Bab 27

4K 47 6
                                    


Sorry semua... Tak dapat tunaikan janji 1 week 1 bab, sebab kekangan masa. Masuk semester dua, terus sibuk dengan aktiviti kolej dan kerja. Projek berlambak betul bagi dekat saya. Lumrah..lumrah.

But, novel ni dah hantar dekat publisher! ^_^

Kandungan dalam novel versi cetak lebih menarik!

Tapi still dalam proses... belum sah lagi..

Doakan ya supaya lulus!

_____________________________________________________________

Jemputan ke majlis perkahwinan

Nura Afyna binti Fadhli

Dan pasangannya

Ahmad Ilman bin Hafizuddin

Megat Arif membaca sekeping kad undangan majlis perkahwinan yang diberikan oleh Hazmi kepadanya. Hazmi menjemput kawannya untuk menemaninya pergi ke majlis perkahwinan Nura Afyna. Hazmi tidak ada kekuatan untuk melihat Nura Afyna menikah dengan Ahmad Ilman namun dia mungkin terlepas untuk melihat senyuman paling bahagia daripada kawan lama merangkap cinta pertama waktu zaman sekolahnya.

Semasa Megat Arif membelek kad kahwin, Sarah ada di hadapannya sedang menikmati sajian waktu tengah hari. Sarah terbaca nama Ilman di kad kahwin lantas mengambil kad itu untuk mendapat kepastian. Memang sah dia Ilman yang aku kenal dulu, bisik hati Sarah.

"Kenapa ni, main ambil je" marah Megat Arif kepada kekasihnya.

"Sorrylah Bi, namanimacam honey pernahkenal"

"Honey kenalke? Jomlah ikut sekali nanti, temankan Bi dan Hazmi pergi sana"

"Ikut? Tak bolehlah, Sabtu ni ada modelling shoot, tapi kalau Bi tolong bagikan hadiah honey dekat pengantin tu boleh tak?"

"Boleh je honey" kata Megat Arif sambil meletakkan kad kahwin di atas meja. Ahmad Ilman bin Hafizuddin, sekarang kau yang akan aku kejar, kata hati Sarah sementara mulutnya menyedut jus tembikai.

Menu makan tengah hari di Hotel Impiana sudah menjadi makanan rutin bagi pasangan kekasih yang sudah dua tahun berhubungan. Megat Arif mengenali Sarah semasa mereka bersama-sama membuat pengambaran di London bagi sebuah majalah fesyen di sana. Keluarga Sarah merestui hubungan mereka dan memberikan kepercayaan kepada Megat Arif untuk menjaga Sarah selama mereka berada di Malaysia.

Setelah selesai makan, Megat Arif menemani Sarah membeli belah di sebuah pasar raya. Sarah bagaikan bidadari bagi Megat Arif dan semua kemahuan Sarah diturutinya.

"Bi, honey nak baju ni dan kasut ni, boleh ya" Sarah membodek Megat Arif agar membelikan keperluannya.

"Boleh Honey, anything for you"

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Bab ni pendek je...

Tapi versi cetak... dah edit lagi banyak!

Jangan risau

Sungguh, Tulus MenyayangimuWhere stories live. Discover now