sebelas

4.9K 142 3
                                    

"Doktor..." Nina menyapa mesra lelaki yang digelarnya Doktor A itu. Kulihat wajah Nina berseri-seri sungguh! Siapa tak suka kalau jumpa kekasih hati.

Hanya senyum tipis menghiasi wajah Azfar. Dia mengalih pandang ke arahku. Aku hanya memandang kosong ke arahnya. Sungguh aku sangat buntu waktu itu. Aku langsung tidak menjangka bahawa dialah Doktor A yang kukagumi dalam diam selama ini.

Matanya masih tak lekang dari menatap wajahku. Aku tunduk merenung kasut yang dipakai. Aku tak mampu nak usir perasaan ini. Aku rasa bahagia. Bahagia sangat. Tetapi, dalam masa yang sama, aku rasa sedih. Sedih kerana kami berjumpa dalam keadaan yang sebegini. Keadaan yang... aku bakal bergelar tunangan orang tak lama lagi. Ya Allah!

"Cantik bunga awak," tegur Azfar. Suara itu! Hatiku semakin sebak. Air mata kembali bergenang. Aku tak mahu perasaan ini, aku tak nak!

Aku dengar Nina tertawa halus. "Bunga ini bukan saya yang punya. Sepupu saya yang punya ni. Nah, Pa!" Nina kalut sahaja menyerahkan jambangan bunga itu kepadaku.

Aku jadi kalut. "Eh, aku tak suka bunga. Nah, ambil kat kaulah!" Aku tolak bunga kembali itu kepada Nina.

Nina jegil mata kepadaku. "Apa ni? Admirer kau yang bagi, kau bagi kat aku pulak. Tak naklah aku!"

Kini giliran bunga itu pula disuakan kepadaku. Aku memuncungkan bibir tanda tak puas hati.

"Kau ambil ajelah.. Aku bagi ikhlas ini," balasku masih ttidak mahu mengalah. Biarlah apa pun yang Azfar nak kata. Biar dia tahu sikit, aku tak suka pemberiannya ini.

"Aufa..." Meleret sahaja suara Nina menyapa gegendengku. Dia tayang wajah cemberut. Aku jadi kasihan. Huluran Nina kusambut jua dengan hati yang berbelah-bahagi. Kini, giliran jambangan itu pula menjadi tatapanku.

"Cantik bunga itu, secantik tuannya."

Aku terpempan. Hati terasa jengkel dan meluat yang amat. Pantas aku menoleh ke arahnya. Pandanganku semakin kabur digenangi air mata. Aku cuba sedaya upaya menahan kolam air mata daripada pecah. Tapi, aku tak mampu. Kenapa awak perlu muncul sekarang, Azfar? Kenapa?

"Terima kasih. Tapi saya tak perlukan semua ini," tuturku. Aku betul-betul memaksudkannya. Apa gunanya bunga ini? Sungguhpun jauh di sudut hatiku, ada bunga yang sedang memekar, namun apa gunanya? Aku tidak ditakdirkan untuknya.

Dapat kubaca riak terkejut di wajahnya dengan kata-kataku tadi. Air mukanya berubah sama sekali. Aku tak pasti sama ada Nina dapat menghidu bahawa doktor yang diminatinya inilah Azfar yang suatu ketika dahulu pernah bertakhta di hatiku ataupun tak. Kalau dia tahu, entah apalah pulak masalah yang bakal timbul selepas ini.

"Maafkan saya, saya tak perlukan semua ini lagi." Aku menyerahkan semula jambangan bunga itu kepada Azfar. Dia tidak pula menyambut. Aku tak dapat menahannya lagi. Kali ini, air mata yang dahulunya pernah mengalir untuk lelaki ini kembali menuruni pipi. Aku betul-betul sebak! Aku tak kuat untuk semua ini.

Tanpa menunggu lebih lama, jambangan bunga kulepaskan jatuh menghempas lantai. Beberapa kelopak mawar merah gugur daripada tangkainya seperti juraian air mata yang tak berhenti gugur dari tubir mataku.

Tangan Nina kutarik agar membuntutiku. Aku perasan bahawa Nina terpinga-pinga dengan apa yang baru berlaku. Itu semua tidak penting. Yang penting, aku mesti cepat-cepat beredar dari sini. Aku tak nak kelihatan lemah di hadapan lelaki itu.

Sampai sahaja ke kereta, aku pantas menyerahkan anak kunci kepada Nina.

"Kau drive," arahku. Aku mengesat air mata yang lebat di pipi. Pantas aku meloloskan diri ke bahagian penumpang. Nina menyambut jua huluranku dan bergerak ke bahagian pemandu.

Mrs. UstazahWhere stories live. Discover now