Alissa memerhati gelagat teman² nya yang riuh dengan aktiviti masing². Kecohnya dalam dewan kuliah ini sehingga membingitkan telinga Alissa yang sememangnya bercanggah dengan sifat semula jadinya yang satu itu. pendiam.
Alissa mengeluarkan iPod nya dan seperti biasa. Mencocok lubang telinganya dengan earphone dan mendengar lagu. Matanya tetap meliar memerhati suasana didalam dewan besar ini. Entah kenapa terasa sejuk dewan ini lain dari keadaan biasa. Nasib jugala hari ini dia membawa sweater. Standby. Ada gunanya juga.
Alissa dan dua temannya ini memang akan mengambil tempat yang paling atas ataupun belakang. Menjadi kebiasaan mereka. Lagipun, kebanyakkan pensyarah tidak pernah mengambil tindakan atau menegur kerana mereka sememangnya antara pelajar cemerlang dan fokus sentiasa didalam kelas. Jadi jangan pernah heranlah jika mereka tidak pernah dimarah atau ditegur oleh semua pensyarah.
Sedang ligat memerhati gelagat pelajar, mata Alissa terpaku pada seorang pelajar lelaki ini. Errrr. Dia kenal dengan lelaki ini. Walaupun tidak kenal sedalam mana. Tapi cukup juga la informasi yang mengatakan lelaki ini adalah salah satu hot guy dalam Universiti ini. Inipun dia tahu kerana Zarul dan Janna yang sentiasa ada sahaja cerita mengenai lelaki ini.
Mohd Fikri Ryzal. Ye. Dia masih ingat nama yang sering diucapkan oleh dua temannya itu. Ryzal yang bijak dalam segala segi akademik mahupun kokorikulum. Ryzal yang baik budi pekertinya. Menjadi bualan pelajar wanita disini. Entah. Yang pasti, antara ramai2 wanita yang tergila-gilakan Ryzal, Alissa terkecuali. Alissa sedikit pun tidak menunjukkan minatnya pada Ryzal.
Tak semena Ryzal menghadiahkan sebuah senyuman kepada Alissa. Alissa beku. Seperti biasa. Dingin dan terus mengalihkan pandangan kearah lain. Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Terasa menyesal juga pergi memerhati gelagat teman2 sekuliahnya. Kaca mata dibuka. Menggosak2 matanya. Terasa gatal. Dan memakai semula.
Alissa memang rabun tetapi dia hanya memakai kaca matanya bila khidmat siKaca diperlukan. Dia meletakkan kepalanya diatas meja. Terasa lama sangat menunggu sir Izz untuk sampai ke kelas. Jarang sir Izz lambat masuk ke kelas. Mungkin adalah tu halnya. Tapi kalau ada hal baik dari mula kata batal. Lagi syok dapat tidur kat rumah. Haihhh. Dengus hati Alissa. Melihat disebelah kirinya Zarul yang sedang melihat notanya. Ahh Zarul memang ulat buku. Tidak hairanlah. Janna pula sedang ralit melihat iPhone nya. Yang pasti Alissa mula rasa sangat buang masa berada didalam dewan ini.
Melihat ke bawah. Memandang pintu hadapan berharap sir Izz dengan segera masuk tetapi hampa. Alissa mula membuat habitnya. Suka mengembungkan mulutnya. Membuat memek² muka apabila bosan. Dan gotchaaaaa! Ryzal mencuri pandang ke arahnya lagi. Alissa mula tidak berasa selesa. Membetulkan cara duduknya agar kelihatan lebih formal dan pusing menghadap kearah kawannya.
"Guys. Where is him? Sucha wasting time we are here waiting for him. I sleepy ni," Alissa mengeluarkan ketidakpuasan hatinya.
Janna tersenyum. Zarul menutup notanya. Pelik. Mereka dua pun tak tahu kenapa sehingga sekarang sir Izz masih tidak sampai ke kelas.
"Saya mana tahu. Entah manalah sir Izz ni. Jarang dia masuk kelas lambat. Eh. Bukan jarang la. Tak pernah langsung. Ni da lewat sangat ni setengah jam da" kata Zarul.
"Kalau bz sangat, roger jelah kata kelas cancel. Ni tak, entah apalah sir ni. Baik balik rumah tidur," Janna pula mengeluarkan ketidakpuasan hatinya.
"Eh jom la keluar. Confirm ni kelas batal. Sir tak masuk² pun" Alissa mengajak untuk pulang
Hatinya sudah tiada mood untuk belajar lebih kepada melayang ke rumah dan dalam bilik tidurnya. Tidak pula pada Zarul dan Janna. Mereka agak serba salah.
"Tak kot you. I masih nak tunggu sir. Mungkin kejap lagi masuk la tu. I tunggu lagi sekejap." Ucap Janna
"Same goes to me Lissa. Awak nak balik, balik la. If sir Izz masuk ill let him know you are not feeling well and will give you refer my note," kata Zarul
Hmmm. Alisaa membuang pandang kearah pintu hadapan dewan semula. Hampa! Tiada lagi bayangan sir Izz. Haihhh la orang tua ni lain kali cakap jela kelas cancel. Menyusahkan betul! Maki Alissa. Selang beberapa minit, Alissa menganggukkan kepalanya. Zarul dan Janna masih setia memerhati Alissa. Masing² berkira apakah yang Alissa mahu lakukan.
Alissa mula menggemas segala stationary dan buku ke dalam beg sandangnya. Siap! Detik hati Alissa. Dia memandang rakan² nya.
"Guys. I going back now. If anything roger ok" ucap Alissa.
"Will do babe. You terus balik jangan nak melilau ketempat lain pulak." Pesan Janna. Alissa hanya mengangguk.
"Hati² drive Lissa" pesan Zarul
Alissa mula melangkah kepintu dewan yang belakang. Malas pula mahu ikut dari arah hadapan sementelah malas mahu menggamit perhatian pelajar2 yang lain. Dengan tidak beriak Alissa membuka pintu dewan itu dan
"Ouchhh!" Alissa mengaduh sakit.
"Eh sorry Alissa. I didn't expect you would open this door while you should seat on in your place," ucap Sir Izz
Aduh mamat ni sakit bengong siku aku. Aduh... Yang dia tak pernah² masuk dari pintu belakang da kenapa masuk dari belakang pulak. Pastu nak perli² aku. Pungkok hang la! Maki Alissa dalam hati
"Than i think you forget that my kidney still working on and i need to go to toilet or you wanna accompany me uhhh?" Balas Alissa pedas
Terdiam seketika sir Izza dengan pelajarnya ini. Salahnya juga memerli Alissa sedangkan sudah terang salahnya yang telah lambat masuk ke kelas.
"Sorry Alissa. If you wanna go to toilet, u may go. Sorry to keep you waiting me," segera sir Izz meminta maaf tidak mahu kejadian ketika ini menjadi perhatian kepada pelajar² yang masih tidak sedar tentang kehadirannya.
Alissa hanya diam dan bersedia mahu keluar.
"Excuse me sir," Alissa meminta keizinan sekaligus mengharapkan sir Izz boleh memberinya ruang untuk berjalan
"Eh sorry again. Errr Alissa. I will start my lesson right after you coming in" balas sir Izz
Siot! Sengaja la tu. Nampak sangat dia tahu aku nak balik. Kantoi pulak da. Yang kau pun ingat cerdik sangat kan. Hurmm. Taktik tak menjadi. Cadangnya memang nak terus balik tapi da dengan apa sir Izz cakap, memang dia harus ke tandas dan pulang ke dewan ini dengan segera.
Alissa mengangguk dan segera meloloskan dirinya ke luar dan menuju ke tandas. Seketika, matanya menangkap gerak geri Ryzal yang sedang memerhati dirinya dan sir Izz. Apa yang dia nak? Detik hati Alissa
YOU ARE READING
hero manis dan cik gadis beku
RandomAlissa tidak pernah terfikir kehilangan orang tersayang sangat menyakitkan tetapi Alissa tidak sedar Tuhan sedang menggantikan sesuatu yang lebih indah :)