Bab 17

69 4 0
                                    

" Ehh , Dayah mari sini sekejap. " panggil Dato' Amsyar.

" Iye papa ? " jawab Nurul Hidayah. Dia melabuhkan punggung di sebelah Dato' Amsyar.

" Kamu kenal Nor Adam ke ? " tanya Dato Amsyar.

" Kenal. Kenapa ? "

" Dia- "
" Dayah !!! Tolong mama kejap. " jerit Puan Norin dari dapur. Nurul Hidayah meminta diri. Agaknya apa yang Dato Amsyar ingin cakapkan.

" Dayah , mana Hawa dengan Haiya ? Panggil diorang dan suruh tunggu dekat ruang tamu. Kamu sekali. " pesan Puan Norin. Dayah mengangguk dan melakukan apa yang disuruh.

***

Semua mata tertumpu kepada Puan Norin.

" Kenapa mama nak jumpa kami ? " tanya Hawa. Puan Norin dan Dato Amsyar berpandangan sambil tersenyum. Main teka-teki ke apa mereka ni ?

" Urmm , semalam Zafer ada datang. Dia ..... "

Tup... Secara spontannya lampu mati. Kacau laa lampu ni. Masa ni juga lah nak mati.

" Ahhh !!! " semua terkejut dan terus meraba-raba sekeliling supaya dapat mengimbangkan badan.

" Ma , pa , kami masuk tidur dulu ya. Selamat malam. " ujar Hidayah seraya menarik lengan adik-adiknya naik ke atas.

Sesampainya di bilik , Hidayah , Hawa dan Haiya terus merebahkan diri di atas katil.

" Angah , sunyi lah Along tak ada. Dia mesti tengah seronok kan dekat rumah Mak Ziah. " ujar Haiya. Selimut yang dilipat dikibar-kibar. Dah serupa bendera. Kemudian ditarik ke paras dada.

" Hurm. Nanti turn Haiya pula. " kata Hawa sambil tergelak. Haiya merenung tajam ke arahnya. Apalah Hawa ni. Haiya kan kecil lagi. Kahwin pula yang disebut.

" Herm sebelum tu turn Along dengan Abang KZ. " balas Haiya. Hidayah menggeleng melihat keletah adik-adik nya.

" Erm. Hawa , Haiya , jom tidur. Dah lewat ni. Esok Haiya akan mula belajar di tempat baharu kan ? Jadi sekarang , tidur. Esok kalau terlajak bangun Kak Dayah tak tau ya. " Hidayah memandang Haiya dengan penuh rasa kasih sayang. Haiya mengangguk dan menutup suis lampu. Hawa juga bersiap untuk tidur. Hidayah senyum. Dia tahu semua di sini masih segan lagi akan kehadiran dirinya di rumah ini. Tetapi bagaimana ? Selain tinggal di rumah ini ? Ini rumahnya juga. Akhirnya Hidayah lelap di meja belajar nya.

****

" Terima kasih long hantar kan Haiya. " ucap Haiya sebaik sahaja turun dari kereta Hawa. Kini dia sekarang berada di tempat di mana dia akan menyambung pengajiannya. Hawa mengangguk dan melambai ke arah Haiya. Haiya membalas lambaian itu. Kereta Haawa perlahan-lahan bergerak keluar dari situ untuk pulang ke rumah.
Haiya terus berjalan ke kelasnya. Dia mengambil bidang muzik. Kelas itu di tingkat dua sahaja. Jadi dia tidak perlu menggunakan lif untuk ke sana. Dengan riang dia berjalan menuju ke arah kelasnya. Jam di tangan dikerling sebentar. Masih awal lagi. Dia memasang niat untuk ke cafe berdekatan dengan universiti nya. Cari punya cari akhirnya dia memilih untuk masuk ke Rusy's Cafe. Dia memilih tempat yang berdekatan dengan kaunter. Kerusi ditarik dan dia duduk dengan selesanya selepas memesan minuman yang diingini nya.

Sedang dia menunggu minuman nya siap , dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka aplikasi WhatsApp. Dia membuka pesanan ringkas yang dihantar oleh Hidayah dan Hara.

Hidayah ; 9:00 a.m.

Assalamualaikum Haiya. Semoga Haiya selesa belajar di sana. Akak ucapkan selamat maju jaya.

Hara ; 9;25 a.m.

Assalamualaikum. Hoiii budak busuk. Selamat maju jaya budakkk. Kau jangan degil pulak.

Haiya tergelak sendiri. Ternyata Hidayah lagi sopan daripada Hara. Minuman yang dipesan akhirnya sampai jua. Air Coffee suam itu diteguk. Nikmatnya. Sempat lagi Haiya mengambil gambar dirinya di kedai itu. Inilah perempuan.

Dia berkira-kira untuk ke kelas selepas ini. Hmm mestilah kan. Nak pergi mana lagi ? Langkah diatur menuju ke tingkat dua. Pintu kelas dikuak. Semua mata tertumpu kepadanya. Agak segan juga dia apabila direnung begitu.

" Kamu Haiya ya ? " tanya Mahirah. Mahirah merupakan guru dalam bidang muzik. Perwatakannya yang seperti remaja amat disenangi oleh warga Universiti Putera Putri ini.

Haiya mengangguk. Mahirah memandang ke hadapan semula menghadap anak-anak murid nya yang lain.

" Okay kelas. Kita akan terima seorang pelajar baru dalam bidang ini. Nurul Haiya Dato' Amsyar . sila perkenalkan diri. " ujar Mahirah. Dia kemudiannya mengundur setapak memberi ruang untuk Haiya memperkenal kan dirinya.

" Err . Assalamualaikum. Nama saya Nurul Haiya binti Amsyar. Boleh panggil saya Yaya atau Nurul. " kata Haiya. Ada yang senyum kepadanya ada juga yang sedang membelek-belek buku. Haiya perasan sejak dari tadi
lagi lelaki yang duduk di bahagian tepi sekali itu merenung tajam ke arahnya. Kecut perut juga dia apabila sesekali pandangan mata mereka berlaga.

" Okay. Yaya. Panggil saya Miss Merah. Okay boleh duduk antara Zulaikha dan Yusuf. " kata Mahirah. Haiya terdiam seketika. Mana ada tempat kosong yang lain selain di sebelah mamat garang tu. Herm. Nasib kau lah Haiya. Dengan langkah malas Haiya bergerak ke tempat duduknya. Seorang perempuan melambai ke arahnya dan berkata.

" Hai Yaya. Saya Siti Zulaikha Irdina. Panggil je Zu atau Ikha. " ujar Zu. Aku mengangguk dan senyum.

" Hai . Nurul Haiya. " balasku. Miss Merah pun memulakan pelajaran. Kata Zulaikha , orang harus memanggilnya Miss Merah kerana dia amat sukakan warna merah. Ditambah pula dengan namanya Amirah Mahirah memang serupa dengan perkataan merah. Hmm dari mula Miss Merah memulakan pelajaran , Si mamat garang tu asyik merenung saja ke arah Haiya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertanya kepada mamat itu .

" Err awak ek.. Kkkeee..nnnaaa.. paa pandang saya macam tu ?By the way My name is Nurul Haiya. Now tell me your name. " ujar Haiya sambil memandang Manusia di sebelahnya.

" Maafkan saya. Erm. Muhammad Yusuf Azzharif. Panggil Rif aje. " balasnya. Oh boleh bercakap rupanya. Pandang orang muka garang-garang. Kan dah tersalah faham.Sedapnya nama. Bisik hati Haiya.

****

" Er Rif ? Boleh saya duduk sini?"
tanya Haiya. Lebih baik bertanya dahulu sebelum mendapat malu.
Karang kena marah tak fasal-fasal namanya menjadi popular.

" Hmm. Duduklah. " katanya. Haiya merasakan bahawa Yusuf seorang yang pendiam. Tetapi kalau pendiam pun kenapa macam tak ada kawan aje. Kesian nya. Ada juga dia bertanya kepada Zulaikha tentang Yusuf. Menurut kata Zulaikha , dia memang seorang yang pendiam. Sampai sekarang tiada siapa yang berani menegurnya. Dia juga berpesan kepada Haiya supaya berhati-hati apabila berada berdekatan dengan Yusuf. Haiya tidak percayakan semua itu. Tidak adil lah bagi Yusuf. Semua orang perlukan teman untuk meluahkan sesuatu , untuk berkongsi rasa gembira , untuk saling membantu. Tetapi Yusuf ? Mengapa semua Tidak mencuba untuk mendekatinya ? Jika perwmpuan , alasan untuk tidak rapat dengannya boleh juga diterima. Tetapi jika lelaki , sekaum. Takkan tak boleh nak cuba.

" Er. Selalu ke lepak dekat sini ? Mana kawan-kawan awak ? " Saja Haiya bertanya begitu . hanya satu sebab. Untuk mencari kebenaran tentang diri Yusuf yang sungguh misteri.

" Selalu juga lah. Saya ..... tak ada kawan.... " katanya seraya menundukkan sedikit kepalanya. Serba salah Haiya dibuatnya.

" Err Rif ? Jangan lah sedih. Saya boleh jadi kawan awak. " kata Haiya. Kepala Yusuf terangkat sedikit. Cermin matanya dibetulkan. Ya Allah , sungguh manis wanita ini. Baik hati dan juga peramah. Yusuf berkata-kata dalam hati. Yusuf mengangguk dan tersenyum. Ini pertama kali Haiya melihat Yusuf tersenyum.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 20, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Adam FirdausWhere stories live. Discover now