KACAU...

163 6 0
                                    

Aku tak mahu ada!
Sakitnya kau tak rasa
Penatnya menunggu kau tak kira
Cukup buat diri ini terseksa,
Untuk kesekian kalinya...

Entah mengapa perlu mengira?
Untuk mengingatkan perkara lama?
Yang buat diri ini terus terseksa?
Hingga hampir separuh nyawa mencinta?

Kau berselindung disebalik senyuman
Menipu aku untuk bahagia
Biar hati terus berduka
Tiba masa kau buka semua
Akhirnya aku tewas semula

Perempuan takkan pernah terlepas
Soal hati yang tiada penghujungnya
Mahu focus akhirnya terbabas
Jiwa kau terus meronta bagai gila

Semua itu hanya mainan dunia
Mahu menyesatkan kita
Untuk terus berhenti taat
Menduakan yang esa

Ma fi qalbi ghairullah
Sayang ku hanya pada mereka
Yang cinta pada-Nya
Sanggup jihad demi agama-Nya
Merelakan semua nyawa untuk umat dunia

Aku tidaklah baik yang disangka
Seperti topeng yang layak dihina
Sering memutarkan cerita
Hanya untuk melepaskan rasa
Yang terkubur sudah lama...

Terimalah aku seadanya
Aku tidak sempurna
Bantu aku untuk jadi sempurna
Sama-sama kita raih keredhaan-Nya
Kau dan aku terus bersama akhirnya...

14:40 p.m. 8 Feb 16 -cik Nas-

Puisi Gadis JiwangWhere stories live. Discover now