"Sir Izz duduk la dulu. Saya pergi letak barang² ni semua kat dapur sekejap," ucap Alissa tanpa memandang sir Izz.
Sir Izz tidak berkata banyak lalu duduk disofa. Meliar matanya memandang rumah besar ini. Simple decoration. Macam more tu hidup bujang bukan family. Bisik hati sir Izz. Matanya meliar ke beberapa foto yang ada dimeja hiasan. Family Alissa. Detik hati sir Izz
Alissa membawa segelas air fresh orange buat sir Izz. Alissa duduk berdepan dengan sir Izz dan memandang sir Izz seketika. Sir Izz juga memandang wajah buah hatinya. Gadis idamannya sentiasa tidak beriak jadi susah baginya mahu meneka mood si gadis.
"Sir. Minum la dulu ok. Saya nak masak kat belakang. Saya masak dinner kita sekali. Mind to wait for awhile?" Tanya Alissa
"Dinner? Kita?? Parents Alissa?" Tanya sir izz
"Takde" balas Alissa sepatah.
"Perhaps yr siblings?"
"Pun takde. Err. Actually im living alone. My family's house state in Shah Alam" ujar Alissa
Sir Izz terdiam. Serious la dia bagi aku masuk rumah dia berdua je ni? Berdua dengan gadis idaman aku ni? Uishh. Aku ni kuat ke? Detik hati sir Izz. Risau tidak mampu menanggung nafsunya. Sementelah imannya yang senipis kulit bawang itu.
Alissa termenung. Entah apa yang dia menungkan sir Izz tidak tahu. Yang pasti, sir Izz suka melihat wajah Alissa begitu. Nampak matang. Sir Izz mengeluarkan iPhone nya secara diam² dan
Klick!
Mengambil gambar Alissa secara candid. Lawa. Detik hatinya. Apa saja yang Alissa fikirkan.
"Alissa. Are you ok? Tadi kata nak masak? But err if menyusahkan saya boleh balik saja. Makan kat luar atau makan dirumah." Sir Izz memecahkan kesunyian dirumah besar ini.
"Eh takpe sir. Makan sini. Tanda saya balas pertolongan sir teman saya hari ni. Lagipun saya tak suka makan kat luar. Memang akan masak untuk diri sendiri."
Bagus! Calon menantu pilihan ibu hundred percent! Getus hati sir Izz. Sir Izz senyum. Jadi tidak sabar pula nak merasa air tangan Alissa.
"Sir relax kat sini dulu ok. Kalau nak baring ke apa ke. Jangan malu buat macam rumah sendiri. Anything call up my name kat dapur ye. Bukak la tv tu," sempat Alissa memesan dan berlalu masuk ke dapur. Tanpa menukar pakaiannya yang sedari tadi di Universiti, dia mula memasak.
Sir Izz baring selesa disofa empuk itu. Tidak dapat dinafikan badannya memang agak keletihan. Uhhhh. Melekit pun ada ni. Seketika, dia melihat jam tangannya. 7.15 detik hatinya. Sir Izz mencapai remote dan membuka siaran tv. Untuk menghilangkan kebosanannya. Kalau dirumah boleh la sir Izz melayan adiknya yang bongsu itu.Hanani Faizah. Berumur 16tahun.
Sejam da ni. Ish apa pulak sir buat kat depan ni. Detik hati Alissa. Alissa berjalan kedepan menuju ke arah sir Izz. Sempat matanya menangkap masa. 8.15 Magrib sekejap lagi. Laaa. Sir tidur rupanya. Alissa membongkokkan badannya untuk mengejut sir Izz. Alissa terpaku.
Hampir sahaja mahu menyentuh wajah kacak ini. Nasib mindanya sempat mengawal tindakannya sebentar tadi lalu Alissa duduk disofa lain.
"Mengantuk sangat ke orang tua ni," ujar Alissa.
"Sir... Sir.. Sir Izz bangun sir. Nak magrib ni." Kejut Alissa dari sofa hujung. Tidak mahu dekat dengan sir Izz. Entah tak tahu mengapa bila dekat dengan sir Izz. Hatinya berdetak beza. Sudah lama dia tidak berasa begitu. Cepat dia mengusir perasaan mengarut itu.
"Sir. Bangun sir. Solat dulu. Lepastu makan." Kejut Alissa lebih kuat berbanding tadi.
Terpisat² mata sir Izz cuba membuka. Dia masih mamai. Tapi dia tidak lupa yang dia masih dirumah buah hatinya ini. Dengan perlahan dia cuba bangun untuk duduk dan mengeliat kecil.
"Maaf Alissa. Saya terlelap." Balas sir Izz
"Takpe sir. Jom naik atas. Saya tunjukkan bilik,,,,"
"Uhhh? Apa? Bilik kita? Haaaa jom. Abang pun da melengas nak mandi ni." Usik sir Izz pantas.
Alissa memandang sir Izz tidak beriak. Ada jugak kena karate ngan aku. Main kotor nampak.
"Hehehe. Maaf Alissa. Gurau je. Heeeee." Sengih sir Izz.
"Hmm. Ok. Naik bilik tetamu. Saya rasa saya ada simpan baju abang saya. Mungkin muat dengan sir. Sir boleh pinjam. Mandi dulu solat then makan ok?" Kata Alissa
"Ok Alissa. Terima kasih kekasih," usik sir Izz.
"Kasih diterima duhai kekasih," balas Alissa mengusik.
Sir Izz terpampam. Betul ke ni Alissa yang memang popular dengan sifat beku dan dinginnya? Ahhhh! Alissa memang dangerous!!!!!!!!
Alissa menunjukkan bilik tetamu dan sir Izz membersihkan dirinya. Alissa mengetuk perlahan pintu bilik tetamu itu tetapi tiada balasan. Perlahan Alissa memulas tombol pintu itu. Tidak berkunci. Alissa masuk dan meletakkan pakaian baru untuk sir Izz. Pakaian abangnya yang sedia ada disini.
Ekkkkkkk. Pintu tandas terbuka. Alissa panik. Alissa segera pusing kebelakang untuk keluar tetapi tidak sempat. Alissa terdiam melihat batang tubuh sir Izz yang hanya memakai tuala dari paras bawah pusat hingga bawah lutut. Nampak jelas lekuk V pinggangnya. Those chase! Damn!!!! Detik hati Alissa.
Sedang Alissa leka memandang sir Izz. Sir Izz pulak leka memandang Alissa. Bentuk badannya yang sempurna. Ketinggiannya yang begitu sempurna jika digandingkan dengannya. Ketinggian yang sesuai bila berjalan bersamanya. Wajah Alissa. Dagu runcingnya. Hidung yang kecil comel. Bibir yang nipis. Cuma sayang. Alissa jarang tersenyum.
Bunyi ringtone yang di-set kan khas bagi pengguna iPhone berbunyi sekaligus mematikan kedua fokus pada pasangan ini. Alissa dengan segera meminta izin untuk turun kebawah. Perasaan kekok mula mengisi didalam hati.
"Sir ni baju sir pakai la ok."
"Thanks Alissa. Hello assalamualaikum, ibu...."
*****
Sir Izz turun kebawah dengan perasaan yang sehabis mungkin cuba dikawal. Kejadian tadi masih tidak lekang dari kotak ingatannya. Haihhh. Bila lah dapat kahwin. Rintih hatinya
Dia melihat Alissa sedang mengemas meja makan. Menyusun pinggan dan gelas untuk dua orang semestinya dia dan Alissa. Perlahan dia berjalan kebelakang Alissa. Rapat! Entah tidak tahu dari mana kekuatan itu muncul.
Alissa kaget. Dia rasa ada jasad yang berdiri dibelakangnya. Sir Izz! Detik hatinya. Hatinya debar secara tiba². Perasaan tu. Tak! Takk! Tak patut muncul!!! Sedang Alissa bertarung hebat dengan perasaan sendiri. Tangan sir Izz menjalar ke pinggangnya. Sir Izz merapatkan badannya dengan Alissa. Sudah lama dia mahu menyentuh gadis beku ini.
Sayangnya pada gadis ini sentiasa bertambah walaupun tidak pernah meluangkan masa bersama ataupun meluahkan perasaan bersama.
"Alissa. Saya tak tahu kenapa tapi. Sejak hari pertama saya lihat wajah awak dalam kelas saya, saya dapat rasa awak jodoh saya. Setiap hari saya impikan bila bangun dari tidur ada suri yang sentiasa menceriakan hari saya. Dan awak lah dalam bayangan saya tu Alissa," bisik sir Izz dekat di telinga Alissa.
Alissa diam. Perasaannya takut. Dia takut dengan setiap kata² cinta yang dilafazkan oleh sir Izz. Dia tidak pasti kenapa tapi dia tenang dalam pelukan sir Izz. Cuma, dia takut bila menerima dia akan kehilangan pula. Cukup la dengan masa lalu. Lagi pula, dia sememangnya tidak pernah merasa sesuatu bila bersama sir Izz. Atau adakah perasaan pelik itu ialah sesuatu? Alissa pusing
"Sir, do you mind if we get out dinner first. I do love if we talk about this later time" pinta Alissa sopan. Tidak mahu mengecilkan hati lecturer kacaknya ini.
"Im truly sorry Alissa. I in lost. I don't know whats happening on me,"
"Im ok. Kita makan ok" Alissa masih berlembut. Sedangkan perasaan nya bergetar hebat kerana sedari tadi sir Izz masih memeluk badannya.
"Sir, do you mind?" Alissa tanya berkias
"Ops sorry dear. I forgot i thought that will be the nicest thing i can do till tomorrow" dan pantas dia melepaskan pelukan itu lalu duduk dimeja makan bersedia merasa air tangan buah hatinya.
YOU ARE READING
hero manis dan cik gadis beku
RandomAlissa tidak pernah terfikir kehilangan orang tersayang sangat menyakitkan tetapi Alissa tidak sedar Tuhan sedang menggantikan sesuatu yang lebih indah :)