Siapa tak pernah sedih?
Semut gigit sikit kita dah menangis,
Tak kira lagi bila kena cubit,
Tapi kita buat tak endah,
Sebab semua itu hanyalah perasaan sahaja,
Senang datang dan senang pergi...Termenung sendirian di tepi jendela,
Melihat manusia pelbagai ragam dan cara,
Sukar ditafsir untuk lebih mengenali mereka,
Kerana tiada satu pun yang masih nyata...Pernah kita terdiam untuk suatu ketika?
Dimana waktu itu seolah-olah hilang semuanya,
Tiada deria mahupun secebis perasaan gembira,
Yang ada hanyalah kosong dan tidak bermaya...Mereka fikir kita memandang itu menghukum,
Sedangkan kita melihat untuk lebih mengenali,
Adakah perwatakan yang dibawa ini mengikut kaum?
Atau mungkin trend masa kini?Tak semua mampu hadapi sengsara,
Walaupun hanya untuk seketika,
Ramai yang memilih untuk meronta,
Sedangkan semua itu perlu kita hadapinya juga...Mereka nasihat kita untuk terus bersabar,
Kata-kata penguat semangat dari mulut dilontar,
Entah macam mana semua berubah jadi Dracula,
Akhirnya mereka menjadi sebahagian daripada pencabar,
Menghukum tindakan kita tanpa mengetahui perkara sebenar...Fikirku tamat disini saja sebagai perkenalan,
Cukup dengan nama sebagai permulaan,
Tak mungkin kisah hidup untuk pengakhiran,
Lebih baik aku hadapnya sendirian,
Dari berteman tapi melapah kawan...You know my name,
But not my life,
Live with me?
Or stop talking back!22:42 p.m. 8 March 2016 -cik nas-
YOU ARE READING
Puisi Gadis Jiwang
PoetrySemua ini adalah hasil karya saya sendiri. Perah otak, tangan, mata dan seluruh anggota tubuh badan. Kalau nak ambil mintak izin dan creditkan. Just that.