Hawa tercari-cari pen biru dan merah yang diikat bersama-sama. Itulah pen kesayangannya. Siapa pulalah yang tergamak nak curi ni ? Pen mana kau pen. Muncul satu kelibat berjalan penuh bergaya menuju ke arah Hawa. Dia membetulkan rambutnya seraya berkata"Hey you. Serabut sangat kenapa?" tanya Zafer kepada Hawa. Masa itu adalah hari pertama Hawa bersekolah di situ.
"Sorry. Nampak pen saya?" tanya Hawa dengan sopan. Maklumlah, tak biasa lagi. Selamba Zafer menayangkan pen yang dicari-cari Hawa. "Pen merah kau?" tanyanya lagi. Hawa mengangguk."Pen biru kau? Nak ke?" Budak ni dah kenapa? Hawa mula naik angin. " Hey you. Bagi balik saya punya pen. Kalau awak nak, belilah sendiri. Cepatlah pulangkan!" "You marah?" tanya Zafer lagi. Budak ni nak penumbuk ke ? Hawa membuat muka singa. "I Love You" bisik Zafer ke telinga Hawa. Mata Hawa membuntang! So, 'Pen merah Pen Biru You Marah, I Love You. Pandainya, tapi kalau sopan lagi bagus.'
Pen bertukar tangan. Lain kali orang cakap bagi tu bagi. Kan dah kena tengking. Yang peliknya dia tak mengamuk pun. "Hawa, Hawa." suara Haya memecahkan lamunanku. "Kakak kenapa? Senyum-senyum. Buang tebiat eh?" tanya Haya bernada suara budak 3 tahun. Hawa sekadar senyum. Kenapa tiba-tiba aku ingat Zafer? Hanya Zafer dan Zafer.
'Pelik nya kakak aku ni. Senyum sorang-sorang.' Haya bermonolog sendirian.
Haya ni memang. Sekali tak menyibuk memang tak sah. Haha mula melangkah keluar dari bilik kakaknya. Hawa pula terus-menerus dengan aktiviti senyumnya. Telefon Hawa berbunyi.,1 new message. From Zafer.
Assalamualaikum, Hawa. Lagi berapa jam je. Kita nk pergi bercuti. Yeah!
Excitednya dia. Hawa membalas .
Yeah waalaikumsalam bro. Yea lagi berapa jam je. Tak sabar rasanya kan.
Hawa mula mengemas barang-barangnya. Lagi berapa jam ja.
Hawa mengeluh. Nanti ada Adam. Mesti Fiera nak menunjuk.' Zafer ada so, tak apalah Fiera tu,' hati Hawa berkata. Beg yang sudah dikemas diletakkan di penjuru katilnya. Tup tup, Puan Norin duduk di sisi Hawa. "Awa, nanti kat sana jangan menyusahkan diorang tau, terutama si Zafer tu. Yea?" Hawa mengangguk. Kedua-duanya berpelukan. Jam di dinding menunjukkan pukul 8:30 malam. Titt titt. Bunyi hon kereta milik Zafer memecah kesunyian malam. "Hah, Awa mereka dah sampai." kata Puan Norin seraya membantu Hawa mengangkat beg nya. Hawa senyum. Entah mengapa dia berasa gembira malam itu."Assalamualaikum aunty ." Zafer memberi salam. Ahh sopannya, cutenya dia. Rambut ala-ala artis Korea. Hawa bersalaman dengan ibunya sebelum memasuki perut kereta mewah itu. Byee Mama!
GEMENTARNYA rasa. "Hawa, kau kenapa? Macam gelisah je." tanya Hafiera. Dahinya dikerutkan.Hawa senyum. Dia mengantuk. "Urmm Hawa , Fiera kalau nak tidur just tidur je okay?" beritahu Adam kepada dua gadis manis yang mula mengantuk. Hawa sudah pun tidur. Fiera juga turut serta.
'Kesiannya my baby ni. Dah tidur.' Haeryl memandang Hafiera yang sudah lena dibuai mimpi." Hoii! Buat apa tu?" sergah Zafer sambil ketawa. Haeryl mengurut dada dek terkejut dengan sergahan Zafer itu."Tak buat apa-apa pun. Kenapa ?" Haeryl membuat muka sepuluh sen. "Dahdah . Ryl, kalau nak tidur, tidurlah." kata Adam. Adam tak mengantuk? Peliknyaa. Dia minum coffee ke? Tak ajak. "Kau tak ngantuk Dam?" tangan Zafer ligat memusing stereng kereta. "Tak, kenapa? Kau nagntuk ke?" Adam bertanya kembali. Inilah yang selalunya terjadi apabila Zafer Dan Adam berbual. Pasti ada sahaja tanda soal ."Taklah, saja tanya. Wei si Ryl tu dah tidur dah. Aman kan?" ada sahaja tanda soal. "Ya lah." balas Adam ringkas. Vroommm.Jam di tangan dikerling. Tepat pukul 2:30 pagi. Sejuknyaa~ Adam masih bersengkang mata begitu juga Zafer. Pelik. Bukan ke diorang yang selalu ngantuk? Hawa terbangun. "Hai korang. Tak tidur lagi ke?" sapa Hawa dalam keadaan masih mamai. "Ehh Hawa. Tidurlahh. Jangan risau." kata Zafer. Kereta mewah milik Zafer terus memecut laju di jalan raya.
YOU ARE READING
Cinta Adam Firdaus
Non-FictionNak tahu ? Baca. Penat perah otak nak dapat idea. Hope you'll enjoy.