PAGI menjelang. Seluruh makhluk di bumi bangun untuk memulakan hari-hari mereka termasuklah Lima insan dengan percutian mereka.
" Ahh Fieraa. I give you 5 minutes . Kalau lebih, tinggal ehh. " Hawa mengejutkan Hafiera yang masih tidur dengan memeluk Kasha a.k.a. Teddy Bear kesayangannya. Hafiera mengangguk.Hawa pula sibuk bersolek. Macam-macam warna dia cuba. Akhirnya dia mengenakan baju kemeja t dan cardigan serta shawl berwarna putih susu dengan makeup ala-ala 'rendah diri'.
Beep beep, 1 new message, Haeryl.
-Assalamualaikum Hawa, morning. My baby dh bangun ke belum ? Nak aku datang ke ? -
Haih budak ni. Risau sangat dengan Hafiera dia. Hawa tergelak kecil. Hafiera mula bangun, mandi Dan bersiap. Lama juga dia bersiap. Lain kali dah tahu siap 5 jam bangun awal lah. Yang sanggup menunggunya hanyalah Haeryl. Bak katanya My baby is cute. Don't disturb her.
Dah besar panjang panggil baby? Bwekk. Toktok
Pintu diketuk. Mesti si budak lelaki ni. Hawa terus pergi ke pintu dan membukanya. Adam dan Zafer serta Haeryl membuat muka bosan. Adam bersuara"Hawa, mana Fiera. Lambatnyaa." Yang lain mengangguk mengiyakan kata-kata Adam."Hoi, apahal ? Aku dah siaplah weh. " Dari mana dia datang ? Tiba-tiba mencelah. Hmmm itulah dirinya. Kalau tak mencelah memang bukan Hafiera lah jawabnya. "Baby, kenapa lambat sangat? " Haeryl membuat muka mengada. "Urgh baby, baby! Lempang kang. Geli lah weh. Panggil je lah Fiera." Hafiera menyinga. Dahlah diumpat buat muka macamtu pulak.
Hawa menghentikan mereka Dan mengajak mereka pergi ke destinasi sebenar. Kalau tak dihentikan, mau sehari bergaduh kat situ. Enjin kereta dihidupkan Dan terus pergi ke pusat beli belah. Langkawi? Coklat lah jawabnya.
Hawa Dan Hafiera mengambil bakul yang tersedia dihadapan pintu. Hafiera terus pergi ke bahagian Coklat Kinder Bueno. Hmm coklat kegemaran. Hawa pula pergi ke seluruh tempat. Sehinggalah "Aduhh, sakitlahh. " Seseorang mengaduh kesakitan. Hawa menoleh ke sisinya. Alamakk. "Maaf bang, sorry tak sengajaa." Hawa cemas. Alamak jari dia berdarah pulak. Salah aku lah ni pegang tak cermat. Hawa menyalahkan dirinya. "Lain kali pegang barang elok-elok. By the way, my name is Rusydi Hariz. Nah, ini kad saya. " katanya. Fuh. Nasib tak marah. Siap bagi kad lagi. Tapi, kenapa nama dia macam familiar aja. Macam selalu disebut.Hawa bingung. Dia mengambil kad itu. 'Oh, Rusydi Hariz bin Rafaee ? Macam pernah dengar.' Hawa bermonolog sendirian.
Rusydi memetik jari tatkala melihat Hawa diam membisu. Dia pun berlalu pergi. Pertemuan ada makna ke ? Hawa pergi ke sudut Squishy pula.Hawa memang suka bab-bab comel ni.Wah banyaknya squishy. Macaron ada kek ada. Geramnyaa. Comel-comel. Fiera menepuk bahu Hawa." Weii nape tangan dia berdarah ? Kau buat ehh?" E'eh mengusik pulak.
Orang tengah bingung. Hawa mengajak Hafiera pergi ke kaunter untuk membayar. Nanti kang muka budak-budak macho tu macam singa pulak.Hawa membuka pintu kereta. Begitu juga dengan Hafiera. "Beli apa je ? Kau beli coklat ke buat coklat ?" tanya Adam. Kan dah kata. Mesti jadi singa terutama Adam."Sorry lah wei."
AH sampai juga kita di
Cabel Car. Best ni. Genap setahun Hawa tidak melawat tempat ini. Disinilah tempat untuk menenangkan diri. Selepas Dhiah pindah, dia menjadi tidak suka untuk pergi melancong kemana-mana. Esok balik. Boleh jumpa Dhiah. Dalam hati ingin tahu siapa Hafiz Afizzy tu.Entah kenapa nak tahu sangat. Zafer meletakkan kereta di tempat parkir. Semua yang berada di dalam perut kereta mula turun menjejakkan kaki ke tempat itu. Baru di tempat letak kereta, sudah kedengaran suara orang menjerit-jerit. Apatah lagi jika sudah ke tempatnya kan.Pintu kereta kabel
terbuka luas. Cepat-cepat mereka masuk ke dalamnya kerana pintu ini akan terbuka sekejap sahaja Dan kereta itu tidak akan berhenti bergerak. Kereta kabel bergerak terus ke atas. Kabus tebal. Hafiera tidak berani memandang ke bawah. Adam pula sudah membaca ayat-ayat suci. Nampak saja berani. Zafer, Haeryl Dan Hawa pula bersahaja. " Baby, you takut ke ? Hahhha" Bunyi ketawa Haeryl memecah kesunyian di dalam ruang yang tidak berapa luas itu.Hafiera tidak menjawab soalan itu. " Kalau Dhiah ada confirm aku dah gelak terbahak-bahak sampai masuk hospital. " Hawa bersuara. Dhiah? Si Comel tu ? Nampaknya dia rindukan Dhiah lah tu. Kesiannya. Zafer bermonolog sendiri. "Hawa , kau.. Rindukan Ku Mardhiah ya ?" Hawa mengangguk. Beep beep telefon Zafer bergetar menandakan ada mesej yang masuk.1 new message from Hafiz
" Assalamualaikum bro. Lama tak jumpa kan. Rindu aku tak ? Untuk pengetahuan kau, aku dah balik Malaysia. Aku ada kat rumah ni. Esok jumpa nak ? Aku ada bawa kawan sekali nama dia Ku Mardhiah. Datang eh. "
Zafer memandang Hawa. " Dhiah, ada cakap dia bawa kawan tak ? " tanya Zafer dalam nada berbisik. "Ada, nama dia Hafiz Afizzy kalau tak silap. Kenapa ?" " Ya Allah, kecilnya dunia ni . He's my cousin. Wahh." Hawa melopong. Hafiz sepupu Zafer ? Agaknya muka Hafiz tu macam mana ya ?
Tanpa disedari kereta kabel itu berhenti dan mereka pun turun.
Media : Nurul Hawa (gambaran)
YOU ARE READING
Cinta Adam Firdaus
Non-FictionNak tahu ? Baca. Penat perah otak nak dapat idea. Hope you'll enjoy.