Bab 25

3.6K 54 1
                                    

Terima kasih kepada para pembaca yang sudi baca karya saya ini. Dahmencapai 1K readers! Alhamdulillah. Bab 25 dan seterusnya akan diupdate serentak di blog saya juga (http://rollerollerkehidupan.blogspot.com/). Jangan segan silu juga untuk membuka blog saya. Ada karya lain yang tak publish dekat wattpad sebab dah publish dekat website lain.  

Teruskan menyokong saya

Vote dan komen my works!

Bolehlah saya perbaiki lagi mutu karya saya.

************************************************************************

Gambar

- Nura Afyna dan Syamira -


Kenapa setiap kali aku call, abang tak angkat, mesej pun tak balas. Minda Nura Afyna berfikir sejenak sifat suaminya yang sudah berubah. Sudah tiga hari suaminya tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas pesanan ringkas yang dibuat olehnya. Hatinya berdolak dalik sama ada mahu menelefon bapa mentuanya atau hanya mendiamkan diri.

Dia menelefon emak dan ayahnya untuk bertanya khabar. Namun, adiknya yang mengangkattelefon. Syamira menceritakan kejadian yang terjadi di depan rumah abang iparnya. Nura Afyna menepis tuduhan itu. Baginya Ahmad Ilman seorang suami yang amat baik. Tidak mungkin dengan mudah dia mempercayai tuduhan terhadap suaminya itu walaupun daripada mulut adiknya sendiri. Nura Afyna memarahi adiknya sehingga sanggup menganggap adiknya sebagai pesaing bagi mendapatkan kasih sayang daripada Ahmad Ilman. Tiba-tiba panggilan daripada suaminya mengacau panggilannya dengan Syamira. Terus dia menutup talian dengan Syamira dan mengangkat panggilan masuk daripada suaminya.

"Assalamualaikum" Ahmad Ilman menutur kata perlahan.

"Abang! Waalaikumussalam, abang sihat ke? Sayang... rindukan abang, sayang ada buat salah ke?" jawab Nura Afyna dengan sebak sehingga mengalir air mata Ahmad Ilman.

"Sayang.." kata Ahmad Ilman dengan sepenuh hatinya sambil matanya dipejam.

"Abangcakaplahsesuatu"

"Sayang..abangdah.."

"Kenapa abang? Abangdahapa?"

"Tak ada apa-apalah, abang sihat sayang"

"Syukur alhamdulillah, betul abang tak apa-apa?"

"Abang... ada benda nak cakap tapi tak sesuai cakap sekarang, kalau sayang dengar, sayang akan sedih, abang tak nak sayang sedih"

"Abang, kita kan suami isteri, semua masalah kita handle sama-sama, sesedih manapun berita abang tu, sayang sedia mendengarnya"

"Abang tak sanggup, apa yang abang perlukan sekarang...ketenangan, doakan rumah tangga kita ye sayang, moga kita kuat hadapinya"

"Baiklah abang, abang jangan risau, selagi kita berpegang pada agama, in shaa Allah, Allah akan menjaga kita"

Perbualannya dengan suami membuat hatinya benar-benar lega. Walaupun pada hakikatnya dia tahu suaminya sedang bersedih, sedaya upaya dia cuba menghiburkan suaminya daripada terus berduka. Dalam hatinya, dia berdoa supaya Allah memberi kekuatan kepada dirinya dan suaminya dalam melayari bahtera rumahtangga.

Syamira dalam dilema memikirkan kakaknya yang sanggup mengatakan dia sebagai perampas Ahmad Ilman. Kenapa kak Fi tak mahu percayakan aku sedangkan aku mahu kakak mengetahui hal sebenar, kata hati Syamira. Dia tidak boleh berdiam diri padahal kakaknya dalam keadaan bahaya dalam kecurangan Ahmad Ilman. Dia mahu berjumpa dengan abang iparnya untuk mendapatkan kepastian tapi dia tiada kuasa untuk memarahi abang iparnya. Aku dahlah tak rapat dengan Abang Ilman, tiba-tiba kacau rumahtangga dia, mungkin betul juga kata kak Fi yang suaminya tidak mungkin berbuat demikian.

Dalam sakit hati, Sarah sudah tidakdapat menahan perasaanya terhadap Ahmad Ilman. Kalau dia tidak dapat akumiliki, tiada sesiapa dapat milikinya, dendamnya di hati. Dia merancang untukmenyakiti isteri bekas kekasihnya itu. Dia bernekad untuk membuat perkara yangmembahayakan nyawa Nura Afyna. Dia mengetahui tempat Nura Afyna belajar setelah meneliti profil Nura Afyna di laman sosial Facebook.    

Sungguh, Tulus MenyayangimuWhere stories live. Discover now