Hilang

56 2 0
                                    

Perjalanan itu sangat singkat
Tapi mampu buat aku tersekat
Air mata mengalir aku kesat
Berharap aku tidak sesat
Jauh dari pengkalan pusat
Kembali semula sebelum terlambat...

Dingin malam terasa hingga ke tulang
Ku gagahkan diri untuk pulang
Menghadap orang yang paling aku sayang
Hanya mereka yang sedang aku bayang...

Kenapa aku rasa begini?
Hatiku kosong seperti peti
Tiada isi hanya gemaan sepi
Dia dekat seolah jauh dari sini...

Hatiku mati
Mati kerana duniawi
Terlalu banyak yang aku curi
Kini aku sendiri berlari
Berlari mencari secebis pantulan diri
Yang dulu ada tapi hilang dengan sendiri...

11:46 p.m 10 Oktober 2016 -cik nas-

Puisi Gadis JiwangWhere stories live. Discover now