Abah...

37 2 0
                                    


Kesian abah...
Rambut makin hari bertukar warna
Tubuh dikerah bekerja
Siang malam tak kira masa
Demi keperluan anak-anak semua

Kesian abah...
Umur begini sepatutnya rehat dirumah
Tapi anak-anak masih bersekolah
Siapa yang mahu tanggung selain abah
Anak-anak hanya mampu berbalah

Kesian abah...
Waktu kecil anak ada dirumah
Bila besar semua pakat keluar
Kerja sampai lupa jalan rumah
Balik bila kertas sudah lempar

Kesian abah...
Ada anak tapi tak membantu
Pertolongan hanya untuk kawan-kawan
Panggilan abah dibuat tak tahu
Kawan panggil laju berlawan

Abah...
Andai suatu hari nanti abah tiada
Menyesal itu sudah pasti ada
Tahulah anakmu hilangnya sebuah permata cinta
Dunia ini gelap dan sunyi tanpa cahaya

Abah...
Andai suatu hari nanti abah tiada
Takkan ada yang boleh gantikan tempat abah
Walaupun gelaran "abah" juga
Kasih sayang tak sama saat diserah

Abah...
Andai suatu hari nanti abah tiada
Tiada siapa yang akan melayan karenah cucumu
Kerinduan mereka tak dapat dilepaskan
Hanya kenangan bermain bersama mereka yang diingat

Abah...
Saat anakmu melihat ayahnya senyum
Terdetik di hati jika kau tiada
Senyuman itu hanya tinggal kenangan
Gelak tawa hanyalah memori terindah

Abah...
Dosa yang anakmu lakukan
Terpaksa kau tanggung berseorangan
Meski anakmu berusaha meninggalkan
Anakmu lupa bukan dia sahaja menanggung dosa

Abah...
Seribu kali maaf anakmu pinta
Tak pernah kau ungkap 'tidak' walau sekali
Mulia sungguh hati seorang abah
Sedang dosa anakmu seluas langit dan bumi

Abah...
Terima kasih atas segalanya
Tanpamu anakmu tidak mampu berdiri
Semoga anakmu mampu menarik ke syurga
Hidup di sana kekal abadi

Author's note:  Tak pernah2 buat note kalau dalam puisi. Selalu puisi pasal cinta, kawan, sakit hati dsb. Lately ni selalu terfikir kalu suatu hari nanti abah dah tak de. What will happen to my life? Am I will be a happiest person after this? Lepastu bila tgk anak sedara rapat dengan tok wan dia, what is their respond? Rindu? Tak payah cakaplahhh, even duduk jauh selalu bagi voice note kat group family panggil "wan... Wan.. Wan.." pun dah cukup buat kita menangis inikan pulak kalau dah tak de....

Tak banyak pun minta, cuma doakan yang terbaik... Alfatihah untuk mak atau ayah korang yang dah pergi menghadap ilahi, doa banyak2 supaya dipermudahkan segalanya...

Puisi Gadis JiwangWhere stories live. Discover now