Bab 5 : Kuliah

28.7K 452 19
                                    

Aku berlari untuk ke dewan kuliah sebaik memarkirkan kereta.

"Alamak. Lewat dah ni!" laju kaki melangkah.

'Pitt.'

Tersentak sebaik hon kereta dibunyikan. Serentak aku berpaling dan terlihat BMW 5series tepat di depan aku. Cuak, aku lihat pemandu kereta itu kelihatan sedikit kalut.

"Hoi kau takde otak ke?" tenking pemandu tu dari dalam kereta.

Aku menyisih rambut yang menutupi separuh muka kerana berpaling mengejut tadi.

"Sorry...." tanpa berpaling, tangan aku masih membetulkan rambut.

Tanpa aku sedari pemandu kereta itu sudah tertacap di depan aku kaku. Pandangan bingung aku lontarkan melihat tingkahnya. Tepat dia memandang aku seolah terpukau. Dahi ku kerut.

"Sorry, tak perasan." kataku pendek. Kaki cuba ku hayun.

"Kejap." tanganku dipegangnya kejap. "You look so familiar. Kita pernah jumpa ke?" tanyanya.

"Maybe. I'm so sorry. I have to go for the class." spontan balas ku akan pertanyaannya. Aku terus melonggarkan pegangan tangannya dan menarik tanganku pantas. Berlari mengejar masa terbuang. Mungkin pemandu tu masih kaku di situ. Mungkin?

Langkah seribu ku hayun untuk kelas. Pecut selaju mungkin. Walhal jarak yang perlu diambil tidaklah sejauh mana hanya terpisah dua bangunan dari tempat parkir kereta.

Aku memengang pintu terus menolaknya. Perlahan pintu dewan kuliah itu aku buka. Penuh. Semua mata memandang aku tepat. Pelajaran sedang berlangsung.

"Ohh... You are Hana Amira binti Ahmad Fattah right?" tanya pensyarah yang tidak aku kenali itu.

"Yes. I am. Sorry for late attend" balasku pendek.

"Its ok. You may sit. Takziah for your losing."

Aku hanya mengangguk perlahan. Langkah perlahan aku atur ke arah bangku kosong dan terus duduk di situ.

"Hai Mira." terus aku berpaling ke arah suara seakan ku kenal. Tenyata Mikael di belakang aku.

"Hai." balasku pendek. Terus aku pusing untuk fokus pada pensyarah muda didepan. Jujur hati aku masih remuk dengan tindakannya. Seakan perasaan sayang aku terhadapnya sudah hampir lenyap. Memori dua bulan lalu menjengah.

"I nak break dengan you." kata singkat Mikael sungguh mengejut.

"Kenapa?" tanyaku bingung.

"I dah couple dengan Damia. A few weeks ago."

"What!"

"Sorry" katanya pendek.

"Why? She is my friend. Why you do this to me. Mikael, i love her so much than i love you. Why you with her." empangan mata aku pecah perlahan menyusur ke pipi.

"Sorry." kata-katanya pedih dan terus berlalu pergi.

"Takziah. I baru tahu father you dah takde." katanya lagi.

"Ermmm."

"Are you ok now?"

"Ok." balasku pendek. Aku mula terasa bosan dengan komunikasi kami.

"You so.." sebelum Mikael habiskan kata-katanya terus aku berpaling.

"You boleh diam tak. I nak fokus. Ok!" kataku tegas. Terus aku kembali memandang pensyarah di depan.

Sepanjang kuliah berlangsung tidak lagi aku mendengar suara Mikael. Sepi. Selesai sahaja kuliah aku terus memasukkan buku nota ke dalam beg.

Nadia, Hani dan Kesya melambai-lambai dari pintu kuliah. Sebaik aku bangkit dan mahu ke arah mereka. Mikael menghalang jalan aku.

"Boleh tepi tak?"

"I nak cakap something dengan you." katanya laju.

"About what?"

"About us. Please?" pintanya lagi.

"Tak minat. Sorry, may i go." terus aku ke arah kiri tangga untuk mencelah. Mikael terus memegang tangan aku kemas.

Suasana dewan kuliah makin lenggang, hanya tinggal sembilangan manusia yang berpusu-pusu untuk keluar di pintu masuk.

"Dont touch me." lantas aku menarik tangan ku kembali.

"I minta maaf. I still love you Hana Amira. I silap." kedua-dua tangan aku dipegang kembali.

"Lepaslah..." cuba untuk meleraikan pegangan tangan Mikael.

"Kurang ajar." terus pipi aku di tampar. "Korang memang setan. Sial." amuk Damia yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Mikael terus memeluk aku dan membelakangi Damia.

"Jantan sial. Berani kau peluk dia depan aku." marahnya lagi. Bertubi-tubi belakang Mikael ditamparnya.

"Lepaskan akulah." aku meronta didalam pelukkan Mikael. Mikael melonggarkan sedikit pelukannya. Lantas aku keluar dari dakapannya. Damia yang tadi terus cuba untuk menghampiri aku seolah ingin menerkam, dihalang oleh Mikael.

"Hoi perempuan kau meh sini." tenking Damia.

Aku membetulkan rambut yang sedikit serabai dipeluk Mikael. Terasa bahang naik ke muka bila ditenking sebegitu.

"Kau ni ada masalah mental apa ha? Kau nak sangat jantan ni kau ambillah. Aku tak hadaplah." separuh amarah aku sembur kearah mereka.

Mikael terkejut dengan antonasi yang baru aku sampaikan.

"Kalau kau nak tahu. Jantan sial ni yang tersenggih kat aku. Aku tak heranlah dengan jantan macam ni. Bersepah kat luar tu." tepat jari telunjuk aku ke arah mereka dan ke arah pintu dewan.

Nadia, Hani dan Kesya yang tadi sudah keluar dari dewan masuk kembali bila mendengar suara sumbang Damia.

"Mira, kau ok." tanya Hani.

"Kau memang dasar perempuan murah. Kau tu sebenarnya dengki kat aku. Tu yang kau nak goda Mikael ni." nada tidak puas hati dilontarkan Damia.

"Hello. Siapa yang murah ni?" tanya Nadia pada Damia.

"Tu perempuan gila yang nak rampas Mikael dari aku tu." menjuih mulut Damia ke arah aku.

"Kau tu yang gila. Yang sepatut cakap macam tu dia bukan kau. Kau ni kurang kasih sayang rasanya tu yang buat perangai macam ni tu." balas Kesya pedas.

"And you Mikael! Kenapa diam. Kau bisu ke? Kau cakap apa yang kau cakap kat aku tadi." kataku seakan menjerit.

Mikael melepaskan Damia dan berlalu meninggalkan aku, Damia dan ketiga rakan yang lain.

"Dasar jantan dayus memang macam tu. Dan kau Damia mulai hari ni kau jangan nak kacau hidup aku. Kalau tak. Nahas kau aku buat. I one more thing kau bukan kawan aku lagi!" kataku panjang.

"Kau... Mikael tunggu aku. Jelaskan semuanya." meluruskan telunjuk ke arah aku sambil berlalu mengejar Mikael yang sudah keluar dari dewan, masih tidak puas hati akan aku.

"Ha.. Sesuai sangatlalh dua ekor tu. Seorang gila, seorang dayus." kata Hani disambut dengan ketawa oleh Kesya dan Nadia.

"Kau ok tak ni? Merah gila pipi kau. Dia tampar kau ke apa ni?" tanya Nadia bimbang.

"Ok. Sikit je ni." kataku sambil memegang pipi. "Jomlah. Butik macam mana sekarang? Lama aku tak pergi sana." kami berempat terus keluar dari dewan kuliah itu.

BONEKAWhere stories live. Discover now