Bab 9

42 3 6
                                    

KTANGg !! Puan Norin sedang memasak sesuatu di dapur. Gembira saja nampaknya.. Sambil tangan asyik menari-nari kaki nya juga digerak-gerakkan mengikut rentak. Memasak sambil bersenam.

" Ma, apa ni.. Bising lahh. " sapa Hara lalu memeluk ibunya dari belakang. Sudahlah baru bangun. Nak peluk-peluk Pula.

" Bising kamu kata ? Kamu tu dah nak kahwin Hara. Masak pun tak reti. Nak makan pasir ke ? Meh sini tolong mama. " bebel Puan Norin sambil bercekak pinggang. Pemalas sungguh anak Dara yang sorang ini.

" Lama lagi lah mama. Alaa, Riz tak marah punyaa sebab Riz sayang Hara. " balas Hara sambil tersenyum manja. Menjawab ja budak ni. Pikir comel buat macam tu ? " Memanglah Si Rusydi tu tak marah , tapi sesekali mestilahh dia nak rasa air tangan isteri dia. Kamu nii. " Puan Norin mengetuk manja kepala Hara dengan senduk besi. Hara mengaduh kesakitan.

" Assalamualaikum , " sapa Hawa yang berada di muka pintu. Hara dan Puan Norin menjawab salamhya. Muka Hawa kelihatan pucat. Matanya sembap. " Hawa , kenapa ni ? Pergi mana malam tadi sampai tak balik rumah. Risau tahu tak ?! " Puan Nurin sudah mula dengan hobinya iaitu membebel.

" Hawa jumpa Dhiah je.. " balas Hawa ringkas. Hawa terus naik ke biliknya. Dia duduk di meja belajarnya. ' Apa aku dah buat ni ? Sepatutnya aku tak cederakan dia. Ya Allah... ' Hawa menangis.

Aku tahu aku tak sempurna tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik meskipun ada banyak halangan. Aku bersyukur dikurniakan keluarga yang banyak bersabar dengan kerenahku. Mengapa aku perlu gunakan kekerasan ? Mengapa aku berasa sakit hati ? Adakah aku mencintai Zafer ? Bagaimana Pula dengan Adam ? Aku tahu Azzatul Mawaddah bukan pilihan hatinya tetapi disebabkan kekerasan , ia mengubah segala-galanya. Sayang menjadi benci. Senang menjadi sukar. Aunty Nazla tidak memarahiku. Sungguh tabah wanita ini. Wlaaupun aku telah mencederakan Adam , dia tetap melayan ku seperti biasa. Apa yg aku buat ni ?!

Mata cuba untuk dipejamkan. Akhirnya Hawa telah tidur.

******************************

" Azza , Azza , " Adam meracau-racau. Azza yang sedang asyik membaca majalah terus meluru ke arah Adam. Senyuman manis dilemparkan buat Adam.

" Ye , Aus. Kenapa panggil Azza ni ? " tanya Azza dengan nada suara yang lembut.

" Aus nak balik lahh.. " Adam merengek serupa budak berumur tiga tahun.

" Sabar lah. Aus kena banyak berehat.. Aus belum sihat lagi. " pujuk Azza.

" Azza , boleh tak kalau Aus nak Azza berubah. Pakailah tudung. Tutup aurat. Sejuk mata memandang. Aus tak paksa tapi Aus suka tengok wanita seperti itu. Nampak cantik. "

Azza terkejut. Tudung ? Tutup aurat ? Pakai baju kurung pun dia tak pernah inikan Pula nak tutup aurat. Azza tidak tahu hendak memberikan jawapan.

" Err.. Err.. Damm, I'll try okay ?"
Jawab Azza ringkas. Adam mengangguk dan kembali berehat. Pintu bilik dikuak perlahan menarik perhatian Azza.

Cinta Adam FirdausWhere stories live. Discover now