Tulus MenyayangimuWhere stories live. Discover now