Hati Yang Tergantung

35 1 0
                                    

Jika senyuman ini boleh membuatmu bahagia,
Tiada tangisan yang kau lihat dari sepasang mata,
Sekiranya mengalir air jernih membasahi pipi,
Ketahuilah,
Aku tak kuat tuk biar kau berlalu pergi...

Luarannya kita tampak bahagia
Namun tidak sesekali kau lihat hati ini
Goresannya terlampau banyak
Tapi satu pun tidak kau peduli

Anggapan dia seusai berbicara
Selesailah segala permasalahan
Parut yang ditinggal tidak difikirnya
Hati ini menangis berterusan

Sungguh aku sayang dia
Namun apa yang harus aku katakan?
Untuk dia lebih memahami cerita
Atau berterus terang aku bencikan "dia"

Hakikatnya dia masih menipu aku
Segalanya masih dalam gantungan
Kerana budi dia memandangku
Aku terasa bagai diperalatkan

4.02 a.m. 2 September 2018 -cik Nas-

Puisi Gadis JiwangWhere stories live. Discover now