aku juga manusia yang pernah melakukan kesilapan,
adakala kesilapan itu berulang kali kerana aku seorang manusia
Bukan Nabi atau Malaikat yang tentu Syurga tempat pengakhiran
Pada mereka, aku tidak ubah seperti boneka...Aku juga manusia yang punya hati dan perasaan
Setiap bait bicara dari bibir itu suatu hirisan
sedikit demi sedikit lukanya kian mendalam
Sampai suatu ketika aku akhirnya tenggelam...Segala perkara dipinta sudah aku persembahkan
Dari sebesar Zarah hinggalah ke sekecil bumi
aku mahukan yang terbaik untuk masa depan
Tapi....
Gambarannya jelas membicarakan tentang sepi...sekiranya aku seorang robot tahulah panas dalam badan
bekerja sehabis baik untuk mereka
setelah sekian lama aku juga akan sakit dan diabaikan
tidak mustahil kerana mulut badan binasa....aku bukan boneka yang mudah untuk kau arah
Aku bukan boneka yang sememangnya tiada perasaan
Aku bukan boneka yang menjadi tempat luahan kesakitan
Aku bukan boneka yang menerima segala jenis tumbukan4.56 a.m. 16 February 2020 ~Cik Nas~
YOU ARE READING
Puisi Gadis Jiwang
PoetrySemua ini adalah hasil karya saya sendiri. Perah otak, tangan, mata dan seluruh anggota tubuh badan. Kalau nak ambil mintak izin dan creditkan. Just that.