Prolog

235 7 4
                                    

P R O L O G

Pen merah menyala hadiah pemberian orang yang disayang dibiarkan berselerak di atas meja. Pagi itu sungguh membosankan. Dia merenung ke luar jendela.

Pintu bilik dikuak perlahan ."Hawa, turun makan. Janganlah menyusahkan orang nak kena panggil -panggil." suara Hara iaitu kakak Hawa yang sungguh lantang membuatkan Hawa berasa rimas. Siapa yang tak rimas, mahu bersendiri ada yang kacau daun. Mukanya dipalingkan menghadap wajah Hara yang sedang menyinga. Asal Hara je masam asal masam je Hara. Asyik nak marah je. "Kalau akak nak makan , akak makan lah dulu, takpayah nak bising-bising. Sudahlah masuk bilik orang tak ketuk pintu." balas Hawa. Dia melangkah malas ke meja belajarnya. Melihatkan keadaan Hawa, Hara turun ke dapur.

'Wahai diary kesayanganku,
Harini aku sungguh sedih . Aku sangat merindui Dhiah. Kenapalah Dhiah perlu ikut pindah ke New York? Ku Mardhiah, aku rindukan kau lahh. Kau masih ingat aku atau tidak? Sudah lama kita tidak berutus suratt. Dhiah,,, pulanglahh.. '

Buku diarinya ditutup. Rasa rindunya terhadap Dhiah , sahabat baiknya terlalu besar. Dia selalu berharap agar Dhiah pulang ke Malaysia. Telefonnya dicapai. Terdapat satu pesanan.

'Assalamualaikum Nurul Hawa, sibuk ke? Saya nak beritahu yang mama saya ada buat majlis malam ni. Datangla ya. Mama saya harap sangat awak sekeluarga datang.

Adam Firdaus'

'What? Adam buat majlis? Ni kena ajak Fiera ni. Mesti dia gembira sangat sangat. '

Hawa turun ke dapur. Hanya ibunya Puan Norin yang berada di bawah. "Mama, ma malam ni Aunty Nazla buat majlis. Dia nak sangat mama datang. Kalau pergi, mama pergi dulu tau sebab Angah nak jemput Fiera." Beritahu Hawa kepada ibunya. 'Ma, setujula ma, setujulah' hatinya bersuara. "Hai Kak, macam suka aje si Aunty Nazla tu buat majlis.Nak jumpa Aunty Nazla ke Adam??" sapa adik Hawa , Nurul Haiya.Nurul Haiya merupakan anak bongsu . Gadis molek ini umurnya baru 16 tahun tetapi bagi nasihat macam orang tua. "Haiya! Menyindir ke apa ni ? Entah Entah Haiya tu yang tak sabar nak jumpa Adham kan??." Hawq tersenyum sinis tatkala melihat wajah runcing adiknya sudah memerah. "Sudah sudah. Okay, mama pergi. Ha, Hawa hati hati bawak kereta nanti." Jelas Puan Norin.

Hawa kembali ke biliknya selepas berurusan dengan mama Dan adiknya. Buku diarinya dibuka semula.

'Dear diary,
Yeah aku boleh jumpa Adam harini. Aku harap dia masih layan aku macam sekolah rendah dulu.Tapi,mesti dia akan layan Fiera aje. Nurul Mien Hafiera, kau memang kawan baik aku tapi dalam bab ni, aku tak boleh kalah. Maaf ya Fiera. Aku pon suka kan Adam juga...'

Telefonnya berdering . Nama 'Hafiera'tertera di skrin.Tanpa membuang masa dia terus menjawab panggilan Fiera.

" Hello Assalamualaikum Hawa. Kau tahu tak tadikan aku keluar dengan Adam. Dia ajak aku pergi majlis rumah dia. Nanti dia kata nak jemput aku."

"Hello, Waalaikumsalam. Hermm okay."

Hawa menghabiskan perbualan.'Eyy dia call aku semata-mata nak cakap dia keluar dengan Adam ? Dia ingat aku ni apa? Eyy geramnyaa.'gerutu hati Nurul Hawa. Kau tengoklah malam ni.

Cinta Adam FirdausWhere stories live. Discover now