" Apa ?!! Boleh ulang ? " tanya Puan Norin. Terkejut juga dia. Mungkin rasa terkejutnya lebih dari Dhiah. Memanglah , Hawa anaknya. Dhiah sudah kecut perut.
" Hawa dah terbang ke London. Nahh , aunty baca ni. " ujar Dhiah seraya menghulurkan nota kepada Puan Norin.Nota bertukar tangan. Puan Norin membacanya dan dia terus rebah.
" Mama !!! " jerit Haiya dan Hara. Mereka terus meluru ke arah Puan Norin. Pasti semua orang terkejut dengan kepergian Hawa. Belum lagi Dato' Amsyar mengetahuinya. Dhiah memujuk mereka dan dia mencuba message dan menelefon Hawa.
Namun Hawa tidak menjawab panggilan atau membalas mesej dari Dhiah. Dhiah segera mendail nombor Hafiera dan menceritakan apa yang berlaku. Dia juga agak terkejut. Aunty Nazla ? Perlu beritahu dia ke ?
Beep beep. Telefon Puan Norin berbunyi menanadakan ada mesej yang masuk. Dia segera mencapai telefonnya.
1 new message N. Hawa
Assalamualaikum mama. Hawa tak angkt telefon sebb Hawa kat dalam kapal terbang td. Mama sedih ke ? Hawa bukan pergi selamanya pun. Hawa nak tngkn diri.Puan Norin cuba untuk mengukir senyuman. Agak lega hatinya apabila Hawa memberi mesej. Mungkin anak remajanya mahu bebas. Mahu dipaksa pun dia bukannya kecil lagi. Harapnya Hawa akan sentiasa gembira.
" Terima kasih Dhiah. Hawq dah message aunty dah. Kamu baliklah dulu. Mesti penat kan. " Dhiah mengerling jam tangannya. Jarum jam menunjukkan tepat pukul 12:00 tengahari. Sudah tentu Dhiah penat. Nak makan pun tak sempat.
" Aunty , saya balik dulu ya. " ujar Dhiah. Langkah kaki dipercepatkan menuju ke kereta dan terus memecut laju ke hospital. Sesampainya di hospital Dhiah terus menuju ke bilik yang menempatkan pesakit bernama Zafer. Pintu bilik dikuak. Kelihatan Hafiz sedang leka merenung handphonenya. Zafer pula sedang berehat. 'Bagaimana caranya untuk aku beritahu kau Zafer? Bertabahlah. ! '
Dhiah memanggil Hafiz secara senyap.Hafiz terus menuju ke arah Dhiah.
" Fiz , macam mana nak bagitau dia fasal Hawa ni? " tanya Dhiah dengan nada sedikit cemas. Mestilah cemas kan. Mau kerusi meja kat hospital tu patah kalau tersalah cakap.
" Hmm. Kita bagitau dia nanti. Lagipun malam ni dia dah boleh keluar. So, kita cakap kat rumah je lah. " jawab Hafiz dengan tenang. Hafiz memang selalu tenang. Walau dihimpit masalah, dia tetap tenang dan mampu untuk tersenyum. Dhiah mengangguk.
***
" Wahh, yeah rumahku syurgaku. " laung Zafer seraya menghempaskan badannya di sofa empuk miliknya. Hafiz menggeleng dan tersenyum.
" Rehat lah Zaf. Ikut nasihat doktor. " kata Hafiz sambil membetul-betulkan rambut nya. Suka benar dia mendandan rambutnya itu.
" Fiz , mana Hawa ? " dalam banyak-banyak soalan kenapa itu juga yang dia nak tanya ? Hafiz diam membisu dan tak terkata. ' Nak jawab apa ni ? Ya Allah tolonglah hamba mu ini. ' kata hati Hafiz.
" Err... Err. Kkatt.. Rumah dia lah. Kkkennnapa ? " jawab Hafiz tegagap-gagap. Muka hensem tapi gagap. " Lah , rileklah. Saja je tanya. Yang kau tergagap-gagap ni kenapa ? " tanya Zafer hairan. Orang tanya sikit dah gagap. Nanti nak akad nikah masa ijab kabul entah-entah nama Dhiah pun boleh lupa.
" Heh. Saja je. Dah pergi mandi lepastu tidur. Esok pagi teman aku pergi butik pengantin. " kata Hafiz ingin menukar topik perbualan. " Untunglah , orang tu nak khwin dahh... " kata Zafer seraya menolak bahu Hafiz." Hmm... "
YOU ARE READING
Cinta Adam Firdaus
Non-FictionNak tahu ? Baca. Penat perah otak nak dapat idea. Hope you'll enjoy.