Bab 7

82 2 1
                                    

Alissa tersenyum pada pakcik teksi itu. Cuba sedaya mungkin menbuang perasaan hiba didalam hati ini. Kenangan yang sangat manis dan sentiasa manis apabila bersama yang tersayang. Dia kena kuat. Dia pasti Kimi juga tidak mahu melihat dia duka sebegini. Sudah ajalnya tiba. Tiada siapa yang mampu untuk melawan kuasa Allah serta takdir manusia.

Alissa terus sahaja keluar dari teksi seusai membayar wang tambang teksi itu. Terus sahaja kakinya melangkah ke arah pintu pagar besar rumah Janna. Menekan loceng dan menunggu pintu terbuka. Berkerut dahi Alissa menahan terik matahari.

Apabila pintu pagar automatik terbuka, Alissa pun mula berjalan masuk dan melihat Janna yang hanya memakai seluar pendek beserta tshirt fit sedang senyum melambai ke arahnya. Alissa maju kehadapan dan terus Janna memeluk dirinya.

Duh si Janna ni. Macam tak pernah jumpa setahun. Kutuk Alissa dalam hati. Tapi tetap juga Alissa memeluk Janna.

"Why late? Saya baru nak call awak tau. Da la dinner start at 8. Kita ada beberapa jam je lagi ni," bising Janna.

Alissa menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak tahu apa yang perlu dia balas. Rasanya sudah cukup awal dia sampai rumah Janna ni.

"Eh, kereya mana? Datang dengan siapa ni Lissa?"

"Saya naik teksi tadi. Lagipun malam ni kan Zarul ambik kita. Malas pulak nak drive."

"Laaaa. Asal tak call saya. Saya boleh ambik awak la Lissa."

Alahai  makcik ni. Banyak pulak soalan. Dia tak tahu ke aku da panas dekat luar ni. Haihhh. Sabar la Lissa.

Alissa hanya diam. Malas untuk menjawab dan bukan niatnya mahu menipu tentang keretanya cuma dia malas mahu membesarkan cerita apatah lagi jika Janna tahu Sir Izz yang menghantarnya semalam pasti becok mulut gadis ini dengan soalan yang tidak putus².

Janna yang faham dengan perangai Alissa yang dingin ini terus tersenggih dan mengajak Alissa masuk ke rumah. Sedar kesalahannya yang satu ini.

"Babe. Saya saya solat asar dulu then kita baru siap² ok." Ucap Alissa.

"Okay Alissa."

                          *******        
Janna melihat Alissa tidak berkelip. Dalam hati segala pujian tidak dapat ditahan. Lawanya Alissa ni. Walaupun hampir bergaduh berkenaan mahu make up wajah Alissa tapi tidak bersetuju akhirnya Janna berjaya juga make up kan Alissa dengan syarat hanya light make up sahaja. Tapi itupun sudah lawa dan sangat berseri wajah Alissa malam ini. Pasti ramai lelaki memandang Alissa tidak berkelip.

"Janna. Is it too much? Malu la rasa macam over pun ada ni. Saya basuh balik la muka ni. Tak payah make up saya pakai bedak je." Ucap Alissa yang memandang wajahnya di cermin. Melihat wajah Janna di cermin meminta kepastian.

"Eh apa awak ni Alissa. Okay la ni apa yang overnya. Awak lawa. Cantik. Cantik sangat! Saya pun jeles tau. Haaa. Takde takde. Jangan nak basuh penat saya make up kan awak ni. Besides that, can u just think its only once in a blue moon. Event macam ni bukan selalu. Please Alissa.  Malam ni je" pujuk Janna panjang.

Jangan harap dia nak bagi Alissa mencuci make up nya semula. Alissa looking sooo gorgeous tonight. Agendanya cuma mahu membuat sir Izz terpesona dengan penampilan Alissa pada malam ini.

Alissa melihat dirinya buat kali terakhir di hadapat cermin sebelum mereka pergi ke dinner bersama Zarul. Jubah elegant warna pestel dan shawl soft pink yang dipakai memang menaikkan seri pada dirinya malam ini. Dia juga seakan tidak percaya melihat wajahnya yang berbeza malam ini.

Dia segan dan pastinya tidak biasa dengan melaram sebegini. Pastinya kekok disana nanti. Harapnya semua berjalan lancar dan dia pastinya mahu pulang awal. Bagus juga kereta nya ada di Universiti. Senang mahu pulang sendirian. Janna pastinya akan pulang dengan Zarul dan biarlah mereka meluang masa bersama.

Janna kelihatan lawa juga dengan mini dress sehingga bawah lutut. Warna hijau lembut serta rambut yang disanggul rapi. Wahhh. Janna memang sentiasa win dari segi penampilan diri.  Tengok sahaja skin care yang bermacam2 jenama itu. Memang sangat menjaga tubuh badannya.

"Okay Alissa. Zarul dah sampai. Are you ready?" Kata Janna memandang Alissa.

Alissa menghembus nafas dan senyum seketika. 

"Yes im really ready.. Come on. Chill yourself." Alissa memberi kata semangat untuk dirinya.

"Wah!!!!!! Lawa nya Alissa malam ni. Janna. Serius ke ni Alissa? Lain sangat" puji Zarul apabila Alissa masuk ke dalam kereta.

Janna senyum. Dia berjaya membuat Alissa kelihatan menawan malam ini.

"Alissa la ni Zarul. Lawa kan?"

"Yup. So perfect!" Balas Zarul.

"Macam² la korang ni. Cepat la. Nanti lewat bising pulak" ucap Alissa yang lebih kepada mahu lari dari isu tentang dirinya.

"Okay. Lets go girls!!!" Ucap Zarul dan terus menggerak kan keretanya.
      


hero manis dan cik gadis bekuWhere stories live. Discover now