"jangan mengharap tau..."

68 2 0
                                    

Kau dah bagi harapan,
Kemudian dia kau biarkan,
Bila sunyi dia tempat luahan,
Bahagia sedikit pun tidak berkenan.

Kata kau jangan terlalu mengharap,
Hakikatnya selama ini dia sudahpun berharap,
Minta dia berhenti berharap?
Jangan pernah kau beri secebis harapan.

Lelaki,
Kalau dia nak bersungguh dia kejar,
Dari alam maya sampai ke pintu rumah,
Dia cari dan cuba belajar,
Perempuan ini yang seperti biasakah?

Lelaki,
Peluang yang ada takkan dia siakan,
Kecuali untuk mereka yang tidak matang,
Yang ini bukan sweet talker mahupun playboy tempatan,
Kita letakkan dia dalam hutan bersama binatang.

Perempuan,
Ramai kata tak pandang rupa,
Kerana yang dicari adalah harta,
Asal poket dia berkepuk,
Di kata audi padahal cuma motor cabuk.

Perempuan,
Jarang kita lihat mereka jaga kita,
Terutama kalau sudah punya raja dihati,
Lagi disuntik racun 'manja',
Minta jauh atau kehausan lelaki?

Manusia,
Satu dalam seribu ada 'friendship goals'
Lainnya 'relationship goals'
Lepas nikah katanya 'Families goals'
Ekonomi stabil baru nak capai semua 'goals'

Manusia,
Cakap sikit sentap sampai ulu hati,
Kita jaga hati dia bagai menatang minyak yang penuh,
Hati kita dia siap bakar guna arang lagi,
Masih nak jaga walaupun dah berkali mengeluh?

10:24 -cik nas- 16 September 2016

Puisi Gadis JiwangWhere stories live. Discover now