Selesai semuanya, aku sangkut semula apron putih beropol merah jambu ke tempat asalnya. Lengan baju yang melurut jatuh, dibetulkan letak duduknya di siku. Aku tenung jam dinding kayu yang melekap elok pada dinding dapur. Tepat jam satu setengah tengah hari. Azan Zohor baru sudah berkumandang dari surau taman yang berdekatan. Sementara menunggu Hakimi turun, aku lap sisa-sisa minyak yang tertumpah pada dapur gas.
"Darling!"
Tersentak aku apabila tiba-tiba ada tangan yang melingkari pinggangku. Rasa berat di bahu sebelah kanan menyakinkanku bahawa dagunya elok mendarat di situ. Aku jadi rimas! Cepat-cepat aku tepis pautan tangan itu."Apa ni, Hakimi?!" Tangan naik mencekak pinggang. Mencerlung mataku memandang Hakimi yang berlagak selamab seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kain yang digunakan untuk mengelap tadi entah terbang ke mana. Oh, tertinggal di atas dapur rupanya.
"Apa yang apa?" tanyanya, pura-pura tidak mengerti. Aku mendengus kecil. Buat-buat tak faham, konon!
"Awaklah! Suka-suka hati nak peluk orang. Ingat saya ni, apa? Patung?" balasku. Nada suara masih dikawal. Tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Seperti aku bercakap dengan Mariana apabila dia selalu mengusikku.
"Mana ada..!" tukasnya.
"Dah tu? Peluk lagi..! Tak sukalah.." Cepat-cepat aku menyampuk. Berbakul-bakul perasaan geram menyebalkan hati.
"Isteri aku, biarlah. Nak peluk sikit pun dah melenting. Itu belum aku buat apa-apa lagi. Kedekut betul!" Jawapannya meresahkanku. Aku jadi cemas sendiri. Dalam pada itu, sempat aku tangkap sengihan panjang yang terpeta di wajahnya. Aku telan air liur. Kesat!
"By the way, kau nampak comellah hari ini." Dia mendekat! Ah, sudah! Dengan senyuman seribu satu dia itu, aku rasa macam sedang berhadapan dengan nenek sihir pun ada.
"Oh, er.. tahu!" Aku cuba berlagak tenang. Aku hadiahkan senyuman kepadanya. Dia balas kembali dengan senyuman yang semakin melebar. Aduh!
"Rambut kau memang panjang dari dulu, ek?" soalnya lagi. Kali ini, aku terperangkap. Kabinet dapur di belakang menyekat langkahku untuk mengundur lagi.
Hanya anggukan yang kuberi sebagai jawapan. Dia senyum. Aduh, risaunya...!
"Cantik! Aku suka.." Gulp! Umi, tolong kakak, umi..!
"Makanan dah siap, jom makan. Tadi kata lapar sangat, kan? Saya dah hidang pun." Baru setapak melangkah, ada tangan sasa yang melintang di hadapanku. Langkahku terus mati. Aku cuba juga tepis tangannya, tetapi tak boleh! Dia hadang pula dengan tangan yang sebelah lagi. Masalah.. masalah...
"Hakimi, tepilah sikit. Sa.. saya nak lalu." Sedaya upaya cuba kukawal getaran yang mula meniti di bibir. Aku meramas jemari kaki sendiri. Tiba-tiba terasa seram sejuk semacam. Brr..!
"Kejaplah..." Aduhai.. Aura manjanya sudah datang. Tegas, Aufa, tegas!
"Apa yang sekejapnya? Sudahlah! Janganlah main-main macam ini. Saya tak suka! Dah, tepi sikit!" Aku tolak juga tangannya ke tepi. Tak berjaya! Lengan besi ke konkrit dia ini?
"Aku perlu kisah ke, kau suka atau tak?" soalnya lancang. Matanya redup memanah ke dalam mataku. Aku jadi semakin tak betah sekarang ini. Kalau aku boleh lari dan menyorok hingga ke hujung dunia, dah lama aku buat!
"Mestilah perlu kisah! Bukan ke saya ni i.." Bicaraku mati di situ. Aku menggigit lembut bibir bawah kiriku. Fuh! Nasib baik tak terlepas tadi.
"E? E apa? ET?"
ET?!! Amboi, melampau awak, Hakimi!
"Hish! Tak kisahlah siapa pun saya ini. Yang penting, saya lapar, saya nak makan. Fullstop!" Aku tepis saja tangannya itu. Itu pun, sehabis dayalah kiranya. Sehinggakan, tubuh Hakimi turut sama terdorong ke belakang. Padan muka, suka sangat menyakat aku! Kan dah panas aje muka ini.