Alissa termenung memandang swimming pool rumahnya. Alissa duduk di kerusi diluar rumah yang disediakan. Ralit mindanya memikirkan tentang hal² yang merunsingkan mindanya. Namun begitu, wajahnya sedikit pun tidak menunjukkan kerutan. Wajahnya dingin seperti selalu.
Puan warda berjalan ke arah anak bongsunya ini. Sedih hati tuanya yang masih memikirkan anaknya masih mengingati kekasih hatinya yang sudah 3 tahun meninggal dunia. Entah bila Alissa mahu jadi seperti dulu yang riang dan lembut dengan semua orang. Tapi doanya tidak pernah putus agar suatu hari nanti anaknya akan bahagia dan mula tersenyum.
Perlahan dia memegang bahu Alissa. "Adik. Menungkan apa tu nak?" Ujar puan Warda
"Takde apa pun ma. Adik fikir next week final year dah. Then adik da habis stdy. Rasa da tua pulak adik ni ma." Alissa senyum kecil.
Puan Warda ketawa kecil. " adik umur dah 23. Lepas degree ni nak sambung master ke adik?" Tanya puan Warda.
Alissa termenung kecil. Tidak terfikir jauh lagi untuk menyambung pelajarannya sementelah kepalanya rasa nak pecah dengan pelajaran yang tak pernah berhenti.
"Tak tahu lagi ma. Adik mungkin nak rest dalam sebulan sambil hantar resume kat syarikat. Maybe i wanna work first and gain a working experience,"
"Mama follow je your ways. As long as you think good for you. Hmm adik," puan Warda memandang Alissa sebelum menyambung percakapanya.
".. Adik da ada boyfriend baru ke? Mana la tahu mama boleh dapat menantu lepas adik habis belajar," puan Warda soal dengan niat mahu tahu apa yang terkandung dalam isi hati anaknya.
"Ma... Not now please. Adik tak terfikir langsung. Adik just wanna focus my final n studies solely not even think about it. Adik tak bersedia." Balas Alissa lancar tanpa memandang muka puan Warda. Alissa tidak suka soalan mamanya itu tapi itu sajalah yang kerap ditanya bila dia pulang ke Shah Alam.
"Tapi adik you know if you change yr attitude to be morn for the rest of your life it would never changing what happened before"
"I dont want n i hate talking bout this. I terminating this conversation. Im off" Alissa terus berlalu meninggalkan mamanya dan naik ke biliknya. Sakit hatinya menahan rasa hati mahu menangis mengingati si dia.
Puan Warda hanya mampu memandang Alissa dan berdoa agar suatu hari nanti anaknya akan bahagia.
YOU ARE READING
hero manis dan cik gadis beku
RandomAlissa tidak pernah terfikir kehilangan orang tersayang sangat menyakitkan tetapi Alissa tidak sedar Tuhan sedang menggantikan sesuatu yang lebih indah :)