sepuluh

6.3K 154 0
                                    

Seperti yang dijanjikan, malam itu aku mengajak Nina, sepupuku ke Butik Gladies yang terletak berdekatan area Ipoh Parade. Lebih kurang jam lapan suku malam, aku ke rumahnya yang terletak di Taman Ipoh Jaya. Bukannya apa, senang sedikit kalau bergerak sekali. Tidak payah memikirkan soal parkir kereta dan duit minyak. Nina mengenakan blaus paras punggung berwarna oren dan skirt labuh berwarna hitam. Memang manis sepupuku ini. Antara sepupu yang kukenali, aku paling rapat dengan Nina atau nama sebenarnya Karina Adelia ini. Memandangkan dia merupakan seorang anak perempuan tunggal, jadi banyak perkara yang kami kongsikan bersama. Dari kecil hinggalah ke besar, persahabatan kami masih kekal dan kuharapkan agar sentiasa berkekalan.

"Amboi, mak cik... Bersiap mengalahkan mak-mak datin!" selorohku. Kulihat dia menayang sengih menampakkan barisan gigih putihnya yang tersusun cantik.

"Eh, biasalah! Aku ini kan datin-want-to-be. Kau kena faham itu," balasnya selamba. Satu lagi perkara yang membuat kami serasi bersama. Nina ini pun otak gila-gila macam aku jugak. Itu belum lagi berjumpa dengan si Marmar tu. Kalau jumpa, sah aku angkat bendera putih awal-awal. Buku bertemu ruaslah katakan.

"Eleh.. Datin-want-to-be konon! Datin apanya kalau perangai pun tak semenggah!" perliku. Klac ditekan seiring dengan penukaran gear. Kereta mula bergerak meninggalkan rumah Nina.

"Kalau aku perangai tak semenggah pun, ikut siapa? Kau jugak yang ajar aku. Jangan nak main lepas tangan pulak. Habis madu, sepah dibuang!" ujarnya bernada geram. Aku tertawa halus. Kan aku sudah cakap, perangai dia ini pun ala-ala Marmar jugak. Memang masuklah!

"Kalau nak kelentong pun berpada-padalah. Aku mana pernah makan sepah. Entah rupa macam mana pun aku tak tahu. Ada iras-iras kau tak?" usikku.

Ketawa kami pecah. Celoteh DJ yang berkumandang dari radio kedengaran tenggelem timbul dek suara kami yang melonjak beberapa oktaf daripada kebiasaan. Inilah aku apabila bersamanya. Seorang gadis yang sempoi dan gila-gila. Sejujurnya kuakui bahawa aku bukanlah seorang gadis yang ternyata lemah-lembut selari dengan imej tudung labuhku. Aku tetap seorang gadis yang suka mengusik, suka berjenaka dan manja. Tak semua manusia sempurna, dan insya-Allah, aku sedang cuba memperbaiki diri sendiri.

"Weh, Pa! Macam mana kau tiba-tiba nak bertunang dengan..." Aku mengalih pandang ke sebelah sekilas. Ternyata dahinya berkerut seribu.

"Dengan siapa?" Mata kufokuskan semula ke hadapan.

"Tu, apa entah nama mamat yang kau cakap kat aku hari itu?" soalnya kembali padaku.

"Hakimi.." jawabku sepatah.

"Haaa! Hakimi! Macam mana kau tiba-tiba nak bertunang dengan dia pulak? Kan ke kau dengan..." Dia berjeda lama di situ.

"Azfar?" soalku padanya. Kebetulan pula, lampu isyarat sedang merah. Aku memandang wajahnya yang tampak serba salah sahaja. Dia mengangguk perlahan.

Aku mengukir senyum payah. Tiba-tiba air mataku bergenang. Tetapi, cuba kutahan swadaya mungkin. Tak mahu air mataku tumpah lagi di hadapan gadis ceria ini. Cukuplah dahulu. Aku tak ingin mengenang semua itu lagi.

"Aku mana pernah ada apa-apa dengan dia," ujarku sekadar menutup perasaan sendiri.

"Dia tak pernah cari kau?" soalnya lagi. Aku sebolehnya tak mahu membahaskan soal ini lagi. Sudah tujuh tahun. Cukuplah semuanya berakhir di sini. Tetapi, relakah aku?

"Nope!" Jawapan ringkas kuberi. Kemudian, lampu bertukar hijau. Air mata yang bergenang di tubir mata pantas kuseka. Karang tak nampak jalan pulak.

"Kau masih suka kat dia?"

Soalan itu benar-benar membuatkan aku tersentak. Rasa yang dahulunya pernah memekar di hati kembali berbunga. Namun, cepat-cepat kutepis. Tak nak peristiwa yang lalu berulang kembali. Aku dah serik. Aku penat.

Mrs. UstazahWhere stories live. Discover now