Suasana kantin sepi tika ini. Jam menunjukkan angka 9.36 pagi, kerna itu kantin ini lenggang. Semua manusia sedang giat melalukan tugas demi mencari sesuap rezeki. Mataku melilau tidak lepas setiap lima saat pada jam dinding kantin tersebut.
"Hana, makan perlahan-lahan. Nantikan tercekik. Bawa bersabar." mungkin Nek Mah perasan akan kelakuan aku tadi. Tergopoh gapah aku menyuakan sudu ke mulut belum hancur sebati makanan terus aku telan. Fikiran aku hanya melayang pada ayah.
"Hana pergi tengok ayah dulu." kata ku ringkas. Aku bingkas bangun dan menuju keluar dari kantin hospital.
"Eh, Hana...minum air dulu." suara Nek Mah aku dengar jauh. Aku makan tanpa minum. Langkah laju ku atur ke arah tempat ayah berada.
'Bukk'
Aku jatuh terduduk, sebaik aku melangkah masuk masuk lorong kiri untuk ke bagunan I.C.U. Sekumpulan lelaki berdiri didepan. Aku melanggar lelaki ditengah, aku terduduk betul-betul didepan dia. Lantas aku bangun menongkat dengan kedua tangan aku di lantai.
"Maaf." aku berlalu menyelinap kumpulan manusia di depan.
Hati aku gusar sebaik aku melangkah ke dalam bagunan I.C.U dan Kecemasan itu. Deria di tubuh seolah tidak berfungsi walaupun aku baru sahaja jatuh. Tidak ada rasa sakit bila terlanggar seorang dari lima sekumpulan tadi. Makan? Rasa hambar, di fikiran aku hanya ada 'ayah'.
"Hey.." tangan aku ditarik. Tesentak aku seketika.
"Macam tu ke cara minta maaf?" aju lelaki itu.
"Maaf saya nak cepat." jawabku ringkas. Tangan ku rentap agar terlepas dari pegangan.
"Alasan." bentaknya.
"Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki." kata ku lantang. Aku berpaling untuk ke bilik ayah.
Sekali lagi tangan aku dipegang. Kali ni pautannya kasar mungkin bercampur amarah.
"Ahh...tolong lepas aku nak cepat la." kataku kasar sambil meronta-ronta untuk dilepaskan.
'Code Blue...Code Blue room number 4'
"Ayah..." teriakku lantang serta merta tangan aku dilepaskan. Aku terus berlari ke arah bilik ayah. Langkah aku makin perlahan bila tiba dekat dengan bilik ayah. Aku lihat ke dalam cermin. Dokter dan nurse sibuk dengan tugas masing-masing. Tubuh ayah kaku tanpa respon.
Perlahan aku gerakkan kaki ke pintu. Air mataku turun laju berjurai. Aku mengangkat tangan perlahan untuk membuka pintu bilik berangka 4 itu.
'Kuak' pintu dikuak dari dalam. Sejurus itu dokter keluar dengan wajah yang sugul.
"Cik Amira. Sorry for your dad. We try our best but Allah lebih sayangkan dia." kata dokter dan terus berlalu.
Aku binggung. Seolah mimpi dalam jaga. Betul ke? Ayah aku dah tak ada. Cukup sukar untuk aku memberi sebarang reaksi ketika ini. Aku cuma berdiri di muka pintu. Kakiku terasa berat untuk melangkah ke dalam bilik yang di diami ayah.
"La..kenapa berdiri kat sini ni?" tegur Nek Mah yang baru tiba dari kantin.
Aku tersentak dengan teguran Nek Mah terus terduduk. Nek Mah cuak.
"Kenapa ni Hana?" soalan diaju sedikit kuat.
"Ayah dah pergi...." kataku perlahan.
YOU ARE READING
BONEKA
RomancePercubaan Penulisan Boneka @ patung, obsesi yang tak sudah. Cinta vs nafsu yang sering beri impak pada setiap nyawa. Bila kekayaan dalam kuasa tangan manusia. Semua perkara di peroleh hanya petik jari saja. Hingga cinta kau berasa boleh dibeli. Penj...