Bab 2

10.8K 180 1
                                    

Gambar

- Ahmad Ilman -

Kalau orang lain saat ini bersama-sama kawan keluar ke pasar raya untuk berbelanja dan berhiburan, namun dirinya sedang menghadapi pelbagai jenis terapi. Itu semua ikut kata-kata orang tua supaya menjadi isteri yang sempurna untuk suami. Macam itulah cerita daripada emaknya. Pening juga dia dibuatnya. Ingatkan senang nak kahwin ni, rupa-rupanya susah juga. Puan Mahirah membawanya ke spa, rawatan kecantikan muka, kolam air panas dan macam-macam lagilah dari awal pagi hinggalah ke petang. Aktiviti ini berterusan selama sebulan. Nura Afyna hanya menurut arahan daripada emaknya. Emaknya hendak melihat anak daranya cantik luar dan juga dalam semasa majlis pernikahan sehinggalah akhir hayat anaknya nanti.

Di rumah pula, emaknya mengajar pelbagai jenis lauk yang mudah dimasak. Kata orang, nak pikat suami perlu pikat perutnya dahulu. Hampir tergelak Nura Afyna dibuatnya saat emaknya menerangkan kepadanya. Hampir setiap hari menu baru dipelajari. Tak cukup dengan itu, dia juga mendalami ilmu agama supaya dia tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri kelak. Dia juga perlu mengkhatam al-Quran lagi sekali dengan menghadiri kelas mengaji bersama ayahnya setiap malam. Encik Fadhli ingin sangat Nura Afyna yang akan dilepaskan kepada Ahmad Ilman kelak dalam keadaan yang cukup agamanya dan tidak sia-sia segala usahanya membesarkan anak daranya itu. Walau sesibuk mana dirinya di pagi hari, tanggungjawab sebagai seorang ayah tak pernah diabaikannya. Oleh sebab itu, Nura Afyna yakin pilihan ayahnya adalah yang terbaik untuknya.

Sebagai langkah awal dalam membina sebuah perkahwinan, Ahmad Ilman dan Nura Afyna pergi menghadiri kursus perkahwinan yang diadakan oleh Majlis Agama Daerah. Mereka didedahkan dengan pelbagai aspek dalam alam rumah tangga. Selama tiga hari mereka menghadiri kursus itu. Memandangkan Nura Afyna tidak mempunyai kemahiran memandu kereta atau menunggang motor, Ahmad Ilman yang mengambil dan meghantar semula dia sebelum jam enam petang. Encik Fadhli tidak mengizinkan mereka pulang lewat kerana takut menimbulkan fitnah. Setiap kali selesai menghadiri kursus, Ahmad Ilman membawanya menziarahi tanah perkuburan untuk menjenguk kubur arwah ibu tunangnya. Sudah enam tahun Ahmad Ilman tidak merasai kasih sayang seorang ibu. Dia membacakan doa-doa lazim. Hati Nura Afyna tersentuh mendengar bait-bait doa yang dibaca tunangnya. Sejukhatinyaseketika. Dia bersama-sama menadahkan tangan dan berdoa pada Illahi moga ibu tunangnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

"Ilman, Fyna ada soalan?" kata Nura Afyna ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Apa dia Fyna, ada masalah ke?"

"Tak. Cuma nak tanya, Ilman sedih tak bila arwah ibu pergi untuk selama-lamanya"

"Dulu, sayalah yang paling sedih dekat dunia ni, nak dekat dua minggu saya tak pergi sekolah, mengenangkan pemergian ibu, tapi sekarang, saya redha dengan pemergiannya" kata Ahmad Ilman dengan nada sayu.

"Maaf ya sebab dah buat Ilman terkenang perkara yang sedih"

"It's okay. Kenapa Fyna tanya ni?"

"Kalau dikira balik, masa arwah ibu Ilman meninggal dunia, waktu tu Ilman 17 tahun kan, mesti rasa berat sangat untuk menanggungnya, yalah waktu tu juga kena ambil SPM, tak tahulah macam mana kalau benda tu terjadi pada Fyna"

"Fyna, jangan cakap macam tu" lembut tutur katanya lantas menghentikan kereta di tepi jalan.

"Fyna sepatutnya fikir positif, saya tengok, makcik sihat sahaja setiap kali saya bertemu dengannya" sambungnya.

Sungguh, Tulus MenyayangimuWhere stories live. Discover now