2

181 2 0
                                    

Tiba di kelas , Sofea mengambil tempat duduknya . Nyata sesetengah pelajar memandangnya kehairanan namun ada yang ketawa kecil kerana tahu akan kejadian yang berlaku di kantin sebentar tadi.

"Sofea, apa dah jadi kat awak?"

Bisik Nina sambil menghulur sapu tangan bersih kepadanya . Hanya Nina lah yang masih sanggup berkawan dengannya setelah rahsia gelap keluarga Sofea tersebar di sekolah dan diketahui ramai.

Cikgu zainun yang berada di hadapan papan hitam menulis formula mathematic melibas papan hitam dengan rotan runcingnya apabila para pelajar semakin rancak berbisik . Maka kecutlah perut mereka disergah sedemikian rupa.

"Kamu ni serupa macam ikan bilis. Bising!" Marah cikgu zainun.

Beberapa orang pelajar disuruh menyelesaikan soalan- soalan math yang turut tersedia dipapan hitam.

Cikgu zainun tahu akan berita angin mengenai prihal keluarga Sofea yang berlegar di antara para pelajar dan guru namun engan ambil tahu lebih lanjut . Hati nya belas terhadap sofea namun kerjaya sebagai guru yang ditimbuni dengan kerja saban waktu menyebabkan cikgu zainun akhirnya mengambil jalan untuk mengabaikan sahaja.

Segalanya bermula pada minggu ke dua setelah sofea ditempatkan di sekolah ini setelah berpindah dari Johor Bahru. Perpindahan ini untuk duduk sebumbung dengan ayah dan saudara tiri nya di sarawak . Selama ini hanya ibu Sofea yang menjaganya seorang diri namun mendapat bantuan kewangan dari ayah Sofea secara diam - diam . Ibu Sofea hanya lah berstatus perempuan simpanan ayahnya .
 
Tiada ikatan sah di antara mereka sehingga ibunya kemalangan maut beberapa minggu yang lalu . Walaupun bertaraf anak luar nikah , Dato' Jamal menyayangi Sofea seperti anak-anaknya yang lain.

Akibat amarah dan sakit hati yang membuak - buak , Mira -kakak tiri Sofea sering mendera nya secara fizikal dan mental. Walaupun rumah mereka terdapat 2 orang bibik, Sofea tetap di paksa membuat kerja rumah atas alasan menumpang . Namun jika ayahnya berada di rumah, Mira menunjukkan lakonan seorang kakak penyayang.

"Sofea, tak perlu lah buat kerja tu . Bibik dini kan ada."

Ayahnya amat senang hati apabila keharmonian tersebut ada dalam keluarganya. Kematian ibu Mira awal tahun lepas akibat kanser otak membuatkan Mira enggan membiarkan kasih sayang ayahnya pula direbut orang lain .
      
Abang dan adik lelaki nya pula seperti tidak ambil kisah. Cukup wang ringgit sudah memadai dari kasih sayang.
Kemarahan Mira akhirnya memuncak apabila Sofea diterima baik dan mempunyai ramai rakan dan disenangi guru di sekolah baru nya . Rupa paras yang comel dan sikap pemalu menarik perhatian pelajar lelaki senior. Nama Sofea asyik kedengaran di cuping telinga Mira . Pelajar lelaki di dalam kelas nya tak henti-henti memuji Sofea. Maka berbahang lah hati nya.

"Wei, korang tak tau ke Sofea
ada kakak tiri sorang kat sekolah ni?"

Mendengarkan khabar berita dari mulut Mira sebentar tadi berduyun lah mereka mengerumuni nya.

"Uih , sapa? sapa?? Mesti kakak Sofea tu lagi cun dari Sofea . Siapa orangnya??."

Mendengarkan pujian secara tidak langsung itu , Mira berasa bangga. Maka mengakulah Mira bahawa kakak tiri sofea itu adalah tidak lain tidak bukan diri nya sendiri.

Serentak hilang sinar harapan di wajah mereka setelah memdengar jawapan dari Mira yang masih tersenyum simpul. Melihatkan reaksi mereka, senyuman Mira mula mengendur.

"Kau buat lawak ke Mira? Apsal rupa kau dan Sofea macam langit dengan bumi je."

Tatkala mendengar ejekan mereka , wajah Mira merah terbakar. Maka terletus lah rahsia Sofea yang berstatus anak luar nikah dan arwah ibu Sofea yg sekadar menjadi wanita simpanan ayahnya.

"Memanglah cantik , kecantikan yang diwarisi dari mak dia yang gatal tu. Perempuan simpanan kot. Kalau tak cantik macam mana nak goda pikat laki orang. Mak jalang,anak haram. Dua-dua kotor!".

Melihatkan keseriusan Mira, mereka terdiam. Dua rakan baik Mira turut menambah rencah dan mengia kan cerita Mira.

"Maaf, aku bukan nak ejek lebih - lebih bidadari korang tu , tapi ni lah kenyataannya . Aku taknak korang tertipu dengan pribadi dan keterampilan Sofea".

Pelajar lelaki yang tadi berkobar- kobar mula tersentap. Berasa tertipu menyukai gadis yang sebegitu rupa.

"Lagipun kat rumah bukan main seksi lagi si Sofea tu pakai short pants tayang kaki gebu dia kat anak lelaki jiran sebelah". Tipu Mira.

Hati nya puas . Tersebarlah prihal keluarga Sofea di seluruh sekolah . Sebagai kakak tiri yang sah taraf, mereka melihat Mira sebagai mangsa keadaan. Rakan- rakan mula menjauhi Sofea.

SOFEAWhere stories live. Discover now