enam

9.6K 201 0
                                    

"Kakak, umi nak tanya ni." Umi membuka mukadimah ayat pagi itu. Aku mengangkat muka memandang wajah umi di hadapan. Rasa macam kena soal siasat dengan ISA pun ada!

"Err... ada apa, mi?" soalku takut-takut. Roti bakar berlepa kacang terasa kesat menuruni kerongkong.

"Kakak dengan Hakimi, anak Cik Rina tu, ada apa-apa ke?" Serius wajah umi ketika menanyakan soalan membunuh itu kepadaku.

Aku menggaru kepala yang tak gatal di sebalik tudung krim yang melitup kepala. Mampus aku! Nak jawab apa ni? Nak ikut plan semalam ke ni? Atau...

"Kenapa umi tanya ni?" soalku kembali dalam tawa yang dibuat-buat. Roti bakar kugigit kecil.

"Umi bukannya nak menghalang atau apa. Tapi, kita orang Melayu, beragama Islam lagi. Umi tak suka tengok kakak keluar dengan dia tanpa apa-apa ikatan. Kakak faham kan?" Lembut suara umi menampar gegendang telingaku tetapi memberi impak yang besar terhadap jantungku.

Adoi! Aku nak jawab apa pulak ni? Ke, senyum je lah.

Aku tayang sengih. "Okeylah, mi. Kakak gerak dulu. Karang lambat pulak keluar, jammed sampai sekolah," ujarku mencari alasan untuk melarikan diri. Beg sandang dari atas tempat duduk sebelah kucapai.

"Hurm, itulah dia. Orang cakap sikit, mengelat ja kerjanya. Iyalah, bawa kereta tu elok-elok," pesan umi sewaktu aku bersalaman dengannya. Kedua-dua belah pipi umi, kucium mesra.

"Kakak..." umi masih belum melepaskan genggaman tanganku.

"...kakak fikirlah yang mana baik, yang mana buruk. Kakak dah besar panjang pun. Umi yakin seyakinnya dengan kakak,"ujar umi. Alaaa... Kenapa pagi ni macam sedih semacam pulak ni... Aku nak nangis!

"Erk?! Uhu... Ye lah, mi. Assalamu'alaikum..." ucapku dan terus melangkah ke luar melintasi ruang tamu. Gila! Aku nak buat apa ni?

***

"Aufa, handphone kamu bunyi tu," teguran Cikgu Ainun menyedarkan aku yang leka berkhayal

"Huh?" soalku binggung.

"Telefon, bunyi," Cikgu Ainun membuat isyarat telefon dengan ibu jari dan jari kelingkingnya. Aku pantas mencapai gadjet yang tak henti berdering di atas mejaku. Tertera nombor yang tak kukenali pada paparan skrin.

"Hello, assalamu'alaikum," ucapku dari corong sebelah sini.

"Heyya! Salam," ucap gerangan di sebelah sana.

Aku mengerutkan dahi dan memandang semula skrin telefon bimbitku. Ini mat saleh mana lah pulak yang telefon aku pagi-pagi ni, huh?

"Err... Yes, sir. May I help you?" Sudah macam operator Streamyx sahaja gelagatku.

Terdengar deheman dari corong sana. Aku masih setia menanti.

"Well, be my wife?"

"Hah?!" terlopong aku dibuatnya. Gila ke apa mat saleh tak soleh ni. Ada ke patut tanya aku nak jadi bini dia ke tak?

Terdengar tawa dari hujung talian. Aik?! Kenapa ketawa ni macam familiar je. Jangan-jangan...

"Kimi!" Suaraku naik dua oktaf. Ketawanya makin galak. Tak salah lagi!

"Gotcha!" ujarnya masih dalam sisa tawa. Ceyh! Tak guna punya mamat! Dia kenakan aku. Ingat ini Hitz.fm ke apa, nak gotcha-gotcha bagai! Isy! Aku cepuk kang!

"Hee... You ni kan, gedik tahap petala lapan dah tau tak? Isy! Geram betul!" ujarku tidak puas hati.

"Ala... Baru lapan, belum dua puluh lagi," ujarnya selamba dan kemudian tawanya meletus lagi. Isy! Mangkuk ni kan...

Mrs. UstazahWhere stories live. Discover now