Bab 16

36 1 0
                                    

" Err Zafer , ni siapa ya ? " tanya Hawa tatkala melihat Puan Norin dan Dato'Amsyar tidak putus-putus memandangnya.

" Awak tak ingat ke ? Ini ibu dan ayah awak. Salam cepat. " Hawa semacam tidak percaya. Dia pergi ke arah mereka dan bersalaman dengan mereka.

" Err Hawa ... Ni mama lah.. Hawa tak ingat ke ? " tanya Puan Norin bertubi-tubi.

Hawa menggeleng.

****

Ahh kini aku dah sampai di rumah ku sendiri. Rindunya dengan rumah. Tapii Adam..

" Err apa tunggu lagi , masuklah. " pelawa mama. Haish sopannya mama.. Kejap , tu kan Nurul Hidayah yang kawan Nor Adam tu. Apa dia buat dekat sini. Aku berjalan menghampiri dia , Kak Hara dan Haiya.

" Assalamualaikum .. Kamu semua ni berbual fasal apa ya ? Boleh saya join sekali ? " tanya ku sopan. Uhuhu ... Ni laa first time aku buat suara sopan..

" Err Waalaikumsalam. Boleh je. " jawab Nurul Hidayah. Sebenarnya dia ni siapa ya ?

" Err Kak Hidayah ? Ni siapa ya ? " tanyaku pura-pura tidak tahu. Terkejut habis Hara dan Haiya. Kelakar nya mukaa.

" Err ni kakakla Hawa , Nurul Hara ni adik Nurul Haiya. " jawab Haiya. Haiya mempamerkan muka sedih. Sedih kerana aku tidak mengingatinya mungkin.

" Ohh .. Baiklah. Saya Nur Adwina Darwisha. " kataku.

" Hawa , stop ! Hara dah tahu. Hawa pura-pura saja kan ? " kata Hara sambil tersenyum. Apa ? Dia tahu ? Macam mana ni ?

" Tahu apa ye ? " tanyaku takut namun masih boleh berlagak tenang.

" Sudah lah tu Hawq. Kami semua risaukan Hawq tahu tak. Along ada terbaca surat yang Angah tulis. Angah , pleaselah. Lari dari masalah tak akan menguntungkan pun. Pergilah .. Berterus terang... Tahu tak Adam dah pulih ingatannya ? " jelas Hara.

" Dan dah memegang title SUAMI pun. " sambungnya lagi. Ya Allah. Benar kata-kata Along. Aku menangis. Semahu-mahunya. Rupanya mereka semua tahu aku hanya berpura-pura.

" Dah dah jom masuk bilik. Nanti kita ke rumah Adam ya ? " ajak Hara. Aku hanya mengangguk.

****

" Ana Afiqah !!! Assalamualaikum. " ucap Adam kepada isterinya.

" Ish awak ni. Terkejut saya. " balas Ana. Dia menyambung semula kerjanya iaitu melipat kain.

" Hehe maaf lah. Cuma nak beritahu yang petang ni kawan saya nak datang. Kawan lama. " jelas Adam. Ooh .. Ana hanya mengangguk. Manis senyuman nya. Itu lah yang membuat Adam terpikat.

" Err Mana Nash ? " tanya Adam.

" Ooh Nash pergi rumah Qayyum. Kenapa awak ? "

" saja ja tanya. Okaylah kalau macam tu saya pergi kemas-kemas dulu. " Adan terus keluar dari bilik dan mengemas apa yang perlu. Ada tetamu kan..

****

Hidayah , Hara , Hawa dan Haiya hanya mengenakan baju kurung moden berwarna ungu lembut dan diserikan dengan tudung bawal berwarna ungu tua. Puan Norin dan Dato' Amsyar hany a tersenyum melihat anak-anak mereka. Hidayah terlebih dahulu bersalaman dengan Puan Norin dan Dato' Amsyar kemudian diikuti dengan Hara , Hawa dan Haiya. Saat Hidayah mengenalkan dirinya , Puan Norin lah yang begitu terkejut sekali. Bertahun lamanya dia menunggu Hidayah. Segala rindunya hanya dilepaskan dan diubati dengan gambar sahaja. Tapi sekarang , .. Ini lah dia rancangan Allah. Sesiapa pun tidak dapat menekanya.

" Eh eh alaa papa tak ada geng lah. " ujar Dato' Amsyar. Dia mula mempamerkan riak wajah sedih. " Dont worry uncle. Tak lama lagi uncle akan ada geng. " ujar seseorang sambil menepuk bahu Dato' Amsyar. Semua spontan menoleh ke belakang. Rusydi hanya tersenyum.

" Hah yelah. Kami dah tetapkan tarikhnya. Tak lama lagi papa ada geng. Yeah. " semua orang tergelak.

" Eh Riz , bila sampainya ? Kenapa tak beritahu Hara dulu? " tanya Hara. Rusydi hanya senyum. Eh gila ke apa orang tanya dia senyum. Suara dah habis ke ?

" Eh tak boleh ke datang ? Tak apalah. Riz balik dulu ... " Rusydi membuat muka ala-ala merajuk . mengada betul. Hara hanya menjulinhkan matanya. Nak kena pujuk ke ?

" Heh , mana ada. Dah dah. Jom ikut kita orang sekali. Nak pergi rumah Adam. " ajak Hara. Rusydi hanya mengikut.

***

" Assalamualaikum , " ucap Puan Norin sebaik sahaja berada di muka pintu rumah Adam.

" Eh Waalaikumsalam. Masuklah." pelawa puan Nazla. Semua hanya menurut. Rumah agam ni tak ubah bentuknya. Bisik hati Hawa.

" Aus ! Aus ! Turun. Ni kawan dah sampai. " Panggil Puan Nazla. Sesaat selepas itu , Adam turun bersama seorang gadis. Comel , lawa. Sesuai dengannya.

" Ya mama. Eh Assalamualaikum. Lama tak jumpa korang. " ucap Adam. Dia bersalam dengan Dato'Amsyar , Zafer dan Rusydi. Dia hanya senyum sahaja kepada yang perempuan. Manakala , gadis yang turun bersamanya bersalam dengan semua perempuan-perempuan.

" Eh korang , kenalkan ini Ana Afiqah. Isteri Adam.. Kejap eh.. " Adam terus masuk ke bilik dan keluar bersama seorang budak perempuan yang kira-kira umurnya 12 tahun.

" Ini pula anak aku. Nama dia Nur Ain Nashwa. " Nash hanya senyum dan bersalamna dengan semua. Kemudian mereka duduk di sofa. Ana kebelakang untuk membuat air. Adam meminta izin kepada Ana dahulu untuk bercakap-cakap dengan Hawa.

Hawa dan Adam ke bahagian taman.

" Err Adam. Aku .... " Hawa tidak dapat meneruskan kata-katanya. Air mata mula mengalir di pipinya.

" Dah lah. Hawa. Salah saya juga. Saya dah minta maaf kepada Zafer. Saya amat berterima kasih dengan dia. " jawab Adam. Hawa pelik.

"Berterima kasih ? Kenapa ? Dan kenapa isteri awak jadi Ana Afiqah pula ? Bukan Azzatul Mawaddah ke ?" tanya Hawa bertubi-tubi. Adam senyum. Dengan tenang dia menjawab.

" Ya , begini. Sejak kau hilang kan diri ke London , aku memang hilang ingatan. Dan bila aku sedar aku terus nampak Azza. Sebenarnya Azza sukakan Zafer. Sebelum aku bertindak ganas terhadap Zafer , Azza ada jumpa aku. Dia cakap , Zafer ada niat jahat nak buat dekat kau. Jadi aku bertindak terus. Bodohnya aku percayakan dia. Disebabkan perjumpaan tu , otak aku terus menyimpan wajah nya. Sebab itu lah bila aku bangun , aku kata nak dekat dia. Lepastu , semua orang cuba nak sedarkan aku. Zafer yang melebih. Dia siap jumpa Azza lagi. Lepastu Azza jujur. Beberapa minggu tu ingatan aku pulih. Aku lalui hidup seperti biasa sehinggalah aku jumpa Ana Afiqah. Aku dah maafkan kau Hawa. " terang Adam. Barulah Hawa faham.

" Adam , hmm terima kasih. Comel anak kau. Dah jom pergi ruang tamu semula. " Ajak Hawa.

***

" Yeay , sekarang semua dah selesai. " Hara mampu tersenyum melihat Haiya gembira. Semua juga turut gembira. Sekarang Hara bersama Rusydi sudah sah menjadi suami isteri.

" Tahniah , Hara , Rusydi. " ucap Hidayah. Mereka tersenyum. Sopan sungguh Hidayah.

~Lagi beberapa bab cerita ni akan tamat. ~

Ainul_M

Cinta Adam FirdausWhere stories live. Discover now