Alissa memandang dewan besar itu dengan tiada berperasaan. Tidak pulak bagi Janna yang seakan tidak senang duduk memikirkan ramai tetamu yang akan ada pada malam ini. Puas ditilik dirinya dari atas sehingga kebawah. Singkat ke dressnya? Sesuai ke untuk ke majlis ini? Nampak cantik ke tidak dress ini dengannya? Semua persoalan berlegar-legar dalam mindanya. Zarul juga berdebar. Tapi debarnya malam ini lain dari yang lain. Perasaan nervous ini tidak sama seperti nervous ketika saat melakukan presentation ataupun ketika mahu menghadap prof hashim kerana kesalahan yang dilakukan. Ibi lebih dari itu. Zarul nekad mahu melamar hati Janna menjadi kekasih hatinya kerana pastinya selepas final exam pastinya mereka semua sibuk dengan jadual masing² dan dia tidak mahu putus hubungan dengan gadis manis jelita yang secara diam sudah mencuri hatinya dan berjaya membolak-balikkan perasaannya saban malam.
Alissa memandang dirinya yang dihias sempurna oleh Janna. Walaubagaimanapun dia harus mengaku dan memberi pujian kepada touch hand Janna kepada dirinya kerana dia sendiri melihat wajahnya atau dirinya begitu berbeza di cermin kereta Zarul ini. Iya. Mereka kini sudah sampai dan mereka bertiga berdiri disisi kereta Zarul. Masing2 gugup melainkan Alissa yang hanya mahu balik dan tidur.
"Ok girls. Lets go. We do have some matters to do so and please be very enjoy tonight." Ucap Zarul semangat selain cuba membuang perasaan kurang enak itu di dalam dirinya.
Janna tersenyum dan mengangguk bersetuju dengan kata² Zarul dan dia seboleh mungkin mahu enjoy malam ini kerana malam ini merupakan detik terakhir mereka bersama di Universiti dan selepas ini mereka akan menempuh alam baru yang lebih mencabar sebagai pekerja dan mengenal erti hidup sebenar. Perlahan tangan Janna memaut lengam Zarul dan dengan selamba Zarul mengelus perlahan tangan Janna yang berasa di atas lengannya. Alissa tersenyum kecil. Benarlah kata hatinya tidak meniou bahawa dua sahabat baiknya ini memendam perasaan yang sama cuma masih tidak mahu meluahkan. Perlahan Alissa mengorak langkah mengikut pasangan manis ini dari belakang.
"Heyy Alissa. You look soo different tonight," baru sahaja masuk ke dewan besar ini, madam kwong salah seorang pensyarah sudah memuji dirinya.
"Thank you mem. You also looked nice," Alissa membalas pujian. Melihat pensyarah yang berumur 35 tahun ini yang masih mempunyai tubuh badan yang menarik walaupun sudah mempunyai 4orang cahaya mata. Siapa saja yang tidak tahu dengan madam Kwong yang sememangnya seoarang pensyarah yang bijak dan cantik.
Alissa sudah perpisah dengan pasangan manis itu dan mula membawa langkah seorang. Alissa berjalan di sudut bar untuk mendapatkan segelas air sementelah tekaknya terasa dahaga. Alissa memandang kosong pada lelaki² yang sedari tadi memandang dirinya dan membisik diantara satu sama lain dan Alissa sedikit pun tidak menunjukkan sebarang minat mahu mengetahui apa sebenarnya mereka sedang utarakan tentang dirinya. Alissa juga tidak menunjuk riak apa² kepada wanita² yang memandang dan memujinya cuma apabila ada beberapa pelajar perempuan yang menegur dan memujinya, Alissa membalas dengan senyuman.
Alissa mula berasa bosan dengan suasana ceria dan meriah di dalam dewan besar ini. Alissa duduk disalah satu meja yang disediakan berseorangan. Dia lagi suka bersendirian dibandingkan berkumpul dengan pelajar² yang lain sama ada berkelompok lelaki atau perempuan ataupun bercampur jantina.
"Hello Liss. May i sit here?" Tegur seoarang lelaki berdiri tegak disisinya.
Alissa memusingkan badanya sedikit ke kiri dan melihat siapa empunya badan. Oh Hafiz. Lelaki baik dan digelar nerd di serata kampusnya dengan gelaran budak library.
"Yes you may." Alissa menjawab ikhlas. Dia kenal juga lelaki ini. Mereka pernah digandingkan bersama dalam melakukan presentation. Dan Alissa tidak pernah memandang rendah pada Hafiz. Bahkan Alissa rasa Hafiz kacak cuma Hafiz tidak pandai bergaya seperti Zarul ditambah spek Hafiz yang kelihatan old-fashioned.
YOU ARE READING
hero manis dan cik gadis beku
RandomAlissa tidak pernah terfikir kehilangan orang tersayang sangat menyakitkan tetapi Alissa tidak sedar Tuhan sedang menggantikan sesuatu yang lebih indah :)