Hajat hati ingin menyiapkan kerja, tetapi kenapa fikirin melayang entah kemana?
Argg!!!
Ni semua sebab mamat a.k.a tu. Gara-gara cadangan dia, hari minggu yang selalunya aman damai dan tenang ni berubah menjadi sangat serabut. Nak buat kerja pun payah.Aku terus menekan punat off laptop yang berada di hadapan mataku.
Aku melihat jam yang berada di dinding bilikku. Jarum jam menunjukkan tepat pada angka 4. Ini bermakna aku telah menghabiskan masa selama 2 jam semata fikirkan cadangan mr a.k.a malam tadi.
huh, memang tak munasabah!!!!
Aku menukar bajuku daripada baju rumah ke baju jalan. Aku menilik diriku di cermin. Dah cun dah ni. Hahhaha.
Aku mengambil bag tangan ku dan tidak dilupakan kunci kereta myvi kesayanganku sempat ku capai.
"Oit, kau nak pergi mana ni? Cantik-cantik pakai baju blouse warna hitam seluar jean warna itam dan tudung warna putih serupa tahi cicak. Wow, sunguh cantik dirimu di mataku wahai Cik Ema. Kemanakah kamu hendak pergi setelah menjerit bagaikan di sampuk hantu raya?."
Hampas punya kawan. Siap perli dalam pujian. Ketuk kang kepala tu guna beg tangan aku ni kang ada gak yang aruwah.
"Wahai Cik Tasyah yang serabai dan masih terdapat saki baki tahi mata yang berada dihujung mata. Baru bangun dari tidurkah wahai Cik Tasyah?. Kawan mu ini ingin pergi ke shopping complex untuk mengurangkan beban yang sedang sarat di fikiran."
"Wei, aku nak ikut. Tunggu tau."
Dah agak dah minah ni nak ikut. Aku pun tak kisah, sekurangnye taklah bosan sangat nanti.
*******
"Ema, jom teman aku shopping baju jom."
Ni yang malas ni kalau bawak minah ni. Ingat nak relax jer datang sini jalan2 tengok orang pastu balik. Tapi kalau bawak minah ni, comfrem ada jer yang nak di beli.
Aku memandang Tasyah. Tasyah memandang aku dengan penuh harapan. Aku malas nak buat drama sesi memujuk dekat tengah2 shopping complex, aku terus bersetuju dengan cadangan Tasyah.
"Yey, thanks babe. Nanti aku belanja makan."
Tasyah menarikku sehingga masuk ke dalam kedai pakaian yang nama kedainye aku tidak sempat nak lihat.
Tanpa membuang masa, Tasyah terus mengajak ku ke ruang T-shirt wanita. Aku yang mula kebosanan meninjau ke setiap pelosok kedai.
Aku membelek-belek kemeja lelaki. Hadiahkan untuk Along ni mesti dia suka.
"Cik, cik nak beli untuk siapa ye."
Kus semangat!!
Hampir jer nyawa aku nak melayang. Main sergah je pekerja kedai ni. Bagilah salam dulu ke ape ke. Ni tak main sergah je. Dah lah dari belakang.
Aku memberikan senyuman manis kepada pekerja kedai yang menyergah aku sebentar tadi.
"Err, saya nak beli kemeja untuk abang saya. Awak rasa mana ea yang sesuai?"
"Ouh, kemeja yang cik sedang pegang tu adalah yang terbaru dan harga dia pun berpatutan. Selalunye, pelangan lelaki yang memilih kemeja ni. Kebanyakkannye ikut warna kulit. Tapi kalau kulit abang cik berwarna cerah, sesuai ambik yang warna terang. Kalau yang warna kulit gelap, sesuai ambik yang warna agak gelap."
Panjang lebar penjaga kedai ni menerangkan dekat aku. Siap bagi petua lagi. Tapi, kulit abang aku nak kata cerah tak cerah sangat. Nak kata gelap tak gelap sangat. Adoi, susah betullah.
Aku meninjau kawasan persekitaran, mana tahu ada manusia yang mempunyai warna kulit serupa macam abang aku. Boleh buat model. Hehehehe.
"Arh, warna kulitnya macam kulit lelaki tu."
Aku terus menunjuk kearah lelaki yang sedang memilih tali leher.
"Ouh, kalau warna kulit yang macam itu, saya cadangkan cik ambil warna biru yang agak gelap ni."
"Ouh terima kasih."
Aku terus ke kaunter untuk membayar baju kemeja. Setelah selesai membayar aku terus keluar daripada butik pakaian tadi.
Aku bagi mesej ringkas kepada Tasyah yang menyatakan aku ingin pergi ke tandas.
Bub..
"Sorry miss, my mistake."
Aku memohon maaf. Padan muka aku. Sape yang suruh bagi mesej masa tengah berjalan. Kan dah free2 terjatuh di khalayak ramai. Buat malu jer.
"Ouh, it's okay. Next time, you need to wacth your step. Come on, i will help you to stand."
Perempuan itu menghulurkan tangan untuk membantuku bangun daripada terus terduduk diatas lantai. Aku menyambut huluran tangannya.
"Terima kasih."
"Ana! Are you okay?."
Suara seorang lelaki. Aku memandang kearah suara itu dan..
"Ema!!!"
Mataku terus membulat memandang lelaki yang aku sangat kenali.
"Babe, kau dah tak kenal aku ke?"
"Qadir!!. Seriuosly ni kau? Biar betul?. Wei lain gile kut kau sekarang."
"Betullah ni aku. Kenapa? Aku makin handsome ea?. Hahaha."
"Handsome tu masih sama jer macam zaman-zaman universiti dulu. Cuma, kau dah makin sado. Yelah, dulukan kau keding. Hahah"
"Hey!! Kau!. Mulut, sama macam dulu. Tapi kau dah makin cantiklah. Berseri-seri muka. Dah berpunya ke belum?."
"Hahahhahahhaha. Banyaklah kau. Sebelum duit dekat dalam akaun aku belum cecah sejuta jangan harap kau akan dengar aku nak kahwin."
Meriah suasana dengan gabungan suara hilai tawa kami bergabung.
"Anyway, who is she abang?"
Wanita yang sedari tadi hanya menjadi penonton setia mula bersuara.
"Ouh, she is your future sister in-law"
What the!!!
Secara automatik aku terus meminjak kaki Qadir. Merah mukanya menahan sakit. Hahha padan muka. Tulah akibatnye. Gurau tak bertempat.
"Gurau jerlh. Adoi, sakitnye. Ana, ni kawan abang masa universiti dulu. Dan abang memperkenalkan, ni antara kawan baik abang masa zaman universiti dulu. Ema. Ema ni adik aku Ana."
*******

YOU ARE READING
My Lovely MR A.K.A
RomanceCerita ini mengisahkan Nur Ema Suraya seorang perempuan yang biasa2 dan hidup yang biasa. Hidup Ema menjadi hura-hara setelah menjadi pembantu peribadi kepada Amar Kasyah Arjuna ataupun nama timbangannya MR A.K.A. Atas tindakan gila Amar mereka terp...