Kesamaran malam aku redah tanpa henti. Laju dan semakin laju derapan kakiku melangkah. 'Lari' hanya itu satu ayat yang berlegar-legar berpusing 360° dalam kepala ni. Keadaan sekeliling tidak aku peduli lagi. Peluang hanya datang sekali, dan sekarang aku tengah rebut peluang ini.
Semak, belukar, hutan aku redah tanpa sekelumit takut kerna yang lagi mengejar akulah perlu aku berasa takut. Langkah demi langkah aku hayunkan. Lumrah kudrat perempuan ada batasnya. Aku keletihan. Langkah kaki aku makin perlahan tapi tetap aku gagahkan jua. Aku harus lari dari semua ini, sampai bila aku harus dijadikan boneka. Boneka kesayangan Samuel Hazeal.
Derap kaki aku makin perlahan. Tasik terbentang luas didepan mata makin aku dekati. Had pemandangannya ditelan oleh kegelapan malam.
"Jalan mati." aku toleh kiri dan kanan mencari jalan yang lain tapi hampa. Hanya terdapat sebuah tambatan perahu (jambatan kodong) disebelah kanan tidak jauh dari tempat aku berdiri.
'Zapp' sebaik aku berpaling untuk mencari kembali punca jalan yang membawa aku ke tasik ini. Sebuah van putih tepat berhenti depan aku. Aku amati van itu jelas aku sangat mengenalinya.
Konco-konco Samuel Hazeal segera keluar dari van tersebut. Serta merta menuju ke arah aku. Tanpa berkifir panjang, aku terus lari ke arah tambatan itu.
"Jangan dekat!" lantang. Sebaik aku berada ditengah-tengah tambatan itu.
Salah seorang dari berlima itu cuba mengatur langkah menghampiri aku.
"Kalau korang rapat aku terjun!" kata aku lagi dengan nada separuh menjerit. Tepat cahaya lampu disuluh ke arah aku sebaik sebuah force ranger berhenti.
"Hana Amira." laung Samuel terus kearah aku.
"Kau jangan rapat dengan aku!" kataku menjerit.
"Kau nak pergi mana. Kau jangan mimpi nak lari dari aku. Sampai lubang cacing pun aku tetap akan cari kau." kata Samuel.
"Jangan dekat. Aku benci kau."
Sebaik aku berkata. Aku lihat Samuel melangkah satu langkah perlahan.
"Kau jangan dekat. Kalau kau dekat aku ter...jun." belum sempat aku menghabiskan kata-kata. Tangan Samuel sudah memegang pergelangan tangan kanan aku.
"Lepaslah." terus dirangkul tubuh aku.
"Aku sayang kau. Jangan haraplah kau boleh lari dari aku." mulut Samuel tepat pada telinga aku.
"Aku tak nak jadi boneka kau lagi..."
PS : prolog ni hanya gambaran cerita. So sorry kalau typo ke hape ye.. Sebab aku hanya taip sahaja. Tak dan nak priview. Prolog ni lah yang aku mimpi tapi aku ubah sikit sebanyak. Mimpi tulah timbulkan idea nak buat cerita ni.lol
Bukan cerita 18sx ye...ak xpandai nk menulis babak2 romantik tu..xprnh mengalami lg..hihi
YOU ARE READING
BONEKA
RomancePercubaan Penulisan Boneka @ patung, obsesi yang tak sudah. Cinta vs nafsu yang sering beri impak pada setiap nyawa. Bila kekayaan dalam kuasa tangan manusia. Semua perkara di peroleh hanya petik jari saja. Hingga cinta kau berasa boleh dibeli. Penj...