Bab 20

3.5K 56 1
                                    

Gambar

- Perpustakaan UPM -


Awan berkepul-kepul dihembus lembut bayu di pagi hari. Hari yang begitu cerah ditemani kicauan burung yang harmonibunyinya. Sesekali diselangi bunyi gagak hitam yang mencari mangsa kedengaran. Cantik sungguh ciptaan Tuhan menemani manusia di muka bumi. Walaupun Nura Afyna jauh daripada suaminya, alam semesta sentiasa menemaninya di saat kesepian memeluk relung hatinya. Hari minggu tidak akan sesekali Nura Afyna lalui begitu sahaja tanpa perkara-perkara yang berfaedah. Dia bercadang untuk mengulangkaji pelajaran di perpustakaan bersama Athirah. Athirahjuga mempunyai rancangan yang sama. Dia berjalan kaki untuk ke sana. Walaupun jarak ke sana agak jauh, namun bagi pelajar di sini, perkara itu sesuatu yang biasa kerana telah diterapkan dalam diri masing-masing semasa awal perkenalan untuk menjaga alam semula jadi. Lebih-lebih lagi bagi pelajar pertanian sepertinya yang amat menyayangi alam semula jadi.

Semenjak hari pertama dia mendaftarkan diri sebagai pelajar asasi, dia telah berjanji kepada dirinya. Dia akan buktikan kepada semua yang dia mampu menamatkan pengajiannya di sini dengan cemerlang. Dia juga mahu Ahmad Ilman melihat kesungguhannya untuk belajar. Demi sebuah kebahagiaan dia sanggup berjauhan dengan suaminya. Setibanya di perpustakaan, mereka mendaftarkan diri di kaunter untuk menjadi ahli perpustakaan. Mereka melihat keadaan sekeliling mencari meja kosong. Apabila telah menemui meja yang sesuai untuk belajar, mereka terus meletakkan barang. Mereka pergi ke rak buku yang tersusun rapi. Perpustakaan itu jauh lebih besar berbanding di sekolahnya. Ruangnya tidak terbatas. Semua bidang ada bukunya mengikut rak-rak yang disediakan. Jadi mudah sahaja untuk mendapatkan maklumat dan buku penterjemahan yang diingini. Athirah pergi ke rak 46 sementara Nura Afyna ke rak 52. Setelah itu, mereka kembali ke meja bersama-sama buku yang tebal di tangan.

Suasananya begitu menyenangkan. Kelihatan semua yang datang ke perpustakaan bertungkus lumus belajar tanpa berbicara kosong. Perbincangan mereka adalah perbincangan ilmiah. Athirah dan Nura Afyna merupakan penuntut asasi sains pertanian walaupun berbeza kumpulan. Mereka mudah berkawan dan belajar bersama-sama.

"Fyna, sebenarnya aku ada soalan nak tanya ni" kata Athirah.

"Apadia?"

"Kau asal dari Perak kan? Area mana ya?"

"Rumahaku area Ipoh, kenapatanya?"

"Bukan apa Fyna, kalau aku nak balik rumah, boleh tak aku tumpang ikut kau?"

"Ikutaku? Boleh..boleh.. apa salahnya"

"Satu lagi, tu cincin apa?"

"Cincinnikahaku"

"Nikah? Biar betul kau ni?"

"Kautak percaya? Alah.. kau ni aku bergurau je" kata Nura Afyna sambil menghela nafasnya dengan perlahan.

"Ish.. kauni.. ingatkan betul-betul"

Perbualan mereka mendapat perhatian daripada pustakawan. Pustakawan mendekati mereka sambil jari telunjuknya diletakkan di atas bibirnya. Tanda senyap daripadanya kepada mereka. Mereka hanya tersenyum dan kembali belajar. Sepanjang sesi ulangkaji, tiada sesiapa yang mengganggu mereka. Sehingga waktu matahari betul-betul di atas kepala, mereka belajar di perpustakaan. Mereka pergi ke kafe untuk menjamu selera. Di kafe, Nura Afyna terserempak dengan Hazmi. Hazmi mendekatinya setelah menyuruh Nura Afyna berhenti.

"Assalamualaikum Fyna, boleh saya makan dengan awak?"

"Wa'alaikumussalam...boleh tapi bukan berdua ye, kawan Fyna ada sekali"

"It's okay, asalkan dapat makan denganawak"

Kenapa dia sopan semacam, siap panggil saya dan awak?, keluh hatinya. Dia membeli nasi lauk ayam goreng dan air teh limau. Dia pergi ke tempat duduk dan melihat Athirah tiada di situ.

"Mana Athirah? Kau halau dia ke?"

"Eh mana ada Fyna, dia tengah beratur tu" Hazmi mengalihkan pandangan ke arah Athirah.

"Huh, ingatkan kau..."

"Akuapa?"

"Oh... pandai pun ber'aku'.."

"Memanglah..geli aku ber'awak'"

"Kenapakacauaku? Bukan kau banyak kawan ke?"

"Kau tahu kan status aku, atau kau pura-pura tak tahu?" sambungnya setelah Hazmi tidak menjawab soalannya.

"Fyna, suami kau jauh tahu tak, siapa nak teman kau dekat sini?"

"Aku ada kawan, kau tak payah kisahkan aku, tahulah aku jaga diri"

"Fyna, seronok berborak!" suara Athirah meleraikan ketegangan yang berlaku.

"Athirah, ni Hazmi, kawan lama"

"Oh, takpe ke aku kacau korang?"

"Eh... takpe" Hazmi seakan-akan baik di hadapan Athirah.

Sungguh, Tulus MenyayangimuWhere stories live. Discover now