3

134 2 0
                                    

Sofea berlari anak lantas mendaki anak tangga menuju ke bilik nya di tingkat atas . Beg sekolah hanya diletakkan di lantai . Sofea memanjat katilnya dan menyembam muka ke bantal . Hati nya remuk. Ketika sesi pembelajaran subjek jasmani lewat pagi tadi , pelajar dipinta berpasangan untuk aktiviti bermain badminton . Namun tidak seorang pun yang sudi berteman dengannya. Malahan malang bagi Sofea pabila ketiadaan nina sahabat baiknya itu kerana demam pada pagi tadi. Akhirnya Sofea hanya duduk di tepi keseorangan sekadar memerhati.

Beberapa pelajar kelihatan berbisik menjeling tajam ke arahnya. Lantas gelak mengekek seketika kemudian. Kelopak matanya memerah namun sofea masih cuba menahan tangis. Masih ada lagi sisa kekuatan untuk diri nya melawan pembulian yang masih berlarutan.

"Ei.. bila lagi perempuan kotor tu nak blah dari sekolah nih ye. Menyemak betul." Sinis suara salah seorang rakan kelas yang duduk berdekatan.

Sungguh, Sofea ingin pulang ke Johor bahru . Namun dirinya hanya sebatang kara di sana. Arwah ibu nya enggan menceritakan kehidupan nya yang lalu kepada Sofea . Cukup bagi pengetahuan Sofea, ibunya adalah anak yang terbuang.

Air mata sukar dibendung lagi apabila semakin kuat bisikkan berbaur ejekan oleh budak perempuan kelasnya . Sofea akhirnya angkat kaki menuju ke kelas. Mujur bilik kelas tidak berpenghuni. Sofea menyembam muka ke meja nya berbantalkan lengan dan menangis teresak esak.

Seketika kemudian bunyi lonceng kedengaran menandakan waktu ke enam telah tamat . Seorang demi seorang dan akhirnya semua pelajar telah kembali ke kelas. Aroma bilik kelas yang tadinya harum segar kini bertukar menyesakkan rongga paru - paru . Hanya tinggal satu lagi waktu pembelajaran sebelum pelajar dibenarkan pulang . Dengan itu, menukar pakaian sukan kepada baju sekolah semula amat memenatkan. Maka bertahanlah mereka diselubungi bau peluh dan bermacam lagi bau kurang enak.

Sofea hanya mengangkat wajah nya apabila guru pendidikan seni, cikgu Jimmy melangkah masuk ke kelas . Baru sahaja cikgu Jimmy hendak mengeluarkan arahan, Athirah menjerit secara tiba-tiba.

"Dompet saya hilang cikgu!"

"Mana kamu letak?"

"Sebelum keluar kelas tadi
memang saya dah check , masih
ada . Sekarang dah hilang."

Cikgu Jimmy menegaskan agar Athirah memeriksa lagi secara rapi dalam beg sekolahnya . Habis buku dan barangan dalam beg nya dicurahkan di atas meja tulis. Ternyata dompet Athirah masih gagal dijumpai.

"Eh,tadi saya tengok sofea duduk seorang diri kat dalam kelas nih . Jangan - jangan . . . "

Jamilah antara pelajar terawal yang sampai ke kelas setelah lonceng bebunyi . Memang Sofea dilihatnya duduk seorang diri di dalam kelas namun tidak melihat sekiranya Sofea ada mendekati meja mahupun barangan milik Athirah.
Tumpuan kelas kini terarah ke arah Sofea . Dirinya tergamam apabila di pandang umpama seorang penjenayah . Lidahnya kelu kerana secara tiba - tiba dituduh melakukan pekara tersebut . Cikgu Jimmy akhirnya bertindak tegas meredakan suasana bilik kelas yang mula bising serupa pasar ikan.

"Sofea, kamu ada terambil dompet milik Athirah?

"Tak , demi tuhan..bukan saya yang mengambil dompet Athirah."

Jamilah dan beberapa rakannya yang lain mencebik. Mana mungkin seorang pencuri akan mengaku. Demi untuk memuaskan hati para pelajar yang bertindak menuduh sofea , cikgu Jimmy meminta agar Sofea kehadapan menunjukkan isi beg sekolahnya.
Sofea akur dan menuruti perintah cikgunya . Zip beg sekolah dibuka dan buku serta peralatan menulis diletakkan dengan cermat di atas meja guru sehinggalah isi dalam beg tersebut kosong . Wajah polosnya hanya memandang kosong ke arah rakan kelas . Tidak di jumpai dompet yang dicari . Mereka hanya diam membisu.
Cikgu Jimmy baru hendak menasihati perbuatan mereka yang menuduh sewenang - wenangnya , namun lonceng yang menandakan sesi persekolahan telah tamat berbunyi nyaring. Berpusu - pusu lah para pelajar melarikan diri.

"Jamilah , tunggu sebentar!" Perintah cikgu Jimmy.

Wajah Jamilah masam mencuka. Dirinya merengus benci lalu mendekati cikgu Jimmy.

"Sekarang , saya nak kamu minta maaf dari sofea atas tuduhan kamu tadi."

"Buat apa saya nak minta maaf dari orang macam Sofea nih. Entah awal awal tadi dia dah pergi sembunyi
dompet tu kat tempat lain."

Setelah menunjukkan sikap engan
Mengaku salah, Jamilah pantas berlalu pergi dengan rakan nya.
Sofea hanya senyum nipis seraya mengatakan kepada cikgunya agar bersabar dan beralah kepada perangai para pelajarnya yang belum matang. Jauh di sudut hati nya yang terluka, Sofea penat dan hanya ingin balik ke rumah dengan segera.

SOFEAWhere stories live. Discover now