Sofea melangkah membelah lautan manusia di airport kuching . Keadaan hiruk pikuk namun Sofea engan memperdulikan dunia disekitarnya. Sofea sekadar tenang mengheret beg pakaian berodanya meredah kebisingan yang melingkar.
Empat hari balik bercuti ke Johor, Sofea kembali semula ke kuching, Sarawak . Dia sekadar memaklumkan pada ayahnya bahawa dirinya ingin melawat pusara ibunya dan mengambil angin menenangkan fikiran.
Beberapa hari yang lalu setelah mengetahui akan prihal pembulian yang berlaku ke atas anaknya Sofea, kemarahan Dato' Jamal meledak lantas menghubungi pejabat pengetua sekolah tersebut atas kealphaan mereka terhadap kes buli yang gagal mereka bendung dari awal dan mendesak agar tindakkan susulan diambil pada para pembuli. Dan demi untuk meredakan keadaan, tuan pengetua sekolah bersetuju agar para pelajar yang terlibat membuli rakan mereka tersebut akan dikenakan hukuman tatatertib dan digesa untuk memohon maaf setelah menjalani hukuman pengantungan sesi persekolahan selama dua minggu.
Kad kredit yang diberikan ayahnya dan sejumlah wang tinggalan ibunya yang banyak dalam akaun bank memudahkan perjalanan Sofea sepanjang lima hari tersebut .
Sofea menahan sebuah teksi yang dipandu seorang lelaki cina yang agak berusia . Pakcik tersebut membuka bonet teksinya lantas meletakkan beg pakaian Sofea ke dalamnya . Sofea melabuhkan punggung ke kerusi empuk teksi tersebut ."Mau pegi mana cik?"
"Perumahan Taman Natasha."
Pakcik tersebut menganggukkan kepala dan tersenyum ramah . Sepanjang perjalanan selama 40 minit tersebut , gadis tersebut hanya membuang pandang ke luar tingkap teksi . Kelihatan awan hitam berarak di kaki langit memberi petanda hujan akan turun bila - bila masa sahaja nanti .
Teksi merah kuning tersebut menyusur masuk ke simpang menuju ke perumahan Taman Natasha . Setelah menunjuk arah ke arah rumah yang ditujui , teksi tersebut berhenti betul - betul dihadapan pagar banglo milik ayah Sofea. Pemandu teksi itu lekas keluar dan membuka bonet dan memunggah keluar beg pakaian milik Sofea dan menutup kembali bonet teksinya kembali .
"Berapa uncle?"
"35 ringgit saja."
Sofea menghulurkan wang kertas not 50 kepada pemandu teksi tersebut .
"Keep the change, uncle." Ucapnya dengan senyuman manis seraya melangkah masuk menarik beg nya ke dalam .
Pakcik teksi tersebut mengucapkan terima kasih dan terus memandu keluar dari kawasan perumahan tersebut dengan senyuman .
Ketika baru setapak dua melangkah ke kawasan rumahnya, Sofea terpandang kereta ayahnya yang terparkir di satu sudut di tempat letak kereta rumah mereka.
Dato' Jamal yang baru menyedari akan kepulangannya sebentar tadi setelah dimaklumkan pembantu rumahnya lekas menyambut kepulangan anak gadisnya itu. Senyuman mekar diwajah manis Sofea, dia pantas berlari anak ke arah ayahnya lantas memeluk erat ayahnya dan ketawa riang .
Dato Jamal agak terkejut akan tindakan Sofea namun tetap memeluk kembali anaknya itu lantas mengucup lembut dahi Sofea.
Masih segar diingatan Dato' Jamal pada hari pertama Sofea dan dirinya bertentang mata. Mata Sofea sembab kemerahan dan tangisannya sukar dihentikan . Sofea meraung kesedihan ketika jasad ibunya diturunkan ke dalam tanah untuk dikebumikan.
Dato Jamal bergegas ke Johor apabila pembantu pribadinya memaklumkan bahawa kekasihnya, Nur Jannah terlibat dalam kemalangan maut. Hatinya hiba. Mereka telahpun merancang untuk menamatkan rahsia mereka dan melangsungkan pernikahan beberapa bulan lagi . Di tanah perkuburan islam tersebut hanya beberapa jemaah masjid setempat dan sekerat dua orang jiran tetangga yang hadir. Sofea hanya duduk keseorangan menahan kesedihannya. Dato' Jamal akhirnya memutuskan untuk membawa anak luar nikahnya itu kembali ke Sarawak supaya dapat menjaganya seperti yang diamanah oleh Nur Jannah suatu masa dahulu. Pada mulanya Sofea engan mengikut lelaki yang diangapnya amat asing tersebut.
Namun setelah beberapa hari ayah yang baru dikenalinya itu tetap memujuk agar dia dibawah jagaannya , Sofea akhirnya akur. Dirinya sebatang kara setelah pemergian ibu tersayang. Dato' Jamal pernah cuba untuk menunjukkan kemesraanya dengan mengusap lembut kepala anaknya itu, namun Sofea tetap menunjukkan kekekokan. Kini anaknya kelihatan mesra dan mampu menerima kehadiran dirinya sudah cukup membuatkan Dato' Jamal gembira .
Setelah meleraikan pelukannya, Sofea tersenyum manis dan mencium tangan ayahnya.
"Macam mana trip kamu ke Johor? Seronok?" Tanya ayahnya.
"Seronok. Tapi rindu giler kat ayah." Sengih Sofea.
"Ayah minta maaf sebab tak dapat teman Sofea makan angin tempoh hari. Kerja banyak. Masuk lah ke dalam dulu kita sambung berborak."
Dato ' Jamal mencapai beg beroda milik Sofea dan menarik beg tersebut masuk. Manakala Sofea masih kaku berdiri dihadapan pintu. Sofea menoleh ke kiri dan mengumam kecil.
"Masuklah. Ini rumah baru kau."
* * * * * * * * * * * * * * * * * *
Malam itu, mereka makan sekeluarga. Bibik Dini dan mak Ika menyiapkan masakan paling istimewa. Kehadiran ayahnya membuatkan Mira berpura - pura melayan Sofea yang duduk dihadapannya dengan amat ramah sekali. Adwin yang duduk disebelah Mira mencuri pandang pada wajah manis milik Sofea yang kelihatan amat ceria malam ini. Afran pula sekadar melayani twitternya sambil mengunyah makanan.
"Aww..seronok betul pegi sorang - sorang meronda Johor, tak ajak Kak Mira sekali Sofea nih." Kata Mira
"Mira kan busy dengan hari sukan tak lama lagi. Lagipun Sofea balik Johor sekadar nak tenangkan fikiran." Balas ayahnya.
"Lepas ni ayah harap tak ada lagi budak nakal kat sekolah buli Sofea. Kalau ada, bagitau ayah."
Dato' Jamal mengusap lembut ubun ubun Sofea. Mira menahan sakit hatinya tatkala melihat keletah Sofea yang manja terhadap ayahnya.
"By the way, budak mana yang jahat sangat buli Sofea tu?"
Mira berpura - pura ingin tahu walhal dirinya telah tahu. Gambar contengan pada meja Sofea yang disnap mengunakan telefon pintar milik kawanya dikongsi ke alam maya dan ada kalanya akan ditatap Mira untuk kepuasan hatinya.
"Hmm..budak kelas nama Jamilah ngan geng dia. Jahat betul pegi conteng meja Sofea." Jawab Sofea dalam nada manja .
Mira sekadar menganggukkan kepala perlahan. Dirinya agak hairan apabila Sofea kini agak berani untuk berborak dengannya.
"Apa yang diorang conteng kat meja Sofea sebenarnya?" Tanya Mira berniat untuk memancing kemarahan Sofea.
Kesemua mereka yang duduk di meja makan spontan mengalihkan pandangan pada Sofea.
"Anak perempuan jalang." Jawab Sofea dalam senyuman. Sepatah demi sepatah dengan jelas.
Riak wajah Dato' Jamal berubah. Sungguh hatinya terusik apabila anak luar nikah dan arwah kekasihnya dihina sebegitu rupa kerana dosa lampaunya. Suasana sunyi sebentar. Sofea menghiris stik daging bakar dipinggannya dengan pisau dan garfu.
"Lagipun setakat conteng meja tu apalah sangat." Sambung Sofea perlahan lantas memandang ke arah ayahnya.
"Apa lagi pekara buruk kaki buli tu pernah buat kat Sofea?" Soal Dato' Jamal ingin tahu.
Sofea memandang tepat ke arah Mira.
"Kak Mira pernah curah air sirap dalam cawan ke kepala Sofea kat kantin sekolah."
"Apa??" Dato' Jamal naik radang.
Mira terkejut bukan kepalang apabila Sofea berani membongkar rahsianya.
"Ap..apa yang Sofea cakap nih?" Kata Mira seraya menjengilkan matanya pada Sofea.
"Oh, maafkan Sofea, kak Mira. Sofea lupa kak Mira pernah cakap jangan bagitau kat ayah." Tutur Sofea lantas menutup mulutnya sendiri dengan kedua belah tapak tangan.
Tumpuan Afran pada smartphonenya terhenti dan dia turut merenung wajah kakaknya yang nyata pucat lesi saat itu.
Dato' Jamal memandang wajah Mira dengan amarah.
"Mira. living room, right now!"
Meletus nada amarah dalam suara garau ayahnya seraya dirinya angkat dari kerusi makan dan menuju ke ruang tamu. Mira lambat - lambat angkat dari kerusinya. Wajahnya tampak gelisah. Mira sempat menjeling bengis pada Sofea yang turut membalas jelingannya dengan renungan polos.
YOU ARE READING
SOFEA
HorrorSofea . Gadis berusia 15 tahun yang dipulaukan segelintir masyarakat disekelilingnya kerana statusnya sebagai anak seorang perempuan simpanan . Kehidupan seorang pelajar yang dibuli dan akhirnya tragedi tercetus apabila pembulian tersebut semakin me...