kini, aku telah kalah...

51 3 0
                                    

Hampir sedekad aku menanti,
Setiap hari pasti kau bermain diminda,
Masihkah dikau mengingati diriku ini?
Atau sudah dilontar jauh dari raga?

Perkhabaran tentang dirimu sering mengejutkan,
Disana kau bahagia aku disini menderita,
Penyeksaan jiwa dan raga kau sampaikan,
Tak pernah sekali kau bertanyakan cerita.

Aku cerita pada mereka semua,
Hati aku sudah tidak ada nama kau,
Dan mereka pun percaya,
Sendirian airmata jernih jatuh kerana kau.

Pertemuan kelmarin pengakhiran sebuah ceritera,
Hampir aku rebah kerana tidak sanggup hadapinya,
Kekuatan aku kumpul untuk tampak berbeza,
Ternyata aku cuma menyeksa jiwa hingga

Egonya aku membiar diri tidak dibelai,
Memaksa hati untuk jangan berbahasa,
Menggigil tubuh hingga lemah gemalai,
Kini aku meronta bersama mutiara.

Tidakku ingin melihatmu lagi,
Setelah pengharapan tergantung tidak bertali,
Seluruh jiwa ini sudah ku pateri,
Namamu takkan berada dihati.

Terima kasih untuk segala memori,
Tiba masa untuk aku tutup buku cerita,
Kau tidak akan lagi menjengah ke hati,
Semua yang berlaku ini tidak pernah terjadi semula...

-cik nas- 4:37 a.m. 18 April 2017

Puisi Gadis JiwangWhere stories live. Discover now