'Let bygones, Be bygones'
Pandangan sepi dilontarkan di tanah perkuburan shah alam pada pagi itu. Orang ramai yang turut berada disitu rata-rata melontarkan pandangan yang sama. Sepi, sedih, berduka. Senonim dengan tanah perkuburan yang sepi suasananya. Mereka juga tidak berkata dan apabila bercakap dalam keadaan yang sangat menjaga suara.
'Min. Sabar ye sayang. Kuatkan diri. Yang pergi tetap akan pergi. Kita yang masih hidup harus teruskan kehidupan' begitulah yang sedari tadi Min mendapat kata-kata semangat dari orang sekeliling. Min hanya mampu berdiam. Sejujurnya sakit dihati kerana kehilangan orang tersayang amatlah derita.
'Min tahu kak. Tapi kak, dia da janji dengan Min kak nak bertunang dengan Min. Kenapa kak. Kenapa dia tinggal Min kak. Sakit kak Min sakit'
'Akak tahu Min akak tahu. Tapi ini semua ketentuan Tuhan. kimi pergi tinggalkan semua disini. Family akak kehilangan seorang harta yang sangat berharga. Umi dan abah lagi sakit Min' Firza memeluk Min memberi ketenangan dan kekuatan.
Dia tahu derita yang dialami oleh Min tapi dia juga rasa kehilangan itu. Apatah lagi Hakimi Ryzal adalah adiknya. Teringat saat-saat meluangkan masa bersama arwah sebelum pemergiannya mengundang duka dan air mata menjadi bukti.
Disaat akhir pemergian arwah, Kimi tidak menunjukkan sebarang tanda yang pelik malah Kimi membawa Min meluangkan masa bersama keluarga mereka. Iya. Mungkin itulah tandanya. Kimi mahu menghabiskan sisa hidupnya bersama orang² yang dicintainya.
Memang Kimi sangat gembira pada waktu itu. Sentiasa mendamping diri dengan kekasih hati Min sehinggan naik rimas Min dengan Kimi pada waktu itu. Apabila dimarah, dengan tenang Kimi menjawab, biarlah. Ni je masa yang Kimi ada nak manja² dengan Min omey²
Mungkin itulah tandanya tapi kami semua tidak peka untuk menangkap maksud tersirat Kimi. Min juga gembira dapat bermanja dengan kekasih hatinya setelah menjalinkan hubungan ini dari sekolah menengah lagi. Hubungan mereka bersama keluarga pun jadi rapat.
'Min lemah kak. Min hilang kekuatan Min kak. Macam mana Min nak teruskan hidup Min bila Min jatuh, Kimi sentiasa ada sebelah Min dan dia kekuatan Min' Min mula teresak-esak kembali.
Air mata ini akan dia pastikan jatuh buat kali terakhir dan selepas ini tidak akan ada lagi. Dia berjanji dengan dirinya.
'Min dahla tu min. Umi taknak tengok anak umi menangis macam ni sayang. Kuat ye Min. Kimi mesti taknak tengok sayang dia menangis macam ni. Kita kuat sama² ye sayang.' Umi pula datang entah dari mana dan memberi kata semangat.
Min terus meluru ke arah umi dan memeluk erat. Disitulah dia menhembuskan semua kesakitannya. Pedih hati ahli keluarga melihat derita Min kehilangan Kimi. Mereka faham apa yang Min rasa.
'Sabar Min. Kimi taknak tengok Min macam ni. Abah pun tak suka tengok anak abah menangis macam ni. Min kuatkan diri. Kita balik ye Min. Nanti kita datang jenguk Kimi lagi' pujuk abah
Min melepaskan pelukan dibahu umi. Iya. Dia mahu pulang. Dia penat mengharungi hari yang sangat panjang ini. Sejak mendapat berita kematian Kimi, matanya tidak berhenti mengalir. Badannya perlu berehat.
Sayang. Min takkan pernah lupa kenangan kita bersama. All the memories we been thru together are sucha priceless. Kimi tenang disana sayang. Sentiasa ada bersama Min ye. Min janji Min akan kuat walaupun Kimi tidak ada bersama Min. I love you for the rest of my life sayang. Rest in peace there.
YOU ARE READING
hero manis dan cik gadis beku
RandomAlissa tidak pernah terfikir kehilangan orang tersayang sangat menyakitkan tetapi Alissa tidak sedar Tuhan sedang menggantikan sesuatu yang lebih indah :)