Jam menunjukkan pukul 6 pagi , Sofea bingkas bangun . Dirinya harus segera bersiap untuk ke sekolah . Mujur bilik air disediakan di setiap bilik tidur di rumah tersebut . Maka tidak perlu menunggu lama untuk giliran masing - masing . Sofea mandi dengan tenang .
Setelah siap berseragam sekolah , dia menuruni anak tangga dan menuju ke dapur . Kelihatan Afran turut berada di meja makan menghirup kopi nya . Terdapat beberapa bungkus nasi lemak dan roti bakar tersedia sebagai menu sarapan pagi itu .
"Duduklah." Pelawa Afran sambil lewa .
Sofea hanya mengangguk perlahan dan duduk agak jauh dari Afran . Afran seusia dengan nya namun berada di kelas berlainan . Sofea kerap bertembung dengannya lantaran kelas mereka berada di blok bangunan yang sama . Namun Afran sering mengelak bertentang mata dengan nya . Sofea amat memahami akan hal tersebut dan akhirnya akan menundukkan pandangan sekiranya terserempak Afran di tangga bangunan kelas .
"Jauh betul duduk ." Tanya Afran sekilas memandang tak berkelip .
"Er.. tak pe .. duduk sini pun ok je."
Pagi itu Afran berubah sikap . Dirinya membalas renungan Sofea bersahaja . Jauh di sudut hatinya berasa belas terhadap Sofea yang disisihkan . Malah kejadian semalam masih segar di minda Afran . Abang nya yang pendiam selama ini akhirnya menunjukkan belang . Sanggup menodai seorang gadis yang bertaraf adik tiri atas desakkan nafsu serakah . Abang nya Adwin engan keluar dari biliknya sejak petang semalam setelah menjerit histeria menyaksikan snowie , kucing kesayangan Mira mencakar poster anime One Piece limited edition yang ditampal di dinding biliknya . Adwin dilanda kemurungan melampau .
Sofea cepat cepat menghabiskan teh nya setelah mendengar derapan kaki menuruni anak tangga . Sejenak kemudian , Mira yang lengkap berpakaian seragam sekolah terpancul di pintu menghubungkan ruang makan dan tangga .
Tiada segaris senyuman yang terukir diwajah kakak tirinya itu . Mira membuang pandangan benci kepada Sofea . Faham akan jelingan itu , Sofea bingkas bangun dan menyandang beg sekolahnya ke atas bahu lantas berlalu pergi .
Ketiadaan ayahnya dirumah bermakna Sofea terpaksalah menaiki bas ke sekolah . Mira dan Afran pula dihantar pak Yunus yang diupah ayahnya sebagai drebar ke sekolah . Mira telahpun memberi amaran pada Sofea agar tidak berkongsi kenderaan bersamanya pabila ayah mereka tiada di rumah .
Afran hanya memandang Sofea berlalu pergi . Berada di antara perang dingin antara dua perempuan adalah tindakkan kurang bijak . Sebaiknya petelingkahan tersebut diselesaikan tanpa campur tangan orang lain .
Afran mencapai beg sekolahnya lantas berdiri .
" cepat sikit , Afran tunggu kak Mira dalam kereta .
Mira mencebik . Dirinya baru menuang minuman coklatnya ke dalam mug . Mana mungkin dirinya ingin tergesa - gesa . Mira menikmati nasi lemak dengan perlahan . Super perlahan .
Lima belas minit berlalu , Afran yang keluh kesah menunggu bersama pak Yunus di dalam kereta masuk semula ke dalam rumah hanya untuk bertembung dengan kakaknya di muka pintu utama rumah ."Eh , apsal masuk balik ke rumah . Dah lewat nih baru kau ingat ada lupa barang ke ?"
Afran hanya mendengus marah lantas masuk kembali semula ke dalam perut kereta . Sikap Mira yang suka berlengah dan lewat ke sekolah buat sel otak Afran gagal berhubung . Malah membuatkan mood nya hari itu mendung . Keluhan berat dihembuskan apabila Afran menilik jam di tangan kirinya yang menunjukkan kurang 7 minit lagi pagar sekolah akan ditutup rapat .
* * * * * * * * * * * * * *
Sofea melangkah turun dari tangga bas . Beberapa orang pelajar sekolah turut berkongsi destinasi yang sama dengan nya . Mereka kelihatan riang ceria bersama rakan masing - masing . Sofea hanya memandang kegembiraan kelompok remaja tersebut yang turut berjalan di hadapannya . Sekurang - kurangnya keriangan tersebut dapat dirasai nya pagi itu walaupun hanya menumpang suasana sahaja . Senyuman akhirnya terukir di bibirnya .
Wajah Sofea kelihatan ceria apabila melangkah ke dalam kelas . Nina yang duduk di sebelah meja tulisnya disapa penuh girang . Nina yang menyedari Sofea lebih ceria pagi itu turut menyenangi mood nya hari itu setelah beberapa hari wajah polos itu bermuram sahaja .
"Aw..ada hal best jadi ke?"
Sofea mengeleng kepalanya perlahan . Senyuman manis tak lekang dari bibirnya . Setelah duduk di kerusinya , Sofea memulakan bicara .
" Saya just terfikir , buat ape nak sedih kalau ada kawan paling baik kat sisi time macam nih . Asalkan awak ada , Nina . Dah cukup buat saya ."
Nina terharu mendengar tutur kata Sofea . Baginya latar belakang dan sejarah keluarga seseorang tak sepatutnya menjadi tali ukur dalam menjalinkan persahabatan . Sahabat yang sejati adalah sahabat yang menerima segala kekurangan kita . Nina menggengam erat kedua belah tangan Sofea dan mereka ketawa riang berbalas pandangan .
Beberapa pelajar lelaki kelas mereka yang bergurau senda berhenti apabila terpandang senyuman ceria Sofea . Wajah comel Sofea bertambah menarik apabila senyuman tersebut menampakkan lesung pipit di kedua pipinya dan dua gigi taring yang comel di gusinya . Gelak tawa Sofea yang halus turut mencairkan hati mereka . Selama ini mereka menjarakkan diri dari Sofea kerana hasutan dan dipaksa berbuat demikian oleh rakan perempuan yang lain .
Sedetik kemudian , mereka pantas mengerumuni Sofea dan Nina lantas mengucapkan salam pagi serta bertanya khabar .
Wajah para pelajar perempuan yang turut berada di dalam kelas berubah kelat . Mereka duduk di meja paling belakang dan akhirnya becok mengumpat Sofea dalam kumpulan kecil mereka . Wajah masing - masing dirundung mendung gelap akibat hasad dengki yang menjalar dihati dan jiwa .
YOU ARE READING
SOFEA
HorrorSofea . Gadis berusia 15 tahun yang dipulaukan segelintir masyarakat disekelilingnya kerana statusnya sebagai anak seorang perempuan simpanan . Kehidupan seorang pelajar yang dibuli dan akhirnya tragedi tercetus apabila pembulian tersebut semakin me...