Wajah Nina kelat ketika melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Sofea . Wajah kehairanan Afran ketika terserempak dengannya ketika dihadapan pintu bilik perpustakaan waktu rehat tadi menyesakkan ruangan mindanya . Nina menampar - nampar lembut pipinya sendiri . Sofea hanya duduk diam disebelahnya .
Nina menoleh pada Sofea disebelahnya dan menghembuskan keluhan berat . Dirinya berkira - kira hendak menceritakan kejadian sebentar tadi kepada rakannya itu sebelum niatnya terbejat apabila terpandang meja tulis Sofea .
Meja Sofea dipenuhi contengan ayat - ayat hinaan dan lucah . 'Sundal' ,'bodoh' , 'anak perempuan jalang' , 'berambus!' dan beberapa lagi tulisan yang ditulis mengunakan marker dan correction liquid paper . Nina tergamam . Tentu ada pelajar yang berdendam dan tidak puas hati pada Sofea telah melakukan pekara durjana tersebut . Sofea hanya diam membisu memandang mejanya yang dipenuhi contengan tersebut .
Nina memanggil nama Sofea dengan lembut untuk menyedarkan rakannya itu ke dunia realiti . Tangan Sofea dicapai dan digenggam erat . Sungguh hati Nina sakit melihat rakannya itu dibuli sedemikian rupa . Anak mata Sofea diarahkan perlahan lalu membalas pandangan mata Nina . Mata itu berkaca dan air mata akhirnya tumpah dipipi mulus milik Sofea .
"Siapa yang punya kerja ni ,Sofea?"
Sofea hanya mengelengkan kepalanya seraya masih cuba menahan tangis yang semakin teresak - esak . Hati Nina membahang . Lantas tengan Sofea dilepaskan dan Nina angkat dari duduknya .
"Hoi! Bangsat mana yang celaka gila pergi conteng meja kawan aku nih hah?!"
Pertanyaan tersebut terbiar sepi . Nina yang sering kelihatan lemah lembut pada hari - hari sebelumnya kedengaran kasar hari ini . Beberapa rakan kelas yang lain tercenggang dan terkejut besar akan perubahan Nina .
Geng Jamilah seramai enam orang yang berkumpul dimeja mereka dibelakang kelas hanya menjeling dan tersenyum mengejek . Beberapa kumpulan kecil pelajar lelaki yang baru melangkah masuk ke kelas kehairanan apabila suasana sepi dan dirasai ada ketegangan yang berlaku di dalam bilik kelas mereka ketika itu .Seorang daripada pelajar lelaki menghampiri Nina yang bercekak pinggang menghadap geng Jamilah lantas menanyakan prihal yang berlaku . Nina menunding jari pada meja Sofea seraya sebuah keluhan berat dihembuskan . Mama terjengguk - jengguklah beberapa pelajar lelaki tadi pada meja Sofea yang dipenuhi contengan . Wajah setiap seorangnya terkejut besar .
"Siapa yang buat meja Sofea macam tu?" Tanya Kamal .
"Itu aku tak tau . Bedebah mana ntah yang tak nak mengaku buat pekara sial macam tu ." Kata Nina dalam kemarahan seraya menjeling pada kumpulan Jamilah yang sedang berbisik - bisik .
Maka terloponglah mulut - mulut pelajar lelaki apabila mendengar bahasa kasar yang digunakan Nina yang sering kelihatan ayu itu .
Seketika kemudian , Cikgu Zainun melangkah masuk ke dalam kelas . Kamal dan rakan - rakannya bertempiaran mengambil tempat duduk masing - masing . Cikgu Zainun pelik melihat para pelajarnya tidak memberi salam seperti hari - hari biasa . Kelihatan semua mata masih terarah pada Sofea dan Nina . Cikgu Zainun akhirnya turut membuang pandang pada kedua - dua gadis tersebut sebelum matanya fokus pada contengan yang terdapat di meja salah seorangnya . Cikgu Zainun menghampiri mereka berdua yang sedang duduk diam . Meja Sofea dipenuhi kata - kata yang berbentuk provokasi . Pelajar itu masih terseguk - seguk menghabiskan sisa tangis .
Jantung cikgu Zainun luruh menyaksikan penindasan yang berlaku pada anak muridnya itu .
Cikgu Zainun menyentuh lembut bahu Nina dengan tapak tangannya seraya bertanya hal yang telah berlaku . Nina menceritakan semuanya dengan terperinci bermula dari saat dirinya baru masuk ke kelas setelah bertugas di perpustakaan hingga sekarang . Setelah mendengar pekara tersebut cikgu Zainun memandang semula pada contengan tersebut sejenak . Seketika kemudian Cikgu Zainun melangkah ke meja guru di hadapan kelas dan mengambil rotan runcing nya ."Ada sesiapa yang nak mengaku sekarang perbuatan jahat yang dah dilakukan pada Sofea?
Kelas sunyi sepi .
"Ataupun terlihat mahupun terlibat secara tidak langsung dalam pekara ini?"
Kelas masih dilanda kesunyian namun beberapa riak wajah di antara mereka seperti serba salah .
"Well , leave me no choice . Sila letak kedua - dua belah tangan kamu semua di atas meja masing - masing ."
Semua pelajar meletakkan tapak tangan di atas meja termasuk Nina dan Sofea . Tapak tangan Sofea diletakkan betul - betul di atas perkataan 'Anak Perempuan Jalang' yang berkedudukan di tengah - tengah meja tulisnya . Hatinya sebak semula .
Cikgu Zainun mula melangkah memerhatikan jari jemari para pelajarnya dari satu meja ke meja yang lain . Cikgu Zainun sempat menegur kuku jari Zulhaimi yang panjang macam kuku iblis .
Cikgu Zainun akhirnya berhenti di meja Nurul Asyikin . Wajah pelajar tersebut ditenung sedalamnya . Nurul Asyikin melarikan pandangan matanya dan kelihatan gementar . Cikgu Zainun menjatuhkan kembali pandangan pada jari jemari Nurul Asyikin dan Jamilah yang duduk disebelahnya . Kelihatan jari jemari mereka berdua dikotori sisa kotoran dari marker dan correction liquid paper yang sama seperti yang terdapat di meja Sofea ."Mana kamu sorok marker dan liquid paper tu?" Tanya Cikgu Zainun .
"Bukan kami pelakunya , cikgu ." Tergagap - gagap Nurul Asyikin menafikannya .
"Saya tanya mana marker dan liquid papernya?!" Bentak Cikgu Zainun hilang sabar seraya melibaskan rotan runcingnya ke meja Nurul Asyikin .
Rina yang duduk dimeja belakang Jamilah terkocoh - kocoh mengeluarkan sebatang pen marker dan correction liquid paper dari beg peralatan tulisnya yang berwarna merah jambu lantas menghulurkan pada Cikgu Zainun . Cikgu Zainun memandang pen marker hitam yang bertutup rapat dan liquid paper yang dilumuri sisa isinya yang putih itu . Hujung lengan baju kurung Rina turut dikotori dengan marker hitam tersebut .
Bahan bukti tersebut direntap kasar dari tangan Rina dan dihempas kuat oleh Cikgu Zainun ke atas meja Asyikin . Mereka mulai kecut perut .
"Sekarang , bagitahu Cikgu . Siapa punya idea buat rakan kamu macam ni?"
"Sa..saya tak boleh bagitau , cikgu . Saya tak nak khianat kawan sendiri ." Bicara Nurul Asyikin .
"Owh , Masih nak berlagak baik . Jadi kamu tak nak khianat kawan kamu tapi ada tak kamu terfikir tindakkan kamu tu dah mengguris hati Sofea ?
"Tapi ... "
"Dengar . Membuli tu satu tindakkan yang dikeji . Menconteng meja tu dikira vandalisme . Merosakkan harta benda sekolah . Kamu akan dikenakan tindakkan buang sekolah.!"
Mata Nurul Asyikin membutang tatkala mendengar ugutan tersebut . Nurul Asyikin mengelabah lalu menoleh ke kiri memandang sahabat baiknya itu. Jamilah hanya diam membisu .
"Kalau kamu mengaku sekarang , Cikgu akan kurangkan hukuman ."
"Sa..Saya ...tak ..bukan.. kami berenam yang conteng meja Sofea pada waktu rehat tadi ." Akui Nurul Asyikin akhirnya.
"Bagi saya nama ." Arah cikgu Zainun.
"Saya , Jamilah , Rina , Mastura , Bibi Aisyah dan Husna , Cikgu ." Kata Nurul Asyikin lambat - lambat .
Cikgu Zainun mengarahkan Hafizal selaku ketua kelas mencatit nama - nama tersebut ke atas sekeping kertas . Setelah selesai , kertas itu diserahkan pada Cikgu Zainun .
"Sekarang cikgu nak kamu berenam sahabat selamanya ni pergi minta maaf dengan ikhlas kat Sofea ."
Nina menjeling tajam ketika mereka berenam menghampiri mejanya dan Sofea . Sofea masih memandang tak berkelip pada contengan dimejanya . Jamilah dan rakan - rakanya kini tegak berdiri di hadapan meja milik Sofea . Cikgu Zainun bercekak pinggang berdiri bersebelahan dengan Nina .
"Sorry lah . Aku dah tulis pasal diri kau kat meja tu." Sempat Jamilah mengejek .
Rina menyiku lengan Jamilah . Jamilah seorang yang engan merendahkan ego nya . Cikgu Zainun baru sahaja hendak menengking gadis biadap itu apabila Sofea tiba - tiba berdiri tegak dan memandang tajam jauh ke dalam anak mata hitam milik Jamilah .
"Aku akan buat korang menyesal hidup dalam dunia ni ."
YOU ARE READING
SOFEA
HorrorSofea . Gadis berusia 15 tahun yang dipulaukan segelintir masyarakat disekelilingnya kerana statusnya sebagai anak seorang perempuan simpanan . Kehidupan seorang pelajar yang dibuli dan akhirnya tragedi tercetus apabila pembulian tersebut semakin me...