satu

66K 379 1
                                    

Kereta Suzuki Swift berwarna putih hadiah ayah sempena SPM tujuh tahun lalu dibelok masuk ke pekarangan rumah. Kereta diparkir elok di suatu petak kosong bersebelahan dengan kereta Mercedez milik ayah. Aku mencapai clear folder berwarna kuning dari atas tempat duduk penumpang di sebelah. Tak ketinggalan, beg sandang berwarna hitam hadiah Marmar sempena hari lahirku tahun lepas.

Langkah kuatur menuju ke pintu rumah. Ayah yang sedang membaca surat khabar di luar rumah memandangku.

"Macam mana? Dapat?", soal ayah. Surat khabar dilipat dua dan diletak di atas meja kayu jati di hadapan. Kopi yang hanya tinggal separuh dicicip.

Aku tak jadi melangkah ke dalam rumah. Sebaliknya, melabuhkan dudukku di atas kerusi kosong di hadapan ayah. Beg sandang kuriba manakala clear folder diletakkan di atas meja.

Aku mengangkat bahu. "Entah...Dia cakap nanti dia feedback balik", jawabku, selamba.

"Kalau susah sangat, terima ja lah sekolah yang kakak belajar dulu. Kan senang...", cadang ayah.

Aku memuncungkan bibir tanda protes. "Eii.. tak mau lah, yah...", bantahku. Gila ke ape aku nak kerja kat sekolah aku dulu. Mati hidup balik pun, aku tak nak. Biar aku dapat sekolah jauh di ceruk alam sekalipun, aku tak kisah. Janji, bukan sekolah itu. Never!

"Ni lah pasal... Memilih sangat. Cuba bersyukur sikit. Ni tak, nak apply sekolah yang entah apa-apa ja. Kalau sekolah dulu kan senang. Dekat pun dekat. Tak payah fikir nak sewa rumah lah, duit minyak lah", bebel ayah. Aduh! Ini yang aku lemah ni. Ini baru ayah yang berleter, kalau umi...

"Hailoh...hailoh...nanti lah orang fikir dulu", putusku. Malas nak berdebat dengan ayah tentang isu yang tak pernah sudah ini. Mana taknya, dah nak dekat tiga bulan pun aku grad, kerja melenggang je kat rumah. Mana ayah dengan umi tak bising.

Aku bangun dari dudukku. "Kakak masuk dalam dululah, yah. Penat", ujarku. Clear folder dicapai sambil kaki diheret masuk ke dalam rumah.

"Ada je alasan dia nak mengelak." Surat khabar kembali dicapai. Cermin mata di pangkal hidung dibetulkan.

"Assalamu'alaikum..." Sudah menjadi kebiasaan bagi aku untuk memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

"Hmm.. Wa'alaikumussalam... Ha, kak! Dah lama sampai?", soal umi. Aku pamer riak penat.

"Baru je...", balasku acuh tak acuh.

"Eh! Umi! Jadi ke nak pergi kenduri hari sabtu ni?", soalku tiba-tiba. Ceria.

"Jadi. Tapi Cik tak ikut sekali kot. Balik kampong katanya", jawab umi pula... Alaaa... aku baru cadang nak ajak Nina lepak-lepak sekali...

Aku menjuihkan bibirku. "Urm, tak pe lah, mi. Kakak masuk dululah. Nak mandi".

"Yelah. Jangan membuta sampai ke maghrib sudah...", usik umi.

"Mana ada... Ala umi ni, jeles lah tu...", sakatku pula. "Okaylah, daa umi...", aku melambaikan tangan dengan gaya manja dan terus melangkah masuk ke dalam bilik. Mandi...solat...makan...urm? Tidur!

***

"Helo..Mar...", aku bersuara sebaik sahaja panggilanku bersambut.

"Assalamu'alaikum!", ucap pemanggil dari corong sana. Aku termangu seketika. Cepat-cepat aku memandang semula skrin telefon bimbit. Marmar... Betullah. Tapi kenapa...?

"Err.. Wa'alaikumussalam.. Mar?", tanyaku teragak-agak. Takkan Mar tukar nombor kot? Ke, aku yang salah dail? Eh! Betullah ni nombor dia.

"Yelah...sape lagi...", balasnya pula, acuh tak acuh. Aduh... Kus semangat!

Mrs. UstazahWhere stories live. Discover now