Bab 28

4.2K 57 1
                                    

Nura Afyna duduk termenung melihat jendela di sebelah katilnya. Hujan yang renyai-renyai di luar menyingkap kembali kenangan indah ketika cuti semester. Kenangan yang sudah dua minggu berlalu itu tak mungkin dia lupakan. Terserlah sifat suaminya yang penyayang dan mengambil berat tentangnya.

Syamira cuba menelefon kakaknya untuk berbaik semula dengan kakaknya. Nura Afyna tidak boleh menerima perbuatan adiknya. Baginya, orang yang mencuba merampas mahupun memfitnah suaminya tetap musuh ketat baginya. Banyak cara yang digunakan oleh Syamira untuk mengambil hati kakaknya semula.

"Kak Fi, masih ingat tak bila kita bergaduh sebab nak tengok tv, waktu tu kita tak nak mengalah, sampailah tv tu meletup, sebabnya asyik tukar siaran kakak dan Mira. Mak waktu tu marah betul dekat kita. Samalah dengan keadaan sekarang, Mira mengalah sekarang. Janganlah buat macam ni, tv rosak tak apa kak tapi kalau hubungan kita rosak..., kak Fi seorang yang Mira ada, kita mana ada adik-beradik lain, Mira sunyi kak, tolonglah maafkan Mira" Syamira mengirim mesej video kepada kakaknya. Nura Afyna mendengarnya sehingga berderai air matanya. Tapi, dia tetap tak dapat menerima perbuatan adiknya.

Ahmad Ilman tidak dapat menyembunyikan rahsia yang dia simpan selama ini kepada isterinya. Lambat-laun isterinya pasti mengetahuinya juga. Dia tidak mahu Nura Afyna mengetahui soal Sarah daripada mulut orang lain. Dia mesti menamatkan rasa kurang selesanya dengan keadaannya sekarang. Dia takut Nura Afyna akan melihatnya dengan Sarah sedangkan dia tiada apa-apa perasaan terhadap Sarah.

"Kita nak pergi mana?" tanya Nura Afyna dengan lembut dalam talian.

"Tempat yang special, sayang mesti suka" kata Ahmad Ilman dengan bersemangat.

"Betul ni? Kalau tak macam mana?" duga Nura Afyna.

"Abang yakin sayang mesti suka! Pergi kemas baju nanti hari Jumaat petang abang datang ambil sayang"

Nura Afyna begitu terharu. Lagi beberapa hari merupakan Hari Malaysia. Kebetulan Hari Malaysia jatuh pada hari Ahad, jadi hari Isnin menjadi cuti umum. Tiga hari aku dapat bersama abang, seronoknya, kata hatinya.

"Emak, hujung minggu ni, Man nak bawa Fyna keluar, mak tak kisah ke?" Ahmad Ilman meminta kebenaran daripada emak mentuanya sambil duduk di atas kerusi makan.

"Apa pula tak boleh, kamukan suami dia" Puan Mahirah berhenti daripada terus memotong sayur di dapur dan memandang menantunya yang berada di sebelahnya.

"Bukan apa mak, manalah tahu kalau mak ada rancangan lain"

"Tak adalah, mak dan ayah tak ada apa-apa rancangan hujung minggu ni, lagipun ayah kamu kena pergi stadium kan, Hari Malaysia nanti. Nanti bercuti, jaga Fyna baik-baik ye"

"In shaa Allah, mak jangan risau"

Ahmad Ilman ingin membawa Nura Afyna berbulan madu untuk pertama kalinya. Semenjak mereka bernikah, banyak kejadian pahit berlaku dalam rumahtangga mereka. Ahmad Ilman yakin inilah masa yang sesuai untuk mereka berbulan madu dan menghilangkan segala memori pahit yang pernah dilalui oleh mereka. Abang akan gantikan semula masa sulit pada awal perkahwinan kita dengan perkara yang lebih manis sayang, nekad Ahmad Ilman di dalam hati.

Pagi Jumaat menjelma lagi. Pada waktu Zohor, seluruh umat Islam menunaikan solat Jumaat yang menjadi kewajiban setiap muslim lelaki dan sunat bagi perempuan. Ahmad Ilman menelefon isterinya sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Dia bekerja separuh hari sahaja. Setelah memasukkan baju ke dalam sebuah beg galas, dia memulakan perjalanan ke universiti isterinya belajar. Cuaca yang baik dengan keadaan jalan raya yang tidak terlalu sesak memudahkan perjalanannya ke sana.

Sungguh, Tulus MenyayangimuWhere stories live. Discover now