Bab 8

29 4 4
                                    

Dhiah dengan keadaan yang masih mamai terus menuju ke bilik air untuk mebersihkan diri. Dia amat bersyukur dan seronok kerana dipertemukan kembali dengan Hawa dan Zafer. Pertemuan malam tadi , tidak begitu puas buat dirinya. Hmm.. Tak lama lagi Dhiah akan berkahwin dengan sepupu Zafer. Best nyaa. Beep beep

1 new message , Hafiz

~ Assalamualaikum Dhiah. Zafer masuk hospital. Sekarang Fiz kat hospital ni. Dhiah nak datang ? Tolong bgtau Hawa sekali. Yee. ~

Telefonnya dengan tak sengaja terlepas daripada pegangannya. Terkejut yang amat sangat. Jari runcingnya cepat - cepat menghNtar message kepada Hawa.

******************************

Hati berdebar. Dua pasang kaki bergerak pantas ke bilik yang dihuni Zafer sejak semalam. Kenapa ? Pintu bilik dikuak. Kelihatan tubuh Zafer sedang baring merehatkan diri di atas katil. Hafiz pula sedang tidur di sebelahnya. Kaki Zafer berbalut.

" Assalamualaikum , Fiz .. Bangun. " sapa Dhiah. Hafiz bangun dan meneliti setiap wajah yang ADA dihadapannya.

" Hafiz , kenapa dengan Zafer ? " tanya Hawa. Dia menahan air mata dari terus terjatuh.
Hafiz dan Dhiah senyap.

" Hawa , ada orang sepak Zafer. Kesian dia. Sabarr. Hawa. " pujuk Hafiz. Hawa bagai kehilangan anak. Mengapa dia begitu ? Cintakan Zafer ? Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya dia waktu itu.

" Siapa yang sepak ? Takde kerja lain ke ! " Hawa menghempas beg tangannya. Zafer mula membuka matanya perlahan-lahan. Dia cuba untuk duduk. Dia memandang Hawa.

" Hawa , aku okaylah. Jangan risau lah. Ambiklah beg tu. Buruk nanti. Hafiz , Dhiah boleh tak aku nak bercakap dengan Hawa sekejap ? " tanya Zafer yang sedang berusaha untuk duduk secara betul. Dhiah Dan Hafiz pun keluar meninggalkan Hawa dan Zafer.

Zafer merenung Hawa. Ada sesuatu mahu dia lafazkan tapi tidak kesampaian. " Zafer , macam mana boleh jadi macam ni ?? " tanya Hawa dalam nada risau. " Kalau aku bagi tau , kau jangan marah ea ? " Zafer me minta kepastian. Hawa mengangguk. " Masa malam tu kan kita dinner. Masa balik tu ada orang sepak aku. Lepastu kalau tak silap dia cakap " jauhi Hawa. Kalau tak , nahas kau. " aku perhatikan muka dia. Aku terkejut sebab orang tu ialah Adam Firdauss. " Zafer tunduk. Adam ? Sampai hati... Kenapa dia buat macam tu ? Tak ada hati ke ? " Adam ? Adam , Zafer ? Sanggup dia... I'm sorryyy Fer.. " Cecair jernih mula turun membasahi pipi Hawa. Sanggup kau Adam. Gerutu hati Hawa.

Hawa melangkah keluar dari bilik itu dengan lemah. Dhiah memandang nya. " Kenapa ni Hawa ? " tanya Dhiah seraya memeluk Hawa erat. " Dhiah , aku tak sangka yang Adam sekejam itu. Dhiahh !!! " Hawa meraung. Hafiz memandangnya dengan simpati. Mahu saja dia memeluknya juga tapi bukan mahram.. " Hawa , jangan bersedih. Nanti baiklah tu.. " Hawa mdleraikan pelukannya. Dia berjalan laju ke kereta. Dhiah dan Hafiz mengekorinya. Bukan boleh percaya sangat Hawa tu. Macam-macam dia boleh buat kalau tengah marah. Enjin kereta dihidupkan. Suara Hafiz dan Dhiah tidak diendahkan dan kereta Hawa memecut laju ke rumah Adam.

Setelah beberapa minit di jalan raya , akhirnya sampai juga ke rumah Adam. Hawa keluar dari kereta dan terus mengetuk pintu rumah Adam. Ish. Bukannya nak bukak. Pintu dikuak perlahan. Kepala Adam muncul di pintu itu.

" Adam , kau keluar sekarang. ! "

" Kenapa dengan awak ni ? " tanya Adam berpura-pura tidak tahu.

" Adam , sampai hati awak cederakan Zafer sebab saya. Awak ni kenapa ? Mana belas kasihan awak ? Ada perasaan ke tak ? Memang cedera tu sikit je. Tapi banyak di hati saya ! " Hawa tercungap-cungap memarahi si Adam ini.

" Ehh.. Awak fikir sakit hati awak je. Awak tak fikir pula perasaan saya pada awak. Asyik Zafer Zafer Zafer. Padan muka dia ! Ehh kau nak sangat dengan dia apahal. Bla lah kau. " Adam Pula membalas. Gayanya seperti samseng. Rasa marah dalam diri tidak boleh ditahan lagi dan...

pap !!

Pipi Macho Adam ditampar oleh gadis yang disayanginya. Hawa menamparnya ? Hmm. Kepala Adam terhentak ke dinding. Cecair merah mula memenuhi kepalanya dan Adam rebah. Hawa Pula berasa puas tapi di satu sudut dia berasa kasihan. Dia lantas membawa Adam ke hospital. Sesampainya di hospital , Adam dirawat di ruang kecemasan dahulu sebelum dimasukkan ke wad. Hawa turut berasa risau. Dia mendail nombor Dhiah. " Hello Dhiah , aku kat hospital ni. "

" Tingkat ? " balas Dhiah.

" Ruang kecemasan "

Dhiah terus menaatkan perbualan Dan bergegas ke ruangan kecemasan. Kelihatan Hawa sedang termenung. Dhiah segera duduk di sebelahnya. " Hawa , kenapa duduk kat sini ? "

Tiba-tiba doktor keluar dan mencari Hawa. Setelah semua urusan di ruang itu selesai , Adam dimasukkan ke wad bersebelahan dengan wad yang didiami Zafer. Kata doktor , Adam sangat lemah dan cedra di kepalanya sangat teruk.

" Hawa , macam mana boleh jadi macamni ? "

" Dhiah , aku terlalu ikutkan perasaan tadi. " kata Hawa sambil menangis teresak-esak. Mahu saja dia menjenguk Adam sekarang namun dia sedang dirawat. Adam , maafkan aku. Seelah beberapa minit menunggu , mereka dibenarkan masuk dengan syarat tidak mengganggunya. Tubuh Adam terkujur di atas katil. Rasa menyesal mula menyelubungi diri Hawa. Hawa sudah buntu. Tangan Adam bergerak-gerak. Dhiah yang melihatkan itu terus mencuba untuk mengejutnya. Mata Adam terbuka perlahan-lahan. Seperti berat sekali kelopak matanya ingin dibuka.

" Adam , syukur awak dah sedar. " kata Hawa disertakan senyuman.

" Awak siapa ? Saya di mana ? _" itu yang dibalas Adam. Hawa dan Dhiah terkejut dan berpandangan. Adam amnesia ke ? Apa yang aku nak jawab dengan Aunty Nazla nanti ?

" Adam , awak jangan main-main. Ni saya Hawa. Tak kan tak kenal kot. "

Adam menggeleng.

" Mana tunang saya ? " tanya Adam. Tunang ? Setahu Hawa dia belum pernah bertunang dengan mana-mana perempuan.

" Siapa tunang awak ? "

" Azzatul Mawaddah. Di mana dia ? "

Azzatul Mawaddah ? Anak kawan Aunty Nazla tu ke ? Adam tunang dia ? Hawa terkejut lantas mendail nombor Aunty Nazla. Biarlah apa pun nak jadi. Lambat-laun orang akan tahu juga. Biar dia berterus-terang saja.

" Assalamualaikum , Hawa. " suara Aunty Nazla gembira saja. Adakah suara gembiranya akan berkekalan jika Hawa meneruskan perbualan ?

" Waalaikumsalam. Err.. Aunty... Tolong bawa Azzatul Mawaddah ke hospital sekarang boleh ? " tanya Hawa takut-takut .

" Kenapa ? Hmm lagipun dia dekat rumah aunty ni. "

" panjang ceritanya. Aunty datang je ye. "

Semasa dia menampar Adam tadi , Di mana Aunty Nazla ye ? Kenapa Azza dekat rumah aunty pulak ? Soalan bertubi-tubi Dari kepala otak Hawa yang semakin kusut itu.

******************************
" Hawa , kenapa Hawa sanggup buat dia sampai macamni ? Dia hanya ingat pada Azza saja. Kenapa Hawa ? Dia ada buat Hawa marah ke ? " Aunty Nasla menangis teresak-esak.

" Dia sepak Zafer sehingga Zafer patah kaki. Dia berada di bilik sebelah. Hawa cuma tampar dia sahja. Tak sangka Pula kepala dia akan terhentak. I'm sorry aunty. " Hawa juga turt menangis. Azza ? Dah berapa banyak tisu habis dah. Ingat menangis boleh pulihkan kembali ingatan Adam ke ?

" Heyy perempuan. Kenapa kau tampar dia tadi ? "

" Maaf. "

Azzatul Mawaddah. Nama saja baik. Orang nya tak secantik nama. Tudung pula dicampak mana Entah. Baju pula tidak cukup kain. Rambut dah macam model apa tah . Spontan Azza menampar Hawa. Aunty Nazla terkejut. Sudahlah anaknya amnesia. Lagi nak bergaduh Pula.

Cinta Adam FirdausWhere stories live. Discover now