6

135 3 2
                                    

Nina menuju ke perpustakaan sekolah ketika waktu rehat pada pukul 10 pagi itu . Tugasnya selaku perpustakawan yang bertugas hari ini memerlukan Nina perlu segera bergegas ke sana .
Dirinya senang tatkala melihat keceriaan Sofea pagi tadi . Nina tersenyum manis . Fail ditangannya dipeluk erat . Nina terserempak Afran di pintu bilik perpustakaan . Senyuman di hadiahkan pada jejaka tersebut sebelum melangkah masuk ke dalam . Afran terpinga - pinga . Sungguh dia terkejut dengan keramahan yang ditunjukkan Nina sebentar tadi .
Ya , Afran masih ingat pada Nina yang sekelas dengannya di darjah enam ketika bersekolah di sekolah rendah . Gadis cilik yang bijak tetapi agak nakal dahulu . Petahnya bercakap banyak mengundang masalah pada diri sendiri . Afran selaku pengawas harus bertindak adil dan mencatat nama si penceloteh tegar . Namun Nina agak kurang setuju akan sikap Afran yang terlampau tegas . Sehinggalah pada suatu hari , gadis itu merencanakan operasi balas dendam . Ketika semua pelajar kelas 6 cemerlang berada di makmal sains , Nina dan seorang rakan subahatnya Halida menyelinap ke dalam kelas dan melakukan jenayah terancang tersebut . Beg sekolah Afran lah yang menjadi mangsa . Setelah selesai , mereka kembali ke bilik sains dengan senyuman jahat .
Hari itu cikgu mereka mengajak para pelajar membuat eksperiment cahaya . Teori pelangi yang telah diajar dipraktikkan . Cikgu Juriah mengajak seramai 34 orang pelajarnya ke ruang terbuka di taman sains . Sebesen air , cermin segi empat dan pancaran cahaya matahari . Maka bersoraklah para pelajar apabila terhasilnya pelangi 7 warna pada siling yang dibiaskan .
Setelah tamat sesi pembelajaran subjek sains tersebut , para pelajar kelas 6 cemerlang balik masuk semula ke dalam bilik darjah dengan wajah yang riang . Subjek seterusnya adalah matematik . Afran yang seperti biasa akan mengeluarkan buku pembelajaran terlebih dahulu sebelum cikgu masuk .
Dan alangkah gembiranya hati Nina apabila memandang kerutan yang terdapat di wajah Afran ketika budak lelaki itu membuka beg sekolahnya . Namun gelak tawanya sedaya upaya ditahan agar tidak tertangkap . Rakan - rakan Afran mengerumuni tempat duduknya . Masing - masing terkejut dengan keadaan isi dalaman beg tersebut .
Cikgu khadijah yang mengajar subjek matematik melangkah masuk namun tiada seorang pun pelajar yang memberi salam mahupun menyedari kehadirannya . Semua tumpuan terarah pada beg sekolah Afran dan wajahnya yang merah meradang . Cikgu khadijah berdehem kuat dan semua wajah polos para pelajar terarah padanya serentak . Suasana bilik darjah tetap sunyi sepi seperti dilanda kematian .

" Apa yang berlaku ? Kalau ada pelajar bawa buku komik cikgu akan bagi makan rotan . " Tegas cikgu khadijah .

" Bukan cikgu.. tapi.. " jawab kamil yang serba salah .

Cikgu khadijah menghampiri objek yang membuatkan para pelajarnya tercenggang itu . Beg sekolah Afran dijenguk . Kelihatan tepung gandum memenuhi setiap ruang dalaman beg yang terbuka . Buku - buku teks terkubur dalam timbunan tepung putih suci tersebut . Mata cikgu Khadijah membutang . Lantas suaranya meletus nyaring .

"Siapa yang buli rakan kamu nih?? Sebelum cikgu dapat tangkap , baik kamu mengaku ."

Matanya dijegil dan tangannya mencekak pinggang . Agak menakutkan apabila ekspresi wajah itu ditunjukkan . Wajah setiap pelajarnya diperhatikan setiap seorang . Semuanya hanya polos kecuali seorang pelajar perempuan yang kelihatan gementar . Pelajar tersebut diseru agar ke hadapan kelas . Maka kecutlah perutnya apabila disergah cikgu khadijah yang garang bagai singa itu .

"Halida binti Ismail ! Kamu ada kena mengena dengan hal ini?" Tanya cikgunya seperti seorang polis menyoal siasat banduannya .

Halida hanya mampu menggelengkan kepala . Bibirnya terketar - ketar tanpa suara yang kedengaran . Nina kini cemas . Rakan subahatnya mungkin akan membocorkan rahsia yang sudah pun hampir terluah dari bibir kecilnya itu . Setelah diugut akan dibawa ke mahkamah dan akan dihumban ke neraka seterusnya , Halida akhirnya memecahkan rahsia tersebut namun enggan melibatkan namanya sendiri .

"Tadi saya tengok Nina ada bawak tepung . Time subjek sains tadi saya ada intip ke dalam kelas . Nina pegi taruk tepung 3 kilo dari bungkusan dalam begnya ke dalam beg Afran , cikgu . Saya tak terlibat . Saya tengok ajerr . " jawab Halida dalam ketakutan .

Nina terkedu . Dia telahpun bersedia untuk mengaku salah namun setelah dikhianati rakannya sendiri , dia terdiam . Nina bingkas bangun dari tempat duduknya setelah suara Cikgu Khadijah mengaum memanggilnya kedepan . Semua mata terarah padanya . Setelah dipaksa mengaku kesalahannya beberapa kali , Nina hanya diam seribu bahasa . Akhirnya Nina diheret ke bilik pengetua .

"Selamat pagi Tuan pengetua . Ini saya bawakan pelajar nakal yang dah membuli rakan kelasnya sebentar tadi ." Lapor Cikgu khadijah pada guru besar , Encik Omar Bakri .

Pengetua tersebut terkejut apabila Cikgu Khadijah menerjah masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu .
"Tuan pengetua sila tegur pelajar ini sementara saya telefon kedua ibu bapa nya . " kata cikgu Khadijah seraya melangkah keluar seperti ribut.

Dia hanya mengganguk perlahan . Sejurus selepas itu wajah Nina ditenung tajam . Keluhan dihembus berat . Beberapa minit kemudian telefon bimbitnya berbunyi .

"Selamat pagi , saya guru kelas anak encik . Sila datang ke sekolah sekarang kerana anak encik terlibat dalam pembulian . " Tegas cikgu Khadijah .

"Ye , saya ayahnya kepada pelajar bernama Nina binti Omar . Sila kembali ke bilik saya , Cikgu khadijah . Jawab Encik Omar Bakri .

Cikgu Khadijah terlopong beberapa saat sebelum bertindak meletakkan gagang telefon tersebut terburu - buru . Sebagai guru baru , dia tidak menyedari hakikat bahawa pelajar nakal tadi adalah anak pengetua sekolah . Maka bergegaslah dirinya kembali ke bilik Pengetua .

"Saya tak habis cakap lagi tadi cikgu dah pergi macam ribut taufan . "

Encik Omar Bakri hanya tersenyum dan tenang duduk di kerusinya . Cikgu Khadijah pula terkulat - kulat .

"Saya serahkan pada Cikgu untuk menghukum anak saya yang nakal ni . Bagi hukuman yang setimpal . "

"Baiklah Tuan pengetua . "

Maka , bermulalah hukuman Nina . Setiap kali sepuluh minit sebelum masa rehat tamat hukuman dijalankan . Dia ditugaskan mengutip sampah di sekitar kantin selama sebulan . Malunya bukan kepalang . Halida pula turut sama mengekek tawa bersama rakan - rakan barunya pabila terserempak Nina yang sedang menjalani hukuman .

Sejak itu Nina menjadi pelajar baik dan berdedikasi . Dia kurang bercakap dan engan memperdulikan ajakkan rakan lain untuk persahabatan yang sia - sia . Gred matapelajarannya meningkat dan semakin cemerlang . Namun , Nina tidak pernah sekalipun meminta maaf pada Afran walaupun tahun berganti tahun dan kini mereka berdua berada di tingkatan 3 . Nina kini remaja perempuan yang sopan santun dan ramah . Pelajar kesukaan para guru .
Setelah mengambil tempat duduknya di hadapan komputer perpustakaan untuk memulakan rutin mingguan , barulah Nina tersedar . Dirinya terpaku . Matanya membulat . Senyuman yang dihadiahi pada seorang pelajar lelaki di depan pintu perpustakaan sebentar tadi adalah satu kesilapan besar .




SOFEAWhere stories live. Discover now