Hawa duduk di meja belajarnya. Kata-kata Adam malam tadi betul-betul membuat dia keliru. Jam di tangan dikerling. Tepat pukul 9 pagi.
Beep beep. Telefon Hawa bergetar menandakan ada pesanan. Cepat sahaja dia membuka screen lock handphone nya dan melihat siapakah gerangan yang mesej dia pukul 9 pagi ini.
1 new message from Zafer.
~Hawa, jangan lupa ya, 8 malam nanti. Dhiah mesti rindukan kau. Aku tak tau nape aku rasa excited pulak nak jumpa Dhiah.Hafiz call aku tadi. Dia cakap Dhiah tak sabar nak jumpa kau. Ingat yea , malam ni at cafe tempat biasa.~
Panjang betul Si Zafer ni mesej. Hawa tersenyum. Lah ingatkan siapa yang mesej.
~ Hai, Zafer. Takkan aku lupa wei. Sekarang pun aku ingat. Aku rindu Dhiah. Weii Hafiz pun ada malam ni kan. Weh aku tumpang kau boleh ? Malas pulak nak drive sendiri. Hehe. ~
Hurmm, aku nak pakai baju apa ya pukul 2 nanti?. Hawa baru teringat. Sebenarnya ada apa pukul 2 nanti ?
" Hah! Termenung. Angah, pakai baju okay okay sikit. Kau pakai T-Shirt, along halau angah. " sergah Hara. Hara ni suka main sergah-sergah. Tak ada kerja betul.
Hawa senyum segaris. " Hah, sebenarnya ada apa pukul 2 nanti ? "
" Tengok ajelah. Haiya pun tak tahu. So, baju pakai cantik-cantik sikit. " Hara pun meninggalkan bilik Hawa.
Apasal misteri sangat ni ?
******************************
Tepat pukul 2 petang. Pitt pitt. Bunyi hon Dari luar rumah mengejutkan Puan Norin. ' Mesti dia. ' Puan Norin keluar rumah Dan bersalaman dengan rakannya itu. Dato' Nik Amsyar tiada pada waktu itu kerana dia masih di pejabat. Katanya ada hal yang perlu diuruskan. Puan Norin mengajak rakannya dan anak lelakinya masuk ke rumah.
" Along, Angah, Adik. Turun. Tetamu dah sampai. " teriak Puan Norin. Baru lah terkedek-kedek kaki anak-anaknya menuruni tangga itu. Mereka bersalaman dengan Puan Ruziah. Hawa senyum kepadanya. Puan Norin menjemput mereka duduk di taman belakang. Sungguh dia bersyykur mempunyai anak yang peramah. Sedang Hawa melayan Puan Ruziah, dia lihat pemuda yang duduk di sebelahnya. Muka dia macam. Ehh takkanlah. Hawa memberanikan diri untuk bersuara.
"Erm, sorry kita kenal ke ? Saya rasa macam pernah jumpa awak." tanya Hawa takut- takut. Hawa melihat tangannya dibalut.
" You must be that girl right? Hei tak ingat ke. Saya Rusydi Hariz lah. Saya datang ke sini nak melamar Hara. You adik dia ehh ?" jawab Rusydi dan diakhirkan dengan pertanyaan.
Hawa mengangguk. Jadi, si Rusydj ni bakal jadi abang ipar lah ya. Patutlah nama macam selalu disebut.
" Urmm, aunty, saya dah kenal Hawa. Dia ni cuai sikit aunty. Dia tersalah makan yea masa kat Langkawi tu ? " tanya Rusydi spontan. Puan Norin ketawa. Sungguh mereka semua tidak sangka. Rusydi menceritakan kisah bermulanya dia bertemu dengan Hawa.
" Ehh Norin, mana Nurul Hara tu. Si Rusydi ni asyik pujuk saya datang sini. Hehe maklumlah, dah berkenan. Tak nak tunggu lama-lama ye dak ? " Puan Norin Dan Puan Ruziah ketawa.
" Hmm yang tudung kuning tu ha, Hara. Dia tu pun apa kurangnya. Hari-hari cakap pasal si Rusydi tu hah. Yelah kan, takut nanti dikebas orang pulak. Lagipun mereka dah dewasa dah boleh kahwin dah. " Puan Norin menuding jari ke arah Hara.
Rusydi menuju ke arah Hara. Hara tersipu malu namun dia cuba untuk cover muka dia yang kian memerah. " Hai, " tegur Rusydi. "Hai," haduh, sweetnya. Rusydi menghulurkan bungkusan kepada Hara. "Apa ni Riz ? " tanya Hara. Rusydi senyum. " Bukalah. Riz rasa Hara mesti suka. " Hara membuka bungkusan itu. Wow. Mata Hara membuntang. Yeay. Coklat kegemarankuuu. Hara melompat serupa orang gila. Rusydi hanya gelak. Haih, happynya dia ni.
JAM di dinding tepat pukul 7 malam. Lagi berapa jam saja Hawa akan bersua dengan Dhiah. Setelah membuka almari, dia bercadang untuk memakai kemeja berwarna hijau dan kain hitam labuh serta diserikan lagi dengan tudung bawal hitam.
Beep beep. Ada orang mesej lagi. Hmm mesti itu Zafer atau Dhiah. Teka Hawa. Namun sangkaannya meleset selepas dia memerhati mesej itu dan pengirimnya adalah Adam.
~ Hello , can we meet at 8 ? Boleh ye? Bolehlah. Bolehlah.~
Ehh mengada pula mamat seorang ni. Sudahlah Hawa ada temujanji pukul 8 time tu juga lah nak jumpa. Stress. Jari runcing Hawa menaip di atas papan kekunci telefonnya.
~ Hello, sorry tak boleh for malam ni. Aku ada temujanji. Kalau malam lain boleh kot. Sorry Ad.~
Lega rasanya. Hawa berharap agar dia faham Dan tidak berkasar lagi. Buat apa nak berkasar, tak malu ke ? Hawa menunaikan solat Maghrib sejurus selepas azan dikumandangkan. Nampaknya dia sudah tidak sabar lagi. Tahap kesabarannya rendah saat itu. Jam menunjukkan tepat pukul 7:45 malam. Mana Zafer ni ? Hawa jadi malas pula untuk menunggu. Kunci kereta diambil Dan dia turun.
Sedang dia ingin membuka pintu kereta, Pitt Pitt . Hon kereta Zafer ! Selamat minyak kereta. Hawa senyum sendirian. Hawa sengaja membuat muka marah dan terus masuk ke dalam kereta.
"Assalamualaikum, marah ke ? Sorry lah, aku kenalah touch up sikit. Cousin aku tu suka yang sempurna je. Hehe. Janganlah buat muka macamtu. Makin comel. " Zafer memujuk.
" Waalaikumsalam, hmm... " balas Hawa. Zafer mula memandu dan akhirnya mereka sampai di tempat yang dijanjikan. Hawa keluar dari kereta sambil anak matanya mencari-cari kelibat Dhiah. Hawa dan Zafer masuk ke cafe itu dan dia terlihat seseorang memandangnya dengan penuh bermakna. Ya, itu Dhiah. Hawa meluru ke arahnya dan mereka berpelukan. Zafer pula bersalaman dengan Hafiz.
" Hawaa, rinduuu sangat kat kauuuuuu.. " kata Dhiah seraya memaut tangan Hawa.
" Aku pun, bertahun kott. Aku rindu kau sangat-sangat. "
Mereka duduk Dan memesan makanan dan minuman. Comelnya dia ni. Hafiz ke ni ? Hawa tersenyum-senyum. Dhiah mengusiknya.
" Apa senyum-senyum. Ni Hafiz Afizzy. Dia ni bakal suami aku. Hehehhe. "
Hawa terkejut. E'eh awalnya. Dhiah selalunya tak suka kahwin awal. Leceh katanya. Hafiz senyum kearah Hawa. Zafer juga terkejut. Baru nak kenal dengan Dhiah lebih rapat. " Hai Si Comel, hadiah kahwin kau, aku bagi beg aku boleh ? " gurau Zafer. Mereka ketawa terbahak-bahak. Alangkah gembiranya mereka saat itu. Jaga-jaga gembira kadang-kadang berakhir dengan duka..
M3dia: Dhiah Ainul22 tudung hitam
YOU ARE READING
Cinta Adam Firdaus
Non-FictionNak tahu ? Baca. Penat perah otak nak dapat idea. Hope you'll enjoy.