Bab 2

659 19 1
                                        

    Aku berjalan berulang alik di hadapan bilik CEO. Eh, kenapalah aku cakap berjalan berulang alik dekat depan bilik mr a.k.a. ni. Cakap jerlah yang aku tengah berjalan dihadapan meja sendiri sudah. Ish, apa yang aku mengarut ni. Arghh rasa macam nak menjerit jer.

   "Ok Ema, sekarang ni tarik nafas lepas. Tarik nafas lepas. Ok , now nak masuk ke tak ni. Arggh!! Nak masuk ker tidak ni."

   "Masuk jerlah, macamlah dekat dalam bilik saya ada hantu raya. Tak payahlah nak berjalan berulang alik macam orang hilang husband. Lagi satu , jangan cakap sorang 2 macam orang gila."

   Kus semangat , dia ni nak buat orang mati terkejut ke . Eii, nak je aku tumbuk muka dia.  Biar kasih pecah itu muka. Huwahahaha. Hmm berangan jer lebih nak tumbuk muka manusia yang ada kat depan ni. Agaknyalah kan, sebelum penumpuk aku lekat kat muka dia, mesti dia awal2 lagi dah cakap ' you are fired '
Huhuhu tak ker susah nanti.

"Hoi,  yang kau masih tercegat lagi tu dah kenapa ? Kau ingat ada prince charming ke yang nak jemput kau masuk atau kau nak aku bentangkan karpet merah untuk kau baru kau nak masuk. Masuk cepat !!"

  Eii, dia ni memang nak aku mati sebab terkejut betullah. Suka hati mak nenek moyang dia je nak sergah aku.
 
  "Hah tunggu apa lagi ? Nak aku dukung kau ke ? Masuk."

hah?!! Dukung. Wei tidak ku rela wei!!!

  Aku melangkah masuk ke dalam biliknya. Aku terus duduk diatas kerusi dihadapan mejanya, setelah dia tidak memberi sebarang respon kepadaku.

   Aku memandang wajahnya. Tetiba aku teringat kejadian di pantri tadi. Macam manalah aku boleh terjatuh atas badan dia pulak tu. Hai, malunya!!!

  "Siapa suruh kau duduk ? Bangun!!" Arahnya padaku. Tanpa banyak bicara aku terus bangun dr duduk ku.

  "Duduk!!" Aku duduk semula.

  "Ish, bangun balik."

Eii, bengang pulak aku. Tadi suruh aku duduk. Dah duduk di suruh bangun pulak, buat hati gua panas aje.

"siapa bagi kau duduk situ?"

Erk, dia ni dah kenapa? Dah gila ke apa ni?

"Bos, tadi bos suruh saya duduk. Jadi saya duduk ajalah. "Aku menjawab dengan nada yang tidak puas hati.

  "Memanglah aku suruh kau duduk, tapi bukan dekat situ."

  "Habis itu , bos nak saya duduk mana?"

Aku memandang kawasan sekeliling. Pelik aku tengok tak der tempat duduk melainkan sofa di bahagian kanan bilik. Yang aku tahu set sofa itu digunakan untuk tetamu. Tak pun kalau ada sesuatu untuk di bincangkan baru digunakan. Kalau tidak memang jadi hiasan jerlah jawabnya.

Aku masih ingat lagi masa mula2 aku masuk kerja. Ada ker patut dia cakap sofa satu set tu hanya untuk tetamu yang terhormat sahaja. Orang biasa2 macam aku ni memang tak layak. Terbakar hati aku.

  "Tu sofa, duduk situ. Tunggu sampai aku siap kerja aku."

  Aku tak salah dengarkan. Aku yang salah dengar ke atau dia ni yang dah kena sampuk dengan hantu raya?

"Apa yang kau tercegat lagi tu? Duduklah. Atau kau memang nak jadi mak guard?" Dia tersenyum sinis.

  Terbakar aja hati ni tengok senyuman dia. Lebih baik aku jadi mak guard, sekurang -kurangnya tidaklah aku jadi kuli batak dia.

Aku melihat jam di pergelangan tangan. What?!! Dah pukul 11 : 30. Patutlah mengantuk semacam. Bila aku boleh balik ni.

"Bos lama lagi ke?"

"Lagi sikit je ni. Kalau awak nak tido, tidolah dulu."

"Tapi bos, saya nak balik. Saya tak nak tunggu bos siapkan kerja. Saya dah letih. Saya nak tido. Tolonglah bos, saya nak balik."

"Sekejap aja ni. Kalau awak nak tido, tido dekat sofa. Nanti kalau kerja saya dah siap, saya kejutkan awak."

  Mak!!..suara dia. Lembut gila. Cair wanita seluruh Malaysia. Huhu.

Apa yang aku merepek ni. Entah2 nanti masa aku tido tengah tidur dia buat sesuatu dekat aku. Kalau tak pun dia nak jual aku. Aku... x nak, mak tolong Ema.

"Aku tak akan buatlah apa yang kau tengah fikirkan. Kalau aku nak jual kau pun, mahal ker? Aku rasa tidak kut."

Eii...mamat ni kan, sakit pulak hati aku. Mentang - mentang lah aku ni pakai tudung. Bertutup - litup nak kutuklah. Aku tahulah  cita rasa kau tu yang bukak sana . Bukak sini, yang ketat sana ketat sini. Geram betul.

"Bos pernah rasa ke sama ada saya ni hot ke tidak?" Ya Allah, apa aku cakap ni.

  Tiba-tiba dia bangun dan berjalan mendekati aku. Makin lama makin dekat, dan dekat dan dekat. Akhirnya aku telah pun tersandar di sofa.

Aku mula berasa takut. Nilah orang tua kata. Sebab mulut badan binasa. Aku terlihat matanya liar memandang seluruh tubuhku. Aku menutup mata apabila wajahnye hampir rapat ke wajahku. Derusan nafasnya turut aku rasai. Ya allah kau lindungilh aku.

   ******

My Lovely MR A.K.AWhere stories live. Discover now