Awalnya dia bersahaja
Ada masa mengada - ngada
Mungkin juga sebab kerja
Makin lama makin terbukaPersonaliti nampak biasa
Semuanya teratur dan terjaga
Terima kasih tak henti dibicara
Hari - hari sentiasa ceriaKerana bibir seperti madu
Manisnya mengalahkan tebu
Cuba untuk mendekati aku
Dengan kata-kata merduDemi mencapai apa yang diingini
Sanggup bangun berdiri
Perlahan-lahan menarik hati
Tiba-tiba hilang disisiTiada tali tapi ada yang ditarik
Jahitan luka sudah mula carik
Pengajaran dulu masih terik
Tapi tidak pula berasa serikTerima kasih si mulut manis
Kerana berjaya buat diri hampir menangis
Walaupun sudah banyak kali menepis
Aku anggap hubungan ini sudah habisAtau sebenarnya tidak pernah bermula?
00:21 a.m. 27 September 2019 - Cik Nas-
YOU ARE READING
Puisi Gadis Jiwang
PoetrySemua ini adalah hasil karya saya sendiri. Perah otak, tangan, mata dan seluruh anggota tubuh badan. Kalau nak ambil mintak izin dan creditkan. Just that.